«

»

Jul 25

Khalid Gagap Nak Guna Duit Baitulmal?



DUIT BAITULMAL PUN KHALID NAK AMBIL UNTUK TAMPUNG KOS PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI???

SHAH ALAM 21 Julai – Cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu menggunakan dana Baitulmal untuk menampung kos pentadbiran negeri dilihat sebagai satu tindakan untuk memburuk-burukan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Noh Omar berkata, apabila gagal mentadbir negeri, Menteri Besar mencari jalan dan helah dengan memainkan sentimen rakyat bagi meraih simpati.

“Strategi itu akan memperlihatkan kerajaan BN begitu zalim hingga kerajaan negeri terpaksa menggunakan dana Baitulmal untuk mentadbir negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tersebut di sini hari ini.

Abdul Khalid pada sidang DUN baru-baru ini memberitahu, penggunaan wang dana Baitulmal itu membolehkan kerajaan negeri membiayai kos-kos berkaitan termasuk membina infrastruktur seperti jambatan baru yang menghubungkan Sungai Kelang untuk manfaat rakyat.

Katanya, langkah itu ditimbulkan kerana kerajaan negeri ketika ini tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM300 hingga RM500 juta setahun.

Bagaimanapun, jelas beliau, perancangan itu akan dikemukakan kepada Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

Tegas Noh, idea Menteri Besar itu menempelak dirinya sendiri yang dianggap sebagai tokoh korporat berjaya tetapi hakikatnya tidak mampu mentadbir negeri dengan baik.

Menurutnya, kerajaan negeri berhadapan dengan sumber kewangan kerana apa yang mereka janjikan tidak dapat ditunaikan malah sumber kewangan dari jual pasir didakwa boleh memberi sebanyak RM150 juta tetapi sebenarnya kurang daripada itu.

Katanya, begitu juga hasil premium tanah kononnya boleh memberi kerajaan negeri sebanyak RM400 juta tetapi yang dapat hanya RM80 juta sahaja.

“Saya sedih, semiskin-miskin Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak pernah menggunakan dana Baitulmal untuk mentabdir negerinya,” tambah beliau.

Noh memberitahu, BN walaupun tewas tetapi janji-janji semasa pilihan raya dulu tetap ditunaikan menerusi saluran mewujudkan pejabat sendiri bagi menguruskan dana-dana itu supaya ia sampai kepada kumpulan sasaran.

Sumber: Penyebar Fikiran Rakyat
Lihat post yang berkaitan dari blog lain: KHALID MB SELANGOR NAK GUNA DUIT BAITULMAL BAGI MENAMPUNG KOS PENTADBIRAN NEGERI???

Aku pelik dan hairan. Selangor adalah antara negeri yang terkaya. Mempunyai sumber penadapat dari hasil cukai dari kilang-kilang terutamanya kilang yang paling mereka banggakan iaitu Guinness Anchor Bhd dan Carlsberg. Malah sumber-sumber dari PBT-PBT di bawah tadbiran kerajaan negeri. Tak cukup lagi ke? Kenapa masih mahu menagih peruntukan dari Kerajaan Persekutuan? Sedangkan semasa Selangor di bawah Khir Toyo juga tiada kedengaran langsung Khir Toyo mahu gunakan duit Baitulmal. Malah hasil kewangan kerajaan negeri juga cukup banyak. Apa sudah jadi? Dey tambi Gagap… Apa kes?


Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO

Switch to our mobile site