«

»

Oct 16

KJ Kecewa Tiada Peruntukan Untuk Kelantan


Bajet 2011 pinggir Kelantan

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 15 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar (KJ) melahirkan kekecewaan dengan Bajet 2011 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak petang tadi langsung tidak menyentuh peruntukan untuk negeri Kelantan.

“Saya amat kecewa sebagai ahli Parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

“BN tidak mempedulikan Kelantan kerana merasakan seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa harapan lagi terhadap Kelantan,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad melahirkan kebimbangan dengan cara kerajaan berbelanja yang jelas menunjukkan defisit.

“Saya rasa ini bajet terakhir sebelum pilihan raya. Najib cuba sedapat yang boleh memberikan kemudahan kepada orang kampung, belia, sekolah agama rakyat yang dahulunya ipinggirkan, tidak ketinggalan juga Permata.

“Saya nampak semua diambil kira dan beliau meramalkan defisit RM5.4 bilion. Kalau beginilah cara kerajaan berbelanja dengan tidak memberikan fokus kepada bagaimana langkah-langkah untuk mendapatkan pelaburan asing, saya tidak nampak satu langkah untuk mendapatkan pelaburan asing atau swasta dan membantu pertumbuhan ekonomi negara,” katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Harakah Daily



Kesian… Kecewa betul Kamaruddin Jaafar bila Belanjawan 2011 takde peruntukan untuk Kelantan. Mungkin dia lupa atau buat-buat lupa bahawa Kelantan di bawah PAS bukan Barisan Nasional… Bukan Kelantan sahaja, malah Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan lain-lain negeri di Semenanjung juga tidak mendapat sebarang peruntukan khas untuk setiap negeri. Apa nak dihairankan sangat?

Adakah Kamaruddin Jaafar sedar maksud defisit? Tidakkah Kamaruddin Jaafar sedar Kelantan lebih banyak mengalami defisit? Kamaruddin Jaafar tak nak tegur cara Kerajaan Kelantan berbelanja? Bagaimana bekas YB Melor mendapat duit juta-juta? Kamaruddin Jaafar tak tanya? Bukankah Kerajaan Kelantan sudah mendapat RM 4 billion daripada I’da World Group Sdn Bhd? Masih tak cukupkah 4 billion tu? Takkan dah habis kot? Apa yang PAS Kelantan belanjakan RM 4 billion tu hingga tak sampai setahun sudah licin?

Kenapa Kamaruddin Jaafar perlu menadah tangan meminta ihsan dari Kerajaan Pusat? Kelantan takde kantung sendiri? Atau kantung sendiri sudah licin dikerjakan? Siapa yang kerjakan kantung wang rakyat Kelantan sampai licin? Adakah orang UMNO jugak? Adakah Datin Seri Rosmah merompak wang Kelantan? Rasanya Datin Seri Rosmah tiada kena mengena langsung dengan kerajaan Kelantan.

Melainkanlah sorang pemimpin tu, yang mana beli kek pun guna duit kantung Kelantan… Tak mustahil pemimpin-pemimpin lain turut tumpang sekaki untuk joli duit rakyat untuk bermewah-mewah… Malah duit siapa yang digunakan sebanyak RM 4 juta untuk mengupah blogger menyerang keperibadian Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi PM dulu?

Jadi nasihat aku untuk Kamaruddin Jaafar, ingatlah duit dari BN sebenarnya HARAM… Kelantan tak boleh dapat peruntukan tersebut, sebab PAS sendiri kata duit BN bercampur-baur dengan duit judi Genting dan judi ekor… PAS tak rasa was-was ke terima peruntukan dari BN? Kenapa tak tadah tangan kat MB Selangor, MB Kedah dan KM Pulau Pinang?? Negeri-negeri tsb pun boleh tahan gak kayanya terutama Selangor dan Pulau Pinang…

Lagi berita berkaitan:
Alahai………. Pemimpin PAS/Pakatan Rakyat Nampak PROJEK Sahaja !


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *