«

»

Jun 16

KOMUNIS KEMBALI KE MALAYSIA?

Komunis Kembali

1. PKM ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British yang ketika itu itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.

2. Jepun mula menakluki Tanah Melayu pada 13 Februari 1942 sehingga 15 Ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan- “Asia untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”.

3. Zaman Pendudukan Jepun, rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang Jepun.

4. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah Jepun, bahasa Nippon-go digunakan, Kamigayo iaitu lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan, tulisan Jepun ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran MPAJA iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun

5. Akhirnya,Jepun menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiromshima dan Nagasaki dibomkan.

6. MPAJA yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930, membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun selepas itu

7. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota.

8. Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah Melayu.

9. Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada orang Cina.

10. Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya

11. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah.

12. Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku.

13. Pada 16 Jun 1948, pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara

14. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik

15. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand

16. pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand

17. Hari ini setelah hampir 20 tahun Parti Komunis Malaya meletakkan senjata, terdapat pihak yang ingin menghidupkan kembali idieologi ini kembali

18. Jujurkan saranan bahawa kita boleh memaafkan Chin Peng setelah beliau berusia 85 tahun atau sekadar meraih sokongan politik kaum tertentu?

19. Bolehkah kita melupakan kekejaman yang oleh Parti Komunis Malaya dibawah pimpinan Chin Peng

20. Sedarkah kita bahawa di bahawa kepimpinan Tunku pada ketika itu kita berjaya menghindari ideologi komunis sedangkan Indonesia yang begitu kuat di bawah pimpinan Soekarno terkesan dengan ideologi komunis

21. Hari ini atas dasar liberalisasi dan meraih simpati politik kaum tertentu kita kembali bersuara bahawa tidak mengapa membawa pulang pemimpin komunis, kerana “beliau telah berusia dan kita boleh memaafkanya”-Anwar

22. Tuduhan sebagai Penjenayah Politik dan Rasuah kepada beberapa pemimpin negara yang juga melewati usia tersebut seperti Tun Mahathir tidak pula boleh dimaafkan? (sumbangan Chin Peng lebih besar dari Tun Mahathir!)

23. Mengunakan pendekatan Islam bahawa “Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Maknanya ada masa kita berdamai,”-Anwar

24. Ulamak sependapat bahawa pembunuh itu dikenakan hukuman bunuh balas (qisas) adalah sebagai satu hukuman yang telah ditetapkan secara putus (qat’i) oleh syarak .

25. Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya :
“Barangsiapa yang menyerang , maka seranglah dia sepertimana dia menyerang kamu”.
Manakala dalam Surah al-Nahl (ayat 126) bermaksud,
“ Dan jika kamu membalas maka balaslah dengan balasan yang ditimpakan kepadamu”.
Kedua-dua ayat di atas menjelaskan bahawa hukuman yang dikenakan itu hendaklah menyamai jenayah yang dilakukan. Hukuman qisas bunuh balas memang menyamai dengan jenayah bunuh.

26. Jadilah ahli politik yang rasional demi kepentingan agama, bangsa dan negara bukannya berdasarkan sentimen meraih populariti kaum tertentu.

27. Budaya “Politik Popular” sebegini mengancam negara!

28 Selamat kembali ke Ipoh.

Selamat Berhujung Minggu
Kak Midah
Sg Rapat

Ihsan: Parpukari


Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO

Switch to our mobile site