«

»

May 03

Kuota Umrah & Haji Malaysia Bakal Dikurangkan Akibat Bersih 3.0


Kuota Umrah & Haji Malaysia Bakal Terjejas Akibat Bersih 3.0


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai demonstrasi haram bersih di Masjid Nabawi di Madinah, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 1 Mei – Pihak berkuasa Arab Saudi dikatakan sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram itu baru-baru ini.

Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih di lokasi berkenaan.

Dakwa blog tersebut, kebanyakan mereka yang mengaku sebagai aktivis Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah itu terdiri daripada penuntut-penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian Islam tajaan kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.

‘‘Segala bukti-bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang disebar melalui Internet kini telah berada di tangan pihak berkuasa Arab Saudi.

‘‘Berdasarkan perkembangan itu, kemungkinan besar semua penuntut Malaysia terbabit dan mereka yang mendapat tajaan kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya. Bagi yang bukan penuntut tajaan pula, mereka mungkin dikenakan tindakan lain termasuk diusir keluar dari Arab Saudi.

‘‘Kes itu bakal menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ia boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat,’’ dakwa blog itu.

Blog terbabit mendakwa, pihak kedutaan Malaysia di Arab Saudi juga difahamkan telah dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan lanjut selain para penaja penuntut tersebut.

‘‘Seperti yang kita semua maklum, dua pelancaran Bersih 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis perhimpunan itu di Mekah dan Madinah pada 26 April lalu.

‘‘Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan Bersih 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keprihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dalam pilihan raya tidak terhenti di Malaysia sahaja,’’ dakwanya.

Dakwa blog itu, pelancaran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah telah disempurnakan oleh beberapa pemimpin sebuah parti politik tanah air dengan peserta perhimpunan memakai baju berwarna kuning.

‘‘Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong Bersih 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya,’’ dakwanya.

Sumber Utusan Malaysia


Seperti dijangka, tindakan ‘bijaksana’ pemimimpin dalam PAS bakal menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi… Kemungkinan kuota umrah dan haji Malaysia samaada dikurangkan atau ditarik balik oleh Arab Saudi disebabkan insiden tersebut…

Terima kasih banyak-banyak atas ‘kebijaksanaan’ korang menganjurkan Bersih 3.0 di Arab Saudi… Kepada pelajar dan mereka yang berkerja di Arab Saudi dan terlibat dalam insiden ini, dipersilakan mengemas beg baju anda… Kerana anda bakal dihantar pulang secara paksa…

Apapun… SEMUA SALAH UMNO… TAKDIRRR…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>