«

»

Jun 11

Lagi p’raya kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi – kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela “sebagai tanda bertanggungjawab” terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai “jaminan” sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat. – MalaysiaKini

Hai satu lagi Pilihanraya Kecil… Nampaknya bertambah meriah la Malaysia sepanjang tahun 2009 sehingga Pilihanraya Umum nanti, asyik pilihanraya kecil sahaja. Jika pilihanraya tersebut atas sebab kematian ADUN atau Ahli Parlimen, tidak mengapalah. Dah ditakdirkan Allah dia meninggal. Ni atas sebab kerelaaan sendiri. Macam-macamlah situasi politik Malaysia sekarang. Aku tengok takde pulak ADUN atau Ahli Parlimen dikalangan Barisan Nasional nak letak jawatan. Sebab mereka tahu, mereka naik pun sebab undi rakyat. Mereka dipilih atas tanggungjawab untuk menjaga rakyat. Jadi dari berdrama macam ADUN dan MP Pakatan Rakyat, baik diorang tumpukan kepada pembangunan untuk rakyat.



Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO