JOHOR BAHRU 9 Ogos – Anggota perwakilan UMNO Johor Bahru yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian hari ini mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”.
Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua UMNO bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.
“Mari kita bangun melaungkan ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’, supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undang-undang menyaman kita semua, UMNO Johor Bahru sanggup menghadapi tindakan saman itu,” katanya di sini hari ini.
Serentak dengan itu, semua 398 perwakilan UMNO Johor Bahru bangun dan bersama-sama melaungkan ayat ’Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’.
Shahrir berkata UMNO Johor Bahru bersama-sama dengan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyuarakan pandangan yang terbuku dalam hati semua anggota UMNO Johor Bahru selama ini. – Bernama
Maka aku bersama-sama UMNO Johor Baharu akan turut melaungkan kata-kata tersebut…














5 comments
Skip to comment form ↓
ajijasin
August 9, 2009 at 2:33 pm (UTC 8) Link to this comment
MELAYU DAN RAJA SULTANNYA.
ORANG MELAYU ITU BANGSA BERADAT
ORANG MELAYU ITU BANGSA BERADAB
MELAYU ITU ISLAM
MELAYU TAAT SETIA PADA RAJA SULTANNYA
ZAMAN BERZAMAN MELAYU PERCAYA
ADANYA TUHAN
MELAYU BANYAK PETUA DAN FALSAFAHNYA
PANTANG MAUT SEBELUM AJAL
AGAMANYA JANGAN ENGKAU LUDAHI
MAUT PADANYA NANTI
RAJA SULTANNYA JANGAN ENGKAU LANGKAHI
SANGGUP BERTIKAM BERLEMBING
BERCERAI NYAWA DARI BADAN KAMU NANTI
BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA
HIDUPNYA MELAYU BIAR MISKIN HARTA
JANGAN MISKIN BUDI BAHASA
MERDEKANYA MELAYU DENGAN GEMA
MERRRRRDEKAAA!!!!!!!
BUKAN KECIL LANGKAH MELAYU
HAMPIR LIMA ABAD MENJADI HAMBA
BERMANDI DARAH DAN KERINGAT
MEMBASAHI TANAH BERTUAH INI
TANAH INI MELAYU EMPUNYA…..!!!!!!!!
Tungaklangit
August 9, 2009 at 2:33 pm (UTC 8) Link to this comment
salam bro exception
manusia yang bernama anwar ni tak payah cakap pasal dia sebab semua orang tahu dia sapa…??
bukan sahaja pengkhianat bangsa melayu tapi dia ni juga pengkhianat agama Islam beb
salam
Anonymous
August 9, 2009 at 2:36 pm (UTC 8) Link to this comment
hahahhaa….. tak kan berani manusia yg bernama anwar ni nak saman.
klentong budak2 sekolah boleh laaa….anwarrr oiii…..
aku syorkan umno JB gantung banner suruh anwar saman mereka, lepas tu gantung banner di seluruh JB suruh anwar gi mahkamah bicara liwat …..jgn berdolak dalih lagi ….
hidup umno JB, wa caya lu bebbb…
matJB,
tapihidupdiKL
YANG GAMBI
August 9, 2009 at 5:05 pm (UTC 8) Link to this comment
Salam,
Melayu PKR tetap menganggap Anwar idola mereka, penentu masa depan anak cucu mereka.
Pengkhianat bangsa dan agama.
eXception
August 10, 2009 at 8:42 am (UTC 8) Link to this comment
Terima kasih kerana memberikan komen… Segala apa yang korang kata tu memang aku setuju…