«

»

Mar 05

Letak Jawatan Atau Terima Bala Dari Tuhan – Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang


Ular-Mak PAS Menyalahgunakan Fungsi Solat Hajat Untuk Menjahanamkan Sesama Islam

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad.

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi ini, sejumlah 200 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera. – Malaysiakini

Ular-Mak-Ular-Mak PAS tidak sudah-sudah menyalahgunakan kesucian Agama Islam. Kini mahu menyalahgunakan fungsi solat hajat yang pada zahirnya fungsi sebenar ialah memohon sebarang perkara yang diingini dan dihajati kepada Allah. Solat Hajat adalah untuk kita memohon perkara-perkara yang baik untuk diri kita serta orang lain. Tetapi bukan disalahguna bertujuan jahat untuk melaknat orang lain.

Andai ini berlaku, sudah jelas PAS memang tak memahami langsung Islam… PAS hanya bertopengkan Islam dan kopiah serta serban untuk berlagak alim, tetapi di sebalik kopiah serta serban, tersembunyi tanduk syaitan. Sifat dengki, iri hati, dendam dan marah adalah sifat syaitan. Maka tak hairanlah jika sekarang kita boleh gelarkan PAS adalah Parti Ajaran Syaitan…

Adakah dengan memohon kepada Allah melaknat sesama Islam ada dalam ajaran Islam? Rasulullah SAW juga tak pernah melaknat penduduk Thaif yang pernah menghalau Baginda serta merejam Baginda dengan batu. Malah Rasulullah SAW memaafkan mereka dan berdoa kepada Allah agar mereka akan mendapat hidayah dari Allah nanti. Tetapi tidak bagi Parti Ajaran Syaitan ini… Konsep menghalalkan cara mereka amat bertentangan dengan syariat dan ajaran Islam… Masih adakah juak-juak PAS yang mempertahankan tindakan ini yang jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam?


9 comments

Skip to comment form

  1. Mohd

    Ahmad Awang patut mengambil ikhtibar dari apa yg telah berlaku apabila PAS telah mengadakan sembahyang hajat untuk melakhnat Dr Mahathir beberapa tahun dahulu.
    Yang mati ialah Ustaz Fadhil Noor!
    Dr Mahathir masih sihat sehingga hari ini.
    Jangan menyesal nanti jika Hadi atau Nik Aziz yg mati pulak.
    Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak berguna.
    Melayu mudah lupa!

  2. Dino Yap

    sunah nabi ker ni ? apa nak jadi dengan hamPAS ni pun tak tau…kalau kata sesat orang marah … berjuang berlandaskan quran dan sunah konon… piiraaaah

  3. Wong Pencen

    eXception mampu menyelar orang lain kerana katanya merosakkan kesucian ISLAM tetapi gagal melihat dan memahami bahawa paparan eXception sendiri membawa unsur yang sama?

    Wajar eXception ingat bahawa apa juga kita buat, sekiranya kita bersungguh-sungguh, boleh mencapai matlamat. Samaada matlamatnya baik atau buruk, ianya tetap boleh tercapai. Cara yang digunakan baik atau jahat, matlamat masih boleh tercapai.

    Wajar juga eXception ingat bahawa apabila kita berbuat baik, ALLAH akan tolong. Apabila kita buat tak baik, ada juga yang tolong. Kita yang membuat pilihan, kita nak pertolongan dari siapa.

  4. Hashim

    Berita Gempar…
    Sepandai-pandai kalentong…akhirnya anak Toyo ditangkap….baca seterusnya disini

  5. eXception

    Wong Si-Put… Kenapa nak mengata aku sorang yang dok menyelar org lain? Kenapa tak mengata puak-puak PAS yang suka mengkafirkan org lain? Apa ingat korang tu Tuhan ke yg berhak menentukan siapa kafir?

  6. eXception

    Hashim… Itu toyol… bukan anak Toyo… Hu hu hu hu…

  7. Wong Pencen

    Ulasan eXception pada March 8, 2010 10:54 AM menunjukkan sikap eXception yang lebih gemar melakukan kesalahan dari menyatakan yang benar. Dengan mudah tanpa sebarang provokasi, eXception menujukan ulasan kepada saya tetapi dengan sengaja menggelar saya dengan nama Wong Si-Put. Kalau dalam perkara yang tidak membawa sebarang kebaikan kepadanya eXception boleh bertindak sebegini, bagaimana agaknya tindakan eXception pada perkara yang eXception berkepentingan.

    Dengan membuat ulasan pada March 8, 2010 10:55 AM, saya bukan mengata eXception. Ya, memang saya menulis menyatakan eXception menyelar orang lain tetapi itu bukan mengata. Saya mengutarakan sifat eXception supaya pembaca berhati-hati menilai hasil tulisan eXception. Supaya pembaca berhati-hati agar jangan tersalah lalu mempercayai semua yang dipaparkan oleh eXception.

    Dan apabila eXception mempersoalkan mengapa saya tidak mengata puak-puak PAS, saya hanya mahu menegaskan di sini, saya memang bukan jenis yang suka mengata.

    Saya juga berharap agar ulasan saya dapat menyedarkan eXception akan kesilapan yang dilakukan, dengan harapan ianya tidak berulang kerana perbuatan tersebut bukanlah perbuatan yang baik yang mendatangkan pahala.

    Saya juga berharap kemahuan saya menegur dapat membuka jalan kepada orang lain supaya mahu menegur saya apabila saya pula berbuat silap dan salah. Sebagai manusia, pandangan saya sangat terhad. Sedang rupa depan hidung saya pun saya tidak tahu, apatah lagi bahagian tepi dan belakang saya. Tanpa teguran dan pandangan orang lain, tidak mungkin saya dapat mengenali diri saya sendiri.

  8. eXception

    Ha ha ha ha… Sukati aku le nak panggil apapun… Wong Si-Put ker… Hape kerr… Jika encik Wong Si-Put minta pembaca berhati-hati membaca blog aku. Aku ucapkan berbanyak terima kasih, sebab pembaca mempunyai fikiran untuk percaya atau tidak… Macam Wong Si-Put katakan dalam blog Wong Si-Put sendiri, 'Yang Benar Tetap Benar Walau Dipertikaikan. Yang Salah Tetap Salah Walaupun Diselindungkan'… Jadi segala perkara yang aku sampaikan dalam blog ini adalah benar walaupun encik Wong cuba pertikaikannya… Tetapi aku agak pelik, kenapa sikap PAS yang jelas lari dari perjuangan dan matlamat asal encik Wong cuba selindungkan dengan memprovokasi artikel ini? Maka tak hairanlah jika encik Wong ini kemungkinan penyokong PAS yang kepanasan apabila isu ini diketengahkan… Mungkin encik Wong mahu aku keluarkan artikel pujian melangit terhadap PAS serta artikel mengagung-agungkan Tok Garu hingga ke tahap Dewa?? Maka dengan itu barulah tiada provokasi dari encik Wong Si-Put? Mungkin bagi Wong Si-Put yang benar hanya blogger-blogger PR dan menipu dan kaki kelentong itu blogger pro kerajaan… Aku hanya mengeluarkan artikel berdasarkan sumber yang sahih, bukan hanya mendengar cakap-cakap orang… Tidak seperti blogger-blogger PR yang hanya pandai mereka-reka cerita dan menokok tambah supaya kelihatan benar…

  9. Wong Pencen

    Saya amat bersetuju dengan eXception, memang betul, ikut suka hati eXception nak panggil saya dengan nama apa pun. Memang ianya satu pilihan. Sebagai manusia memang kita diANUGERAHkan dengan kuasa minda untuk membuat pilihan, sesuka hati kita.

    Namun ulasan eXception telah mendedahkan akan sikap sebenar eXception. eXception telah memilih untuk melakukan yang tidak betul sedangkan eXception boleh memilih untuk berbuat betul.

    Mungkinkah ini asas yang diguna pakai eXception dalam pengendalian laman blog ini? Buat sesuka hati tanpa mengira betul atau salah?

    Maka itulah saya memilih untuk membuat teguran kepada eXception dan peringatan kepada pengunjung laman blog ini. Memang benar para pengunjung mempunyai fikiran sendiri tetapi kelihatannya makin ramai yang bertindak tanpa mengambil berat akan betul dan salahnya.

    Apabila eXception mengatakan bahawa segala perkara yang disampaikan dalam laman blog ini benar, saya menjadi yakin bahawa eXception sebenarnya tidak dapat membezakan antara yang benar dan FITNAH. Sekiranya eXception tahu, pastinya laman blog ini tidak menjadi penyebar FITNAH sebagaimana ianya sekarang.

    Saya bukan mahukan eXception menulis memuja sesiapa. Saya sekadar mahu melihat masyarakat ISLAM yang tahu dan faham akan ehwal FITNAH. Saya mahu melihat masyarakat ISLAM yang berusaha menjauhi FITNAH dan bukan sebaliknya kerana FITNAH membawa terlalu banyak kerosakan kepada masyarakat, malah kepada ISLAM itu sendiri.

    Bagi saya, pada hari atau zaman ini sudah tidak ada lagi mana-mana manusia atau kumpulan manusia yang layak diberikan sokongan tanpa usul periksa. Dari anggota sehingga pemimpin masyarakat, tidak ada lagi yang lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Tidak ada lagi yang berkemungkinan sentiasa benar dan betul.

    Maka itulah kita sewajarnya menghidupkan sistem masyarakat yang berani untuk saling betul membetulkan dan tegur menegur kearah kebenaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *