«

»

Oct 13

Maaf… Terima Kasih… Dan… Tahniah…

Pertama sekali aku ingin memohon maaf sebab lama menghilangkan diri dan tidak mengemaskini blog aku ni. Bukan apa kerana pada bulan Ramadhan aku lebih banyak menumpukan pada amal ibadat, jadi aku cuba mengurangkan aktiviti blogging ni. Kemudian bulan Syawal pula aku pulang ke kampung halaman berhari-raya. Selepas Hari Raya, aku terpaksa menghadiri kursus berkaitan kerja selama seminggu, kemudian pulang dari kursus laptop pula buat hal dan terpaksa ganti hard disk. So sekarang aku kembali. Aku masih belum pencen dan masih belum menyerah kalah.

Kepada Langsi, terima kasih atas caci-maki yang kau berikan. Semoga Allah membalasnya nanti. Terima kasih kerana terus setia menanti kepulangan aku… He he he he he… Aku tau kau merindui artikel aku… Walaupun pada mulut menyatakan benci, tapi sebenarnya kau seronok membaca artikel aku ini… Jika tidak sudah pasti kau tidak berterusan memberi komen…

Apapun sekalung ucapan tahniah aku ucapkan kepada Tan Sri Isa Samad atas kemenangan besar di Bagan Pinang. Aku harap UMNO tidak terus mendabik dada atas kejayaan ini. Ini kerana Tan Sri Isa Samad merupakan calon yang sudah sedia dikenali oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan. UMNO perlu menghentikan sebarang taktik-taktik yang memualkan semata-mata mahu menjatuhkan kredibiliti pembangkang. UMNO perlu merancang taktik-taktik yang lebih segar dan lebih matang.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2009 nanti aku berharap agar ada muka-muka yang suka bermuka-muka dan bersifat talam dua muka akan disingkirkan. Muka-muka inilah membawa malapetaka di dalam UMNO… Muka-muka pecah rumah dan pecah longkang inilah banyak memberi aib kepada UMNO… Di harap Datuk Seri Najib selaku Presiden UMNO lebih bersikap tegas dan adil…


5 comments

Skip to comment form

  1. YANG GAMBI

    Salam,

    Selamat kembali menulis..

    Kekadng terfikir juga kawan, mampukah Najib menghindarkan manusia-manusia seperti tuan cakap dari kerusi kepimpinan UMNO kalau mereka juga sudah dipilih oleh ahli-ahli……, kalau semua itu dibawah kuasa Najib menentukan, kawan yakin semuanya boleh dilakukan,,,

  2. TokeyGaram

    Selamat kembali sahabat,

    menghilang kini kembali tak per bro ada pekerjaan yang perlu diselesaikan..jangan pergi tak kembali itu sedih bro..

    psst..kawin ker.?

    hahahaha

  3. ISAC

    Ha..ha Tokey…

    Tokey nak tawen lagi satu ke? :)

    Pada exception selamat pulang ke alam cyber.

    Perkataan "kembali" macam X sesuai…Orang selalu gunakan pada situasi "kembali ke rahmatullah" adik beradia "pergi X kembali" lah jugak…

  4. House PK

    Wecome back bro, patut la lama tak nampak! he he he

  5. Langsi

    La… idup lagi! Amiiin.I'm back too

    Naik IsaRASUAH…idup balik la ko ya?

    Bagus, nape tak jawap je komen2 aku? Aku memang seronok baca blog ko… seronok membaca keTOTOKan dan keDUNGUan puak2 UMNgOk… mcm seronok dgn blog parFUCKari yg sampai skrg tak approve komen aku lagi… dah kepedihan menelan kenyataan!

    Betul… aku setuju dgn ko. Taktik yg digunakan UMNgOk utk menang BaganPinang amat memualkan. Selain dgn sogokan wang ringgit dan janji2 manis pilihanraya… UMNgOk guna taktik samseng dan ugutan. Kebenaran yg dinafikan oleh media KERAjaan.

    Berkempen dan mengugut dlm kem tentera sedangkan PR tidak dibenarkan masuk pun dlm kem. Taktik bacul dr AmatJahil Menteri Ptahanan.

    Kalo UMNgOk menyingkirkan ahli2 bermuka-muka serta ahli2 RASUAH, aku rasa yg tinggal dlm UMNgOk hanya la ko, eXception! Habis punah 1 UMNgOk kene singkir…

    Jgn lupa bang… latest score 7 – 1 (kat Semenanjung je aku kira), kalo berani minta tok Najib ko buat PRK kat Kota Seputih atau kalo anak jantan BUBAR DUN Perak! Kita dahulukan Rakyat utk buat pilihan, bukan memerintah hasil ihsan dari ADUN KATAK yg RASUAH!

    Selamat kembali dan selamat kita bertukar fikiran utk menambah ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>