«

»

Jun 23

Mahfuz tidak tahu atau buat-buat tak tahu?

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tidak tahu-menahu tentang ketiadaan poster presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pilihanraya kecil Manek Urai, bulan depan.

“Saya sendiri tidak mendapat maklumat secara rasmi untuk mengatakan bahawa tidak ada poster (Abdul Hadi). Saya sendiri belum mendapat gambaran yang jelas soal gambar ini.

“Bagaimanapun, segala isu yang timbul itu kita akan selesaikan dengan cara terbaik, insya Allah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Turut hadir, ketua penerangan baru PAS yang menggantikannya Idris Ahmad.

Mahfuz diminta mengulas tindakan PAS Kelantan tidak menaikkan poster Abdul Hadi untuk digandingkan dengan poster Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai bahan kempen pada pilihanraya kecil kerusi negeri itu, 6 hingga 14 Julai.

Malaysiakini minggu lepas melaporkan, jentera pilihanraya PAS negeri berhasrat menonjolkan poster calon bersama Nik Aziz, yang juga menteri besar, sebagai sebahagian strategi “melokalisasi” kempen tersebut.

Sementara Harakahdaily pula melaporkan, penasihat jentera PAS bagi DUN tersebut Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata poster Nik Aziz “mempunyai nilai komersil yang tinggi” dan hanya “hanya poster beliau sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi”.

PAS Kelantan bagaimanapun bertegas menafikan ketiadaan poster presiden mereka mempunyai kaitan dengan pergeseran Nik Aziz dan Abdul Hadi berhubung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

Dalam sidang media yang sama, Mahfuz menambah, keputusan tidak menaikkan poster Abdul Hadi bukan dibuat oleh mana-mana ahli jawatankuasa pusat PAS dan berada di luar pengetahuannya.

“(Perkara) itu saya akan dapatkan penjelasan daripada mereka (jawatankuasa pilihanraya PAS Kelantan).

“Saya juga tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan nilai komersil dan sebagainya,” katanya, yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Sementara itu, diminta mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang dilaporkan “semakin berlembut” berhubung isu kerajaan perpaduan, Mahfuz berkata, menteri besar Kelantan cuma menerangkan proses membuat keputusan dalam PAS.

“Apabila kita buat keputusan tidak ada (kerajaan perpaduan), tidak adalah,” katanya.

Mahfuz juga kelihatan meragui kesediaan Umno untuk meminta maaf secara terbuka kepada parti Islam itu dan rela melupakan sengketa lama ketika PAS disingkir daripada BN kira-kira 30 tahun lalu.

“Kalau ia hendak minta maaf, lama sudah ia minta maaf. PAS dah 50 tahun dah ikhlas. Dan kalau dia kata itu sengketa lama. Yang sengketa baru ini macam mana?” katanya.

Beliau sebelum itu secara rasmi menyerahkan porfolio penerangan yang dipegangnya kepada Idris Ahmad dalam satu majlis ringkas di situ (foto atas).

Mengulas pendekatannya selepas ini, Idris berkata, beliau akan mengambil pendekatan “menerang dan menyerang” dalam memimpin jabatan penting PAS itu.

“Menerangkan bermaksud kita bawa dasar PAS untuk tatapan masyarakat kerana mereka merupakan sasaran dalam menyampaikan dasar perjuangan kita.

“Manakala menyerang pula dalam konsep membongkar segala bentuk kepalsuan, segala pengkhianatan yang dilakukan pemimpin Umno dan BN yang telah mengkhianati amanah rakyat selama ini,” katanya. (Sumber-Malaysiakini)

Kah kah kah kah…. Macam Pak Lawak laa… Atok Mahpuz ni… Mungkin dah nak mampusss agaknya… Ye lah umur dah tua, bak kata orang, kubur kata mari, rumah kata, get lost!! Isu poster Hj Hadi yang tidak dinaikkan tak mungkin dia tak mengetahuinya langsung. Nampak sangat penipu besar si Mahpuz ni… Penipuan dengan PAS ibarat aur dengan tebing. Ibarat pantai dan lautan dan ibarat irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan. PAS anggap penipuan meraka sebagai bohong sunat. Mana ada bohong sunat dalam dunia ni. Bohong tetap bohong. Tetap satu dosa. Insaflah Mahpuz, kau tu bukan lama pun. Tak lama lagi mampuss lerr….

Aku rasa nak tergelak dengan ayat terakhir artikel di atas ini. Aku rasa yang sebenar-benar palsu ialah PAS sendiri. Tepuk dada tanya selera…


1 comment

  1. AMBAJ

    Ini lagi satu beruk PAS yang celupar mulutnya. Hairan PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam (kononnya) masih menyimpan binatang sepeti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>