«

»

Mar 15

Mahukah Kita Lihat Malaysia Huru-Hara?


Situasi di Yaman Makin Parah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 450 pelajar Malaysia yang menuntut di Yaman semakin tersepit selepas menghadapi kesukaran mengeluarkan wang untuk membeli makanan ketika tahap keselamatan semakin buruk ekoran peningkatan kes pertempuran antara tentera dengan pembangkang yang kini mengorbankan lebih 30 nyawa.
Berikutan keadaan itu, seramai 47 pelajar, termasuk yang sudah berkeluarga diminta mengosongkan rumah masing-masing dan berpindah ke kediaman berhampiran pejabat Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Yaman (PERMAYA) berhampiran Universiti Iman, di Sana’a.
Presiden PERMAYA, Mohd Iqbal Abu Yaziz, berkata keadaan semakin sukar kerana pertempuran berlaku hampir setiap hari.

“Setakat ini, belum ada laporan pelajar Malaysia diancam kumpulan pembangkang, walaupun kebanyakan penduduk di Sana’a bebas memiliki senjata api.

“Kami menghadapi kesukaran mengeluarkan wang untuk membeli makanan dan barang keperluan kerana gangguan sistem mesin juruwang automatik (ATM),” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mohd Iqbal berkata, selepas pembangkang menguasai lebih banyak kawasan di pusat bandar, keadaan semakin buruk apabila melihat penduduk bebas membawa senjata api ketika menyertai demonstrasi.
Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Yaman, Abdul Samad Othman, berkata pihaknya kini hanya menunggu lampu hijau kerajaan untuk membawa keluar pulang rakyat Malaysia.

Berita Harian difahamkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah pun mengerahkan krew pesawat Hercules C130 bersiap sedia untuk ditugaskan membawa keluar rakyat Malaysia yang kini berada di Yaman.

Sumber: Berita Harian



Lihatlah apa yang terjadi di Yaman. Rakyat bebas membawa senjata api kemana-mana sahaja. Malah tak hairan jika berlaku perselisihan faham sedikit, maka banyak nyawa yang melayang di muncung raifal.

Apabila tumbangnya satu-satu kerajaan dan ditadbir oleh orang yang tak tahu nak mentadbir sebuah negara, maka kacau-bilaulah jadinya. Tidur pun sudah menjadi tak lena. Bimbang menjadi mangsa keganasan.

Undang-undang pun sudah tidak berguna lagi. Polis dan Tentera sudah tak mampu hendak mengawal keadaan dan meredakan jutaan rakyat Yaman yang marah. Ekonomi negara merudum. Pasaran saham menjunam. Bekalan makanan kehabisan, kebuluran bakal melanda.

Mahukah kita jadikan Malaysia seperti Yaman, Mesir, Tunisia dan Libya? Adakah kita sedar terdapat ‘tangan-tangan ghaib’ yang bertindak sedemikian? Siapakah kalangan ‘tangan-tangan ghaib’ tersebut? Fikirlah sendiri… Inilah agenda jahat Dajjal Laknatullah mahu menjahanamkan bumi Arab… Bumi kelahiran para Nabi dan Rasul… Bumi kelahiran para anbiya’… Kini setelah berjaya menghuru-harakan negara-negara Arab, ‘mereka’ akan meletakkan boneka-boneka mereka seperti yang berlaku di Iraq dan Afghanistan… Sedarkah kita perancangan licik ‘tangan-tangan ghaib’ ini?

Mereka kini sudah selangkah mara menuju ke bumi Arab. Menguasai bumi Arab adalah perancangan utama mereka. Selain agenda-agenda tersembunyi lain termasuklah menjahanamkan Tanah Suci Mekah…

Sampai bila kita mahu sedar? Sampai bila kita mahu menyokong tindakan membuta-tuli rakyat negara-negara yang bergolak yang mana akhirnya anak dan cucu mereka juga yang merana? Sampai bila kita berterusan termakan hasutan supaya menggulingkan kerajaan sedia ada? Bolehkah kerajaan baru mentadbir negara dengan baik? Mereka hanya pandai bercakap. Adakah mereka mampu melaksanakannya? Ibarat angan-angan Mat Jenin, berangan sahaja lebih. Apabila jatuh dari pokok kelapa, nak menyesal pun tiada gunanya lagi…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>