«

»

Dec 29

Malaysia Menang Agregat 4 – 2




Tahniah kepada Pasukan Harimau Malaya kerana menang secara agregat 4 – 2 kepada Indonesia walaupun kalah di pusingan kedua di Stadium Gelora Bung Karno… Mata kemenangan 3 – 0 semasa di Bukit Jalil tempoh hari memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia…

Tahniah kepada Safee Salee kerana banyak menyumbangkan gol dan memastikan kemenangan Malaysia di Bukit Jalil tempoh hari… Walaupun aku agak kecewa dengan corak permainan yang agak hambar di Gelora Bung Karno, yang dipamerkan Malaysia sehingga dihukum oleh Indonesia dengan 2 gol menembusi gawang Malaysia…

Tahniah juga kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang berhempas-pulas untuk memastikan gawang Malaysia tidak ditembusi dengan mudah… Aksi yang dipamerkan oleh Khairul Fahmi Che Mat wajar dipuji kerana banyak menyelamatkan gawang Malaysia dari dibolosi…

Bravo Harimau Malaya!! Bravo K. Rajagopal!! Bravo FAM!!



Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO