«

»

Aug 03

Masam Muka Bila Bayar Saman


Saman Oh Saman… Mengapa Kerajaan Harus Dipersalahkan?

Pagi ni aku terbaca dalam akhbar Utusan Malaysia berkenaan luahan hati seorang pengguna jalanraya yang marah apabila terkena saman ekor. Beliau melahirkan rasa tak puas hati dan marah apabila terpaksa menghabiskan RM 600 untuk membayar saman ekor. Beliau mengatakan akan meluahkan kemarahan tersebut pada pilihanraya umum yang akan datang dan yang pasti beliau akan memangkah parti lain.

Itulah yang sering terjadi apabila rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan. Serba-serbi tak puas hati… Itu tak puas hati, ini tak puas hati… Aku tak taulah apa yang boleh memuaskan hati rakyat Malaysia… Mungkin petrol percuma? rumah percuma? api dan air percuma? Mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu?

Salah siapa jika kita kena saman? Ketika dijalanraya, kita terlupa akan adanya Polis yang memerhatikan kita. Kita anggap kitalah raja di jalanraya boleh memecut sesuka hati biarpun sampai meter cecah bawah pun takpe.

Kita tak sedar Polis sedang melakukan speed-trap, dan sedar-sedar surat saman sampai di rumah. Ketika itu kita tak ingat kita bawak laju macam tak ingat dunia… Yang kita tahu ialah marah pada Polis dan kerajaan sebab kena saman…

Bila sampai masa nak bayar saman, mulalah muka masam mencuka, aku rasa cuka tengok muka dia pun takut… Hati penuh dengan perasaan marah, bengang, tak puas hati dan dendam… Mulalah berkira-kira nak melakukan protes pada pilihanraya akan datang…

Begitu juga sekiranya terjadinya kemalangan. Harus dipersalahkan kerajaan… Design jalan tak betul lah… Terlalu lurus laa… Selekoh tajam sangat la… Jalan licin la… Jalan kesat la…

Tetapi hakikatnya apa yang berlaku atas kita adalah kesilapan diri sendiri… KIta kena saman, salah sendiri juga sebab memecut melebihi had laju, melanggar lampu merah… Tetapi kita lupa, asyik nak salahkan orang lain… Sampai bilakah rakyat Malaysia nak sedar dari tidur!?


5 comments

Skip to comment form

  1. hangkedee

    Bayar saja kan orang Malaysia banyak duit.Berjuta-juta beri kepada orang cina.lu fikir lah sendiri maaaaaaaaaaaa…..

  2. umno totok 98

    Saya adalah penyokong kerajaan 1Malaysia yang setia di negeri Selangor berpendapat sistem perangkap laju di Malaysia adalah sistem MENGHUKUM rakyat berbanding dengan sistem di beberapa negara lain seperti Jepun yang menggunakan kaedah MEMBERI AMARAN sebelum mengesan hadlaju kenderaan. Satu lagi kenapakah kenderaan rasmi menteri, timbalan menteri dan pegawai2 tinggi negara boleh dipandu dengan lajunya walaupun di dalam kawasan bandar, adakah kereta rasmi PROTON PERDANA V6 tu kalis kemalangan berbanding dgn kenderaan rakyat malaysia yg lain?? Adakah mereka tidak mahu menjadi contoh terbaik kepada rakyat??? Adakah hanya mereka sahaja yang merasakan urusan mereka sahaja yang penting manakala urusan rakyat tidak penting langsung dan adakah statistik anggota polis dan orang2 yang ada hubungan dengan pihak atasan pernah membayar saman trafik, jika perlu eloklah pihak polis dan kementerian kewangan mengeluarkan statistik pembayar saman oleh anggota polis dan kaum keluarga mereka. INGATLAH SESEORANG ITU MASIH BELUM BERSALAH SEBELUM DIBUKTIKAN BERSALAH. Kadang2 hal yang sebegini juga turut menyumbang kepada corak pengundian rakyat dalam PRU beb.

  3. eXception

    Pertama nak bgtau, rakyat Malaysia ni dah lali dengan bermacam amaran, semua buat pekak… Sebagai contoh baru-baru ni langkah mengharamkan kemasukkan lori melebihi 6 tayar ke lebuhraya PLUS, tetapi masih ada yang berdegil…

    Kemalangan sering kali terjadi kerana melampaui had laju yang dibenarkan. Dalam paper dah siar banyak kes kemalangan, pun takde jugak yang ambik iktibar dan insaf.

    Setahu aku kereta-kereta rasmi menteri-menteri dan kenamaan semuanya diescort oleh Polis… Jadi tak timbul kemalangan berlaku kerana Polis sudah mengawal lalulintas di hadapan terlebih dahulu dengan meminta kenderaan di hadapan memberi laluan…

    Hakikatnya, rakyat Malaysia hanya takut pada undang-undang, tetapi enggan mematuhinya… Bila kena saman, terus melenting… Jika kerajaan berterusan beri amaran demi amaran mcm menteri sorang tu, alamatnya naik lemak lah rakyat Malaysia…

  4. ISAC

    A ah bro,

    Kalau masuk Singapore pamdai pulak takut nak langgar peraturan…

  5. eXception

    Tengok apa jadinya bila rakyat Singapura masuk Malaysia, bawak keta mcm pelesit sesat kat bandar… Dah la saman tertunggak banyak… Menyusahkan pun ye jugak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>