«

»

Jan 03

MB Perak saman Suara Keadilan RM100 Juta?? Wow!!



IPOH 3 Jan. – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan beliau sebagai fitnah keterlaluan.

Katanya, beliau telah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan.



“Pada mulanya, cadangan adalah untuk saya menyaman mereka RM 1 atau 5 sen tetapi memandangkan pemimpin akhbar itu suka saman orang dengan nilai RM100 juta, jadi kenapa tidak saya saman RM100 juta juga?,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama-sama Majlis Bandaraya Ipoh di Kampung Tai Lee di Buntong di sini hari ini.

Sebelum ini katanya, beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.

“Tetapi dengan pembohongan yang keterlaluan dalam artikel keluaran terbaru mereka, sudah tiba masanya untuk saya bertindak,” katanya.

Zambry berkata akhbar itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam menulis berita atau laporan kerana ia turut mencerminkan kredibiliti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia…laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata,” katanya.

-Utusan Malaysia

Wah kah kah kah kah… Hambik nko Suara Keadilan… Haa… Rasakan… Ingat sedap-2 je nak tokok-tambah cerita yang takde… Ha nko… Terduduk… RM 100 Juta tu beb!! Bukan RM 100… Well apapun tindakan Dr Zambry menyaman Suara Keadilan berhubung artikel yang mengatakan beliau di tahan di US sememangnya di alu-alukan…

Bagi yang belum mengetahui kisahnya sila lawati laman blog teman seperjuangan, Parpukari… FITNAH JAHAT PAKATAN HARAM TERHADAP DR ZAMBRY!

Kemudian bacalah berita palsu ini yang dicedok dari Suara Keadilan Online dan dimuatkan ke dalam blog seorang budak hingusan… Zambry Ditahan Di San Franscisco

Satu lagi boleh di dapati berita fitnah ini di sini: AS halang Zambry masuk kerana didakwa pengganas

Ha ha ha, aku cadangkan kedua-dua pemilik blog ini di saman juga sebab menyiarkan artikel yang berunsur fitnah….


4 comments

Skip to comment form

  1. Anonymous

    Ape nak heboh2… saman je la! Jgn nanti jadi mcm nak tubuh suruhanjaya diraja utk siasat kerugian bawah Chedet 100billion dan kerugian bawah PakLah 270billion… tup-tup senyap je Chedet tu!

  2. MctHeory

    hehe. . saman je bagi bankup terus pun takpe. . buat semak dunia je. .

  3. Builder

    Nice post! keep it up and thanks for sharing……

  4. eXception

    Terima kasih kepada Builder… Kerana sudi memberikan komen…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>