Mengapa DAP Beriya-Iya Mahu Menakluk Johor??
eXception hampir dapat merungkai, mengapa Pakatan Rakyat terutama sekali DAP beriya-iya mahu menakluk Johor dalam PRU 13 nanti.
Seperti yang kita sedia maklum bahawa Johor dahulunya adalah antara negeri yang mempunyai banyak sarang komunis. Akan tetapi kekejaman pengganas komunis ini berjaya dipatahkan oleh Tentera Selempang Merah di bawah pimpinan Kiyai Haji Salleh…

Tentera Selempang Merah ini dikatakan telah menggempur habis-habisan pengganas komunis ini dengan hanya bersenjatakan sebilah parang panjang sebelum Tentera Bristish kembali semula ke Malaya.
Malah semasa peristiwa 13 Mei 1969 juga, pasukan Tentera Selempang Merah ini juga turun ke Kuala Lumpur dari Johor untuk membantu orang melayu, akan tetapi mereka telah dihalang oleh pihak Polis sebelum sempat membantu.
Atas jasa beliau dalam membenteras pengganas komunis, Kiyai Haji Salleh telah dianugerahkan dengan darjah kebesaran oleh Almarhum Sultan Johor ketika itu.
Kemungkinan inilah puncanya mengapa DAP melalui Pakatan Rakyat beriya-iya mahukan Johor. Pada hemat eXception DAP melalui Pakatan Rakyat mahu membersihkan Johor dari saki-baki Tentera Selempang Merah di Johor. Ini kerana jika pergerakan ini kembali hidup dan aktif, ianya akan merencatkan agenda DAP menjajah Malaysia. Malah agenda DAP melalui Pakatan Rakyat selalu memburuk-burukkan Sultan Johor juga adalah atas sebab kerana Sultan Johor telah mengiktiraf Tentera Selempang Merah. Ini menyebabkan DAP cukup membenci Sultan Johor dan keturunannya…
Sesungguhnya agenda terancang komunis dalam DAP masih belum pudar. Cuma kita rakyat Malaysia yang mudah terlupa… Malah ramai anak muda yang lalai dan enggan belajar dari sejarah… Kita perlu ingat Pelanduk mudah melupakan jerat… Tetapi jerat mana mungkin boleh melupakan pelanduk… Jangan kita sangka agenda komunis merupakan satu omongan kosong kerajaan Barisan Nasional… Selagi ada DAP, selagi itu agenda komunis tak pernah padam.
Sumber:
Chin Peng , Kiyai Salleh Dan Selempang Merah












