«

»

Apr 15

Menjawab Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan


Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan Satu Lagi Rekayasa Pembangkang?

eXception bertanggungjawab untuk menjawab isu kubur 1 Malaysia yang digembar-gemburkan kononnya terletak di Tg Agas, Pekan, Pahang… Sebagai anak Pekan… Adalah wajib bagi eXception menjawab isu ini…

Jika kita lihat 2 bahagian video di bawah yang didakwa kononnya kubur tersebut terletak di ‘Daerah Tanjung Agas’. Pertama eXception hendak beritahu, Tanjung Agas bukan sebuah daerah… Tanjung Agas cuma sebuah perkampungan kecil di tepi laut…

Jelas sekali kubur tersebut terletak di dalam hutan, akan tetapi Tg Agas tidak mempunyai hutan sebegini. Disebabkan kedudukan Tg Agas berhampiran dengan muara dan laut. Ianya di kelilingi oleh HUTAN PAYA BAKAU…

eXception agak musykil dan was-was dengan video ini kerana tidak menunjukkan lokasi sebenar… eXception telah cuba bertanya dengan kenalan-kenalan serta saudara mara sebelah Isteri di Kg Sekukuh yang terletak berhampiran dengan Tg Agas. Mereka juga menafikan dakwaan terdapat kubur lama di Tg Agas, hanya satu sahaja tanah perkuburan yang wujud berhampiran, iaitu di Ketapang…

Bertambah musykil lagi apabila eXception boleh dengar kesibukan lalulintas berhampiran dengan kawasan tanah kubur tersebut, sedangkan Tg Agas tidak sesibuk mana, walaupun terdapat projek loji penapisan petroleum dan gas di situ. Tetapi kesibukan jalanraya menunjukkan ianya berhampiran jalan besar, akan tetapi jalan di Tg Agas cuma jalan kampung yang lebih kecil dari jalanraya utama malah tidak sesibuk mana.

eXception tidak tahu apa niat sebenar orang yang upload video ini, adakah dia datang dari luar daerah Pekan. Kerana menyebut Tg Agas sebagai daerah… eXception sebagai anak Pekan, Pahang memohon individu yang upload video ini segera membuat laporan di Jabatan Agama Islam Pahang… Jika dalam tempoh 7 hari individu tersebut gagal berbuat demikian, maka sahlah video di atas sememangnya satu rekayasa…

eXception juga boleh membuat video sedemikian dan mendakwa kubur seperti ini terletak di Kelantan… Tapi ingatlah… Anda boleh menipu orang lain… Tetapi tidak orang Pekan sendiri… Jika anda berada di pihak yang benar, sila tunjukkan bukti lokasi kubur tersebut bermula dari jalan masuk ke Kg Pasir Panjang…

Jika benar lokasi tersebut. eXception akan menyiasat kebenaran ini. eXception akan mengambil cuti minggu hadapan dan akan pulang ke Pekan untuk menyiasat perkara ini… Tunggguuuuuu!! Kepada individu yang meng’upload’ video di atas, sekiranya didapati TIDAK BENAR, perkara ini akan eXception laporkan kepada SKMM…

Blog kaki fitnah: Tanah Perkuburan 1Malaysia?.. Apa dah jadi ni?? (Video Inside)

Nota: eXception bukan sengaja nak politikkan hal ini, tetapi apabila banyak blog PR yang mempolitikkan isu ini, maka eXception bertanggungjawab menepis fitnah ini…



17 comments

1 ping

Skip to comment form

  1. Anonymous

    assalammualaikum, isu kat sini bukan laa isu politik bang. persoalan nya ialah, nape bleh jd mcm nie… tanah perkuburan yang bcampur2 dgn penganut agama lain.. tu jer, so.. kita tolak politik jap. sy pun sokong kerajaan gak. mungkin ker kubur dr perkampuangan org asli.. maaf kan sy… wasalam..

  2. Anonymous

    persoalan sama ada tempat ini dimana juga perlu diambil kira. jika yg upload ini benar2 ikhlas nak betulkan keadaan, perlu dia terangkan tempat yg details.kalau menurut blogger ini, ini bukan di Pahang. so yg upload ni perlu beri tempat dgn details.

  3. eXception

    Memang isu ni bukan isu politik, tetapi apabila banyak blog-blog Pakatan Haramjadah menuduh DS Najib tak buat kerja sampai tak tahu wujud kubur mcm ni… Maka aku terpaksa menangkis fitnah ni, kita mintak dia buat laporan kat JAIP, jika TERBUKTI benar wujudnya kubur ini di Pekan… Kenapa perlu lapor kat You Tube?? Perkara ini mungkin JAIP terlepas pandang, sebab ianya terletak dalam hutan… Tapi perkara sebenar perlu dijelaskan berkenaan lokasi kubur tersebut… Tetapi lokasi tidak dinyatakan dengan tepat… Hanya berdasarkan percakapan dalam video, itu tak boleh dijadikan bukti…

  4. eXception

    Pertama nak beritahu, terima kasih sebab memberikan komen…
    Kedua… Tak dinyatakan di dalam blog ini menafikan kubur ini bukan di Pahang… Tetapi hanya menafikan ianya terletak di Tg Agas…
    Berdasarkan batu nisan lama, amat serupa dengan batu nesan arwah moyang yang disemadikan di tanah perkuburan Kg Marhum, Kuala Pahang… Maka lokasi sebenar perlu dijelaskan… JAIP juga perlu diberitahu dengan jelas lokasinya supaya tindakan susulan boleh dibuat…

  5. SmartRabbit

    aku pernah masuk ke dalam tg agas. dari luar jalan raya hingga ke bahagian berhampiran pantai. aku cuba masuk kedalam sehingga aku jumpa tapak seolah2 landasan terbang lama (mungkin kapal terbang ringan). walaubagaimanapun, aku tidak terjumpa pula kawasan yang didakwa sebagai kubur itu. minta org yg upload video ni beritahu lokasi sebenar logitud magnitud kubur ni.. ehemmm gps ada kan…

  6. Anonymous

    dunia nak kiamat..para ulama' diketepikan…

  7. eXception

    apa kena mengena kes di atas dengan ulamak diketepikan??
    ………………………………………………..
    Ok… kau cakap ulamak diketepikan… Boleh tau ulamak mana yg diketepikan??
    Boleh senaraikan nama-nama ulamak yg diketepikan??

  8. Orang Pekan Lama

    Kehehehkeheh..

    Betul punya maghoh aok weiii ore pekae.. iskkk

    Semangak sungguh yerr aok nok bekap anok tun razok tu.. kehkehkeh kan kita dah kabor dahhh..

    Tg Agas tu takdop laa kampung nyer sangatt.. kepok lekor ikae yu sokmo ada..

    hehehe
    Kita Pekan Lama..

  9. Anonymous

    fitnah tak habis-habis , agama apa kau ni ?? fitnah dan menipu je keje nya .. mungkin fitnah adalah ugama orang Pakatan rasuah maklumlaa ambiga yang anti islam dan penyokong kuat LGBT pun disanjungnya kekekekeke

    sampai sekarang semua orang nak tau kat mana kubur ni , tapi pakatan rasuah hanya sibuk buat fitnah macam orang takde ugama! takde bukti kukuh , apa yang dilakukan bagai orang munafik dan membuat fitnah kata kat pekan .. pekan manaa oiii Pekan Kota Bharu kaa hahaha

    - Sham

  10. SiamangBukit

    Ini tanjung agas kuala sungai baharu Melaka lah

  11. shameel Iskandar

    sebenarya kubur ni terdapat di sumatera atau Riau. Saya pernah lihat dalam blog seorg aktivis Muhammadiyah Indonesia ttg kubur ini tahun lepas.

  12. eXception

    Hummm… kat Riau pulak… pening-pening…
    Kejap org kata kat Pekan… Kejap kat Melaka… Kejap kat Riau…
    Jika ada bukti lebih mendalam harap dapat tinggalkan dalam ruangan komen ni…

  13. Anonymous

    cuba tanya org yg upload tu kat mana? kalau tak jawab cuba tanya org kat kubur tu.

  14. Riduan

    Kubur Orang Asli (Bukan Islam) Kg. Permatang Keledang, Pekan

    utk makluman semua, kubur ini adalah kubur masyarakat orang asli kg permatang keledang. cuma yang nampak keteranya batu nesan yang biasa terdapat ditanah perkuburan orang2 islam, dan pada batu nesan ada yg ditulis binti, bin, A/P, A/L . Batin di kg permatang Keledang ada berjumpa dengan pihak jaip untuk mohon peruntukan papan tanda dan kerja-kerja pemagaran, tapi permohonan mereka tidak dapat dipertimbangkan dan menasihatkan untuk memohon terus kepada PLB kerana mereka bukan orang-orang islam.

    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3280188962339.2140342.1195987551&type=3

  15. eXception

    Terima kasih saudara Riduan atas penerangan diberikan… Saya sudah berhubung dengan Pak Habib… InsyaAllah saya akan ke tempat tersebut untuk membuktikan kebenaran cerita ini…

  16. Riduan

    sama2… kita sama2 mencari kebenaran… nnt kalo dah pergi bolehlah update balik post ni… hehehe… dah g nnt jgn lupa inform saya…. tQ>…

  17. Anonymous

    Ada yang extreme menuduh pihak2 tertentu sebelum siasatan di buat yek…

  1. » CyWar Putrajaya

    [...] dalam artikel sebelum ini… Menjawab Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan, eXception cuba mengulas isu ini dan menjawab isu ini… Bagaimanapun eXception tidak [...]

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO