«

»

Jun 12

Mufti Perak sokong siasat SIS

Mutfi Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

“Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS),” katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu “bagus”.

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

“Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini),” katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:

“Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu.

“Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas.”

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum “tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.”

Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu. (Sumber – Malaysiakini)

Yup… Aku amat bersetuju dengan Datuk Seri Harussani. Sister In Islam (SIS) perlu disiasat. Banyak kenyataan SIS ni bercanggah malah terpesong dari Agama Islam. Jika terbukti SIS ni banyak memberi kenyataan yang menyeleweng dari akidah Islam, sebaik-baik ahli-ahli SIS bertaubat.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>