«

»

Jan 08

Muslimah PAS Menyesal?


Kekesalan Muslimah PAS Terhadap PAS

PAS TIDAK MACAM DULU

SAYA adalah bekas muslimah Pas yang berjuang habis-habisan demi parti. Saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyingkap hati saya yang terhijab. Saya dapati Pas hari ini telah berubah sama sekali. Orang bukan beragama Islam boleh masuk ke dalam surau dengan pakaian kebaya ketat tanpa tudung, berdiri memberi ucapan ketika semua yang hadir, iaitu kaum lelaki duduk di lantai melangut memandangnya.

Masya-Allah. Kami, muslimah Pas pun tak boleh sampai berhampiran mimbar. Apakah jemaah surau berkenaan bertanya kepada Teo Nie Ching, adakah dia datang bulan atau beritahu beliau, kalau nak masuk surau, kena bertudung?

Timbul lagi kegusaran saya apabila dia muncul di pekarangan masjid dengan baju ketat tanpa lengan, sedangkan kami dahulu tidak boleh bersenam bersama lelaki.

Sedih, Pas sudah banyak berubah. Dahulu, kami berkempen, undi orang kafir, jadi kafir. Selalu perkataan yang kami ucapkan, jika memilih pemimpin bukan Islam, ‘Mati esok, si kafir itu akan sembahyangkan jenazah kita…’ Itulah selalu yang kami jaja. Saya ingin bertanya kepada pembela Karpal Singh, apakah Karpal Singh akan mengimamkan sembahyang jenazahnya nanti?

YANG MENYESAL

Lembah Klang

Sumber: Utusan Malaysia


Ha ha ha ha… aku tak pasti samaada surat ini benar dari seorang muslimah PAS atau tidak, tetapi apa yang dikesalkan ada kebenarannya juga. PAS sudah tidak macam dulu… Perjuangan asal sudah menyimpang terlalu jauh… Dari perjuangan menegakkan Islam bertukar kepada menegakkan kafir harbi…

Islam dijadikan bahan gadaian… Kalimah Allah digadaikan demi meraih undi… Masjid digadaikan kepada kafir harbi juga demi meraih undi… Kafir harbi dijulang-julang dan disanjung-sanjung… Pemerintah (Raja-Raja) di hina dan dikeji caci maki… Fitnah sudah diibarat seperti makan nasi… Sehari tak jamah nasi, tak sempurna hidup…

eXception: Di sini menyesal!! Di sini menyesal!! (ciplak dialog filem 3 Abdul)



Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO

Switch to our mobile site