«

»

Jun 17

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.


“Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

“Apa buat sampah, menyusahkan,” menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai “boneka Umno.”

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

“(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

“Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.”

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata “beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut” pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini “telah masuk perangkap Umno” berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

“Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah,” katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

“Kalau semua setuju…PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri,” katanya. Sumber – Malaysiakini

Nampaknya isu Kerajaan Perpaduan merupakan satu mimpi ngeri buat Nik Aziz. Nik Aziz seboleh-boleh tak mahu bermuzakarah dengan UMNO yang merupakan saudara se Islam, malah sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP untuk berterusan menipu umat Islam Malaysia. Kini Ustaz Nasa pula menjadi mangsa. Nik Aziz cuba menggugut Ustaz Nasa agar menghentikan niat untuk bermuzakarah dengan UMNO. Betapa bencinya Nik Aziz dengan UMNO. Begitukah sikap seorang ulama? Menyemai perasaan bencikan saudara se Islam sendiri? Insaflah Nik Aziz, aku tak mahu gelarkan kau Tuan Guru, sebab kau tak layak gunakan. Seorang Guru mendidik dan mengajar perkara-perkara yang positif. Tetapi Nik Aziz nampaknya cuba mengajar perkara yang negtaif dan bertentangan dengan syariat Islam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>