Minta Nik Aziz Letak Jawatan Sebagai MB Kelantan

Semalam eXception agak terkejut apabila mendapat maklumat mengatakan Nik Aziz dimasukkan ke hospital dan dikatakan tenat… Tak tahulah eXception jika maklumat tu sahih atau tak…
Apapun aku berharap Pok Nik segera sembuh… Walaupun berbeza pandangan politik, tetapi sebagai orang Islam, eXception WAJIB mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saudara se Islam yang lain, walaupun BERBEZA pandangan dan haluan politik… Walaupun banyak kontroversi yang dicipta oleh Pok Nik, itu adalah urusan beliau dengan ALLAH SWT…
Memandangkan Pok Nik ni dah uzur, bak kata orang… Rumah Kata Pergi… Kubur Kata Mari… Seeloknya meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan. Berilah laluan kepada kepada orang lain… Sedangkan Samy Vellu pun nak letak jawatan sebagai Presiden MIC… Sebab Samy Vellu tahu, lagi lama dia dok atas, makin ramai yang ‘menyampah’… Oleh itu sebelum orang ‘menyumpah’ seranah, maka Samy Vellu mengambil keputusan bijak dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC… Pok Nik bila lagi??
Berilah peluang kepada orang yang lebih muda untuk menerajui Kelantan… eXception tengok, Kelantan masih lagi mundur… Bekalan air pun nak kena tunggu 17 tahun lagi baru dapat bekalan air bersih… Kesian rakyat Kelantan… Terpaksa minum air yang berkeladak… Sedangkan negeri-negeri lain sudah menikmati bekalan air bersih selama berdekad lamanya di bawah Kerajaan Persekutuan…
Ingatlah Pok Nik, kita ni usia bukan makin lama makin muda, tapi bertambah tua… Pangkat dan jawatan tak menjamin kita di akhirat kelak… Melainkan amal dan ibadah kita… Jadi kesempatan yang ada ni, ambillah peluang untuk merenung semula diri… Takde manusia yang maksum di muka bumi sekarang… Seorang pun tak terlepas dari melakukan dosa tanpa sedar atau secara sedar…
P/S: Maaf pembaca blog sekelian, lama eXception tak update… Seminggu bercuti pulang ke kampung…















3 comments
eM JaY...
December 9, 2010 at 6:10 am (UTC 8) Link to this comment
betol tuh.kami d kelntan dah lama kena tipu pada manusia spiesis nik ajis nih.katanya kepimpinan ulamak,tetapi lebih bersifat ulaRmak.20 tahun tadbir kelantan memang nik ajis dah gagal.bila gagal??gagal bila tak mampu sediakan peluang kerja pada kami dan terbaru pasal air.20 tahun dan janjinya 17 tahun lagi.bermakna kami d sembelih hidup2 oleh ulamak 37 tahun utk semua itu.nampak baik,serban dan jubah.tapi perangai mcm setannn…!!!
salam ziarah dari ambo.
Mj
suaratimur.blogspot.com
eXception
December 9, 2010 at 7:10 am (UTC 8) Link to this comment
Wah… berapi-api komen Mj… Apapun terima kasih sebab memberikan komen… dan pandangan mewakili sebahagian rakyat Kelantan… Kenapa aku kata sebahagian? Sebab sebahagian lagi masih belum mahu berubah… Mahu terus kekal dan berterusan ditipu hidup-hidup sampai le mati…
Wake UP!
December 15, 2010 at 5:02 pm (UTC 8) Link to this comment
Kalau dah senada dengan Anwar sehingga sanggup memberikan jawatan TPM kepada Lim Kit Siang, memanglah Nik Aziz dah jadi setan bertanduk sejak berkawan dengan setan.