«

»

Aug 28

Oh My English!! Nizar Lambai Terlalu Idiot Untuk Memahami Idiom!!

Oh My English!! Nizar Lambai Terlalu Idiot Untuk Memahami Idiom!!

KUALA LUMPUR: Kenyataan berkias bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa “lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal”, boleh mengelirukan umat Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Mahathir itu juga bertentangan dengan akidah Islam yang mewajibkan setiap muslim percaya dan beriman kepada malaikat seperti termaktub dalam rukun iman, sedang syaitan pula katanya, adalah musuh yang nyata bagi orang Islam.

“Berpegang kepada akidah Islam, kita kena percaya kepada malaikat, dan syaitan itu musuh kita.

“Kenyataan (Mahathir) itu agak mengelirukan. Kalau suruh pilih syaitan, itu tidak boleh,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan terbaru Mahathir dalam blognya chedet.cc semalam.

Dalam entri terbarunya itu, Mahathir berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.

Katanya, Barisan Nasional (BN) telah terbukti mendengar keluhan rakyat dan banyak perubahan telah dibuat berbanding Pakatan Rakyat yang menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Mahathir juga berkata tindakan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selama lima tahun boleh mewujudkan kucar-kacir dan memusnahkan negara.

Membidas kenyataan itu, Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, rekod 54 tahun pemerintahan BN sememangnya telah meletakkan Malaysia dalam keadaan kucar-kacir termasuk soal perundangan, ekonomi dan juga politik.

“Saya tak tahu dia (Mahathir) rujuk syaitan dan malaikat itu kepada siapa. Tapi sepertinya Syaitan itu dirujuk kepada Umno BN. Seperti mengatakan Umno itu syaitan.

“Yang penting kita tak boleh pilih syaitan, kita kena percayakan malaikat,” katanya. – Haramjadah Online

Mungkin Nizar Lambai ni terlalu IDIOT untuk memahami IDIOM…

IDIOM merupakan satu ungkapan yang mempunyai maksud tersirat…

Idioms are words, phrases, or expressions that cannot be taken literally. In other words, when used in everyday language, they have a meaning other than the basic one you would find in the dictionary. Every language has its own idioms. Learning them makes understanding and using a language a lot easier and more fun!

Sebagai contoh IDIOM ‘Break a leg’… Yang membawa maksud ‘Good luck’ atau dalam bahasa melayu, semoga berjaya… Bukan suruh patahkan kaki…

Jadi disebabkan Nizar Lambai terlalu IDIOT untuk memahami IDIOM yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir yang berbunyi:


“Better the devil you know than the angel you don’t”

IDIOM ini membawa maksud:

If you have to choose between a familiar but unpleasant situation and an unfamiliar situation, choose the familiar one because the unfamiliar situation may turn out to be worse.

Di dalam bahasa melayu pula…

Jika anda perlu memilih antara keadaan yang sudah terbiasa tetapi tidak menyenangkan dan situasi yang tidak biasa, pilih sahaja yang anda biasa kerana keadaan yang tidak biasa boleh berubah menjadi lebih teruk.

Kepada Nizar Lambai… Harapkan ada kelulusan dalam bidang kejuruteraan ingatkan dia faham le IDIOM ni… Rupa-rupanya IDIOT… Ntah-ntah sijil pun main beli…

Sumber:

Better the devil you know than the devil you don’t know

@mbnizar #OhMyEnglish!!! “Better the devil you know than the angel you don’t” cc @KhalidSamad @DrDzul

Punyalah Bengong Tak Faham Perumpamaan Sampai Tun Mahathir Terpaksa Jelaskan ! ( Video )


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>