Nov 04

Keputusan Rasmi PRK N20 Sg Limau

Keputusan Rasmi PRK N20 Sg Limau

Akhirnya keputusan rasmi Pilihanraya Kecil N20 DUN Sg Limau dikeluarkan… Keputusannya adalah seperti di bawah…

BN : 10985

PAS : 12069

Undi Rosak : 145

Majoriti : 1084

Peratusan Keluar Mengundi : 85%

Seperti yang dijangka, Barisan Nasional tewas pada Pilihanraya Kecil ini… Apakah keputusan ini menandakan rakyat sudah mula menolak Barisan Nasional?

Apa yang pasti, kemungkinan ada keputusan yang memihak kepada PAS adalah disebabkan undi protes oleh orang UMNO sendiri yang mahu menghukum pucuk pimpinan atas permainan mengatur calon pilihan semasa Pemilihan UMNO baru-baru ini… Mereka sudah muak dengan sandiwara demi sandiwara pemimpin atasan mainkan dalam pemilihan tersebut…

Ahli mahukan UMNO dipimpin oleh individu yang BERSIH dari segala skandal rasuah, skandal penyelewengan dan skandal moraliti… Tetapi pemimpin atasan masih mahu mengekalkan pemimpin yang sudah terpalit dengan skandal ini yang merupakan satu kumpulan anai-anai yang bakal menjahanamkan parti dari dalam…

Apapun tahniah kepada PAS… Kepada penyokong Barisan Nasional, tidak ada wujud kemenangan moral… Yang menang tetap menang… Yang kalah tetap kalah… Tak wujud menang moral atau kalah moral… Yang sewajarnya diperbetulkan ialah MORAL para pemimpin UMNO sendiri… Sempena Maal Hijrah ini, HIJRAHKAN DULU UMNO…

Kepada Presiden UMNO, sudah-sudahlah dok tabur duit kat kaum cina… Tak serik lagi ke kena tipu masa PRU 13 hari tu? Masa PRK ni pun kena kencing lagi… Sudah-sudahlah…

UBAH!! SELAMATKAN UMNO SEBELUM PARAH!!

Nov 04

Keputusan Tidak Rasmi PRK N20 DUN Sg Limau

Keputusan Tidak Rasmi PRK N20 DUN Sg Limau

Berikut adalah keputusan awal dan tidak rasmi untuk Pilihanraya Kecil N20 DUN Sg Limau, mengikut Pusat Pengiraan Undi…

1)PDM Batu 16,, Sek Keb Padang Lumat
Jum pengundi – 1149 org
BN – 522 / PAS – 627
BN kalah 105 undi.

2)PDM Sungei Limau, Sek Keb Sg Limau
Jum pengundi – 1,305 org
BN – 700 / PAS – 605
BN menang 105 undi.

3)PDM Sungei Kering, Sek Keb Sg Kering
Jum pengundi – 358 org.
BN – 272 / PAS – 86
BN menang 202 undi.

4) PDM Simpang 3, SRJK (C) Aik Min, Spg 3 Sg Limau.
Jum pengundi : 1242 org
BN : 645 / PAS : 597
BN menang 48 undi.

5)PDM Selengkoh, Sek Keb Hj Kasim Jassin
Jum pengundi – 1006 org. BN – 601 / PAS – 405
BN menang 195 undi.

6) PDM Kabu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau
Jum pengundi – 1950 org.
BN – 1030 / PAS – 920
BN menang 55 undi.

7)PDM Matang Buloh, Sek. Keb. Permatang Buloh.
Jum pengundi – 1,949 org.
BN 45%(877) / PAS 55%(1071)
PAS menang 10%( 194) undi.

8)PDM Sungei Dedap, Sek. Keb. Sg. Dedap.
Jum pengundi : 2,005 org.
BN 42%(842) / PAS 58%(1162)
PAS menang 16%(320) undi.

9)PDM Gelam 3/Bukit Choras, Sek. Men. Agama Al-Nadzah.
Jum pengundi : 2,084 Org.
BN 30%(625) / PAS 70%(1458)
PAS menang 40%(833) undi.

10)PDM Bukit Besar, Sek. Keb. Bukit Besar.
Jum pengundi : 2,359 Org.
BN 40%(943) / PAS 60%(1415).
PAS menang 20%(472) undi.

11)PDM Simpang Tiga Luar, , Sek. Keb. Simpang 3 Sg. Daun.
Jum. pengundi : 1,548 org.
BN 48%(743) / PAS 52%(804)
PAS menang 5%(61) undi.

12)PDM Sungei Daun, Sek. Keb. Sg. Daun Tengah.
Jum. pengundi : 1,826 Org.
BN 58%(1059) / PAS 42%(766)
BN menang 16%(293) undi.

13)PDM Sedaka/PDM Ulu Sedaka, Sek. Keb Ulu Sedaka.
Jum. Pengundi – 1546 org
BN 689 /PAS 702
Mati – 6 org.
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 149 org.
PAS menang 13 undi.

14)PDM Dulang Kecil, SMK Dulang Kechil
Jum Pengundi – 1814 org
BN 1337 / PAS 398 org.
Mati – 0
Undi Kelabu/Atas pagar/Tak dapat dikesan 79 org.
BN menang 939 undi

15)PDM Padang Lumat, SMK Bt 17.
Jum pengundi – 849 org
BN 413 / PAS – 363
Mati – 1
Undi Kelabu/Atas pagar/ Tak dapat dikesan 55
BN menang 50 undi

16)PDM Dulang Besar, SMK Dulang Besar
Jum pengundi – 989 org
BN 759 / PAS – 226
Mati – 4
Undi Kelabu/Atas pagar tak dapat dikesan 0 org.
BN menang 533 undi

17)PDM Kg Titi Batu, SJKC Pei Hwa Bt 17.
Jum pengundi – 1596 org
BN 661 / PAS 735
Mati – 2
Undi Kelabu/Atas pagar / pengundi luar 198 org.
PAS menang 74 undi.

JUMLAH KESELURUHAN.
BN 11876
PAS 10925
Majoriti 951

Nov 03

Pahang Juara Piala Malaysia

Pahang Juara Piala Malaysia

Tahniah kepada pasukan Pahang kerana berjaya menjulang Piala Malaysia dalam perlawanan akhir menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam tadi dengan kemenangan 1-0 terhadap Kelantan. Kemenangan Pahang menamatkan kemarau 21 tahun kejuaraan tersebut semasa menentang Kedah pada tahun 1992.

Gol tunggal kemenangan dijaringkan oleh Matias Conti (gambar) dari Argentina hasil hantaran silang yang cantik dari Azamuddin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex.

Penguasaan permainan lebih banyak memihak kepada pasukan Pahang apabila menyerang dari segenap sudut pintu gol pasukan Kelantan sekaligus memusnahkan impian Kelantan untuk terus mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dijuarai pada musim yang lalu.

Kemenangan Pahang juga banyak disumbangkan oleh ketangkasan penjaga gol muda Pahang Khairul Azhan yang banyak menyelamatkan percubaan Kelantan yang semakin sengit pada separuh masa kedua dan memastikan gawang gol Pahang tidak dibolosi.

Jika pada tahun 1992, Dollah Salleh antara pemain yang membarisi pasukan Pahang pada ketika itu, kini bakti beliau terhadap pasukan ini dicurahkan lagi sebagai jurulatih pasukan ini… Tahniah Dollah Salleh…

Penantian selama 21 tahun akhirnya berakhir malam tadi… Harap piala kemenangan diarak keliling Pahang seperti mana peristiwa yang dirakamkan pada gambar di bawah ini… Ini adalah semasa perarakan kemenangan Pahang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1983… Lokasi ialah Jalan Pekan-Kuantan berhampiran dengan Taman Maulana (Peramu Jaya) sebelum Jambatan Sultan Abu Bakar…

Apapun Tahniah kepada pasukan Pahang… HOGOH! PAHANG HOGOH!!

Nov 01

JPJ Melaksanakan Sistem mySIKAP Sepenuhnya Hari Ini

JPJ Melaksanakan Sistem mySIKAP Sepenuhnya Hari Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia hari ini mula melaksanakan sistem komputer baru yang diberi nama mySIKAP secara menyeluruh kepada semua cawangan JPJ seluruh negara.

Sistem mySIKAP ini diperkenalkan bagi menggantikan sistem lama iaitu sistem SIKAP yang digunakan oleh JPJ sebelum ini. Penggunaan sistem mySIKAP ini membolehkan segala transaksi dan urusan dengan JPJ menjadi lebih lancar tanpa masalah.

Sehubungan dengan itu JPJ telah membuka sebuah Bilik Gerakan khusus untuk menangani masalah teknikal serta gangguan sistem mySIKAP ini bermula hari ini.

JPJ juga berharap kepada para pelanggan yang berurusan dengan JPJ hari ini agar dapat bersabar, sekiranya berlaku gangguan terhadap sistem JPJ.

Oct 14

Kalimah Allah – Permohonan Herald Ditolak, Alhamdulillah

Kalimah Allah – Permohonan Herald Ditolak, Alhamdulillah



Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan The Herald untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka.

Permohonan ditolak setelah didapati kalimah Allah tidak mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Kristian…

Mahkamah juga tidak membenarkan The Herald untuk menggunakan kalimah Allah di dalam mana-mana penerbitannya…

ALHAMDULILLAH

Oct 13

Pemilihan UMNO Serupa Sahaja Dengan Pemilihan CEC DAP

Pemilihan UMNO Serupa Sahaja Dengan Pemilihan CEC DAP

Jika sebelum ini aku kerap menyerang ketelusan pemilihan CEC DAP. Jika sebelum ini aku kerap mengutuk pemilihan CEC DAP dilihat seperti mahu mengekalkan Dinasti Lim… Hari ini, aku terpaksa tunduk tanda kesal dan malu yang amat besar… Aku menyangka Pakatan Rakyat sahaja yang tidak telus dalam pemilihan mereka… UMNO juga dua kali lima dengan DAP… Pemilihan UMNO juga sama teruk dengan Pemilihan CEC DAP…

Adakah ini TRANSFORMASI yang dilaung-laungkan oleh Presiden UMNO yang mana mengarahkan calon-calon pilihannya sahaja diundi dalam pemilihan. Malah semasa pemilihan juga, perwakilan diarahkan untuk mengundi calon favorite Presiden UMNO… Malah lebih melucukan, UMNO masih mahu mengekalkan pemimpin yang terpalit dengan isu politik wang dan penglibatan dalam penyelewengan… Selain itu ada juga calon yang diarah untuk berundur dan menyokong calon pilihan Presiden…

Jika CEC DAP kita lihat mereka cuba mahu mengekalkan Dinasti Lim dan kroni-kroni… Maka serupalah dengan Pemilihan UMNO yang dilihat cuba mengekalkan kroni-kroni kesayangan Presiden UMNO… Malah kedua-dua parti ini juga sering melaung-laungkan DEMOKRASI dan PERUBAHAN… Tetapi kedua-duanya menghalang pemilihan secara DEMOKRASI dan membawa PERUBAHAN kepada parti…

Jika inilah gayanya, maka tepatlah jika dikatakan UMNO dan DAP sama sahaja… Dua kali lima… Lima kali dua… Kong kali kong… Aku percaya, pada PRU 14 nanti, parti ini bakal BERKUBUR tanpa nisan… Atau berkemungkinan akan ada ahli yang akan membuat laporan kepada ROS terhadap kepincangan pemilihan UMNO ini… Atau berkemungkinan juga akan tertubuh sebuah parti serpihan UMNO seperti mana Semangat 46 dulu…

Tidak terlambat untuk aku menyedekahkan Al-Fatihah kepada United Malay Nations Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu… Al-Fatihah…

Oct 08

Gara-Gara Tipu RM 6 Ribu Peniaga Dikompaun RM 175 Ribu

Gara-Gara Tipu RM 6 Ribu Peniaga Dikompaun RM 175 Ribu

Orang tamak selalu rugi
Ibarat anjing dengan bayang-bayang

Begitulah hal yang terjadi di Kelantan. Seorang peniaga restoran mengambil kesempatan mencekik darah dengan mengenakan caj sebanyak RM 6 Ribu kepada 100 orang peserta rombongan yang mana, setiap orang dikenakan caj sebanyak RM 60 untuk satu hidangan sarapan nasi berlaukkan ayam kampung…

Bagaimanapun dek kerana tamak mengejar RM 6 Ribu tersebut, peniaga tersebut kemudian dikompaun sebanyak RM 175 Ribu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan.

Apapun kita tak boleh salahkan peniaga 100%, kerana pasti ada sebab musababnya… Berkemungkinan juga…

Ayam kampung tersebut diimport dari sebuah perkampungan terpencil yang jauh dari peradaban manusia dan ianya terletak di atas puncak Gunung Everest…

Rempah-ratus yang digunakan untuk memasak ayam tersebut pula diimport dari sebuah ladang rempah yang letaknya di atas puncak Banjaran Himalaya…

Manakala beras yang digunakan, hanya ditanam di Kutub Utara…

Maka tak hairanlah jika peniaga tersebut mengenakan caj RM 60 untuk satu hidangan…

Sewajarnya BN dipersalahkan dalam hal ini, kerana di dalam Malaysia tidak ada ayam kampung, rempah ratus dan beras sehingga memaksa peniaga tersebut mengimportnya dari tempat yang terpencil… Dalam Malaysia kita cuma boleh jumpa banyak Ayam China… Itupun Brader Anwar dah ratah dulu…

Oct 08

Keputusan Rayuan Kalimah Allah Isnin

Keputusan Rayuan Kalimah Allah Isnin

Mahkamah Rayuan Putrajaya akan keluarkan keputusan rayuan penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian pada hari Isnin 14 Oktober 2013. Diminta semua dapat turun beramai-ramai untuk menyokong barisan peguam yang sedia mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh Kristian…

Kepada umat Islam dari Pulau Pinang dan kawasan berhampiran sekiranya hendak turut serta, Persatuan MukaBuku Pulau Pinang akan menyediakan 10 buah bas yang akan bertolak malam 13 Oktober 2013… Sila hubungi Farhan (0174058786) untuk bersama-sama turun dengan Persatuan MukaBuku Pulau Pinang.

Oct 07

Apa Akan Jadi Sekiranya Anwar Kembali Ke Dalam UMNO?

Apa Akan Jadi Sekiranya Anwar Kembali Ke Dalam UMNO?

Ada yang bertanya, apa akan jadi apabila Anwar mahu kembali semula ke dalam UMNO? Adakah Anwar akan diterima semula ke dalam UMNO? Adakah Anwar akan memperolehi sokongan seperti dulu?

Perkara ini berkemungkinan boleh berlaku… Tetapi bukan sekarang… Mungkin pada masa 5-6 tahun akan datang apabila UMNO sudah dikuasai oleh proksi-proksi Anwar di dalam UMNO… Pada masa itu, seluruh barisan kepimpinan UMNO sudah dikuasai oleh parasit-parasit yang setia kepada Anwar…

Mungkin pada masa kini kita tak nampak siapa parasit-parasit itu… Sebab belang mereka belum muncul lagi… Parasit-parasit ini termasuklah mereka yang sedia ada di dalam UMNO dan menjadi pengikut setia Anwar dan mereka yang melompat masuk ke dalam UMNO atas alasan sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar… Biasanya mereka yang melompat masuk ke dalam UMNO, bijak bermuka-muka… Mereka sudah diasuh Anwar supaya bijak berpidato dan berkata-kata… Cukup sekadar bijak berkata-kata sudah cukup untuk meraih sokongan ahli UMNO… Kita terlalu leka dan gembira apabila mereka dari Pakatan Rakyat melompat masuk ke dalam UMNO yang mana satu ketika dulu mereka cukup kuat menghina UMNO, sekarang secara tiba-tiba lidah mereka yang tidak bertulang itu berubah menjadi LUNAK… Kita beranggapan itu petanda Pakatan Rakyat akan berkubur…

Apabila proksi-proksi Anwar sudah menguasai keseluruhan kepimpinan utama parti, maka kita akan menyaksikan satu drama swasta yang menyaksikan kononnya, Anwar sudah menyesal dan bertaubat dan mahu menyertai semula UMNO… Kemudian kita akan saksikan satu lagi cerekarama yang mana pemimpin-pemimpin dalam PAS dan DAP mula mengutuk Anwar dan mencaci Anwar… Semuanya hanyalah satu drama yang skripnya sudah dikarang awal-awal lagi…

Beberapa tahun selepas Anwar menyertai UMNO, sebilangan ahli UMNO ada yang sudah menerima Anwar dan ada sebilangan yang menentang penyertaan Anwar semula ke dalam UMNO… Pada masa ini, jentera cybertrooper Barisan Nasional yang mudah dibeli dengan wang akan bermati-matian mempertahankan Anwar yang mereka maki dan caci dulu… Spesis lalang macam ni sanggup menjilat buntut sesiapa sahaja yang sanggup membayar mereka…

Selain spesis lalang ini, terdapat juga spesis lalang lain dalam UMNO yang mudah dibeli dengan wang… Petik sahaja jari, berduyun yang akan datang melutut dan menjilat buntut Anwar yang berkunyit itu… Mereka inilah yang akan sanggup berkempen siang dan malam untuk Anwar…

Kemudian tiba masa waktu pemilihan UMNO, secara tiba-tiba Anwar mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atas alasan mencuba nasib… Anwar sanggup menabur sebarapa banyak duit untuk menjalankan misinya, menjadi Presiden UMNO… Undi dari ahli UMNO sanggup dibeli, manakala Ahli Jawatankuasa Disiplin menutup sebelah mata dengan perbuatan Anwar, kerana semua sudah dibeli… Perkara ini pernah berlaku dulu, di mana menantu seorang Presiden UMNO terlepas dari hukuman kerana kesalahan Politik Wang, malah sekadar diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada masa itu… Inilah kuasa wang… Mata ahli Jawatankuasa Disiplin juga mampu ditutup dan mulut mereka juga dikunci… Perlembagaan sekadar WAYANG dan dipergunakan untuk memastikan ahli UMNO di bawah, SENYAP. Akhirnya Anwar memenangi kerusi Presiden UMNO… Kemudian mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri… Pada masa itu, sesiapa kalangan ahli UMNO yang menentang, mencaci, mengutuk atau menghina Anwar serta-merta dipecat…

Adakah korang semua anggap cerita ini sekadar fantasi? Benar, cerita yang belum pasti berlakunya memang patut dianggap sebagai satu FANTASI… Tetapi tidak ada satu perkara yang mustahil di dalam dunia ini… Sedangkan burung tiung, kita boleh asuh supaya bijak berkata-kata, adakah ianya satu fantasi? Mungkin ada yang mentertawakan artikel ini dan menganggap ianya sebagai SAMPAH dan ANGAN-ANGAN belaka… Terpulang… Kuasa Allah tidak siapa boleh jangka… Kita sendiri sebagai manusia tidak mampu menjangka bila ajal kita…

Kesimpulannya, berhati-hatilah memilih calon… Jangan terpilih proksi Anwar, kelak kita yang merana…

Oct 07

Transformasi Yang Dicanang Transperlingkupsi Yang Dilakukan

Transformasi Yang Dicanang Transperlingkupsi Yang Dilakukan

Al-kisahnya perihal transformasi kerap dilaung-laungkan oleh pemimpin ini… Pemimpin ini mahu ahli membawa perubahan dalam parti… Tapi apakah benar TRANSFORMASI yang dicanang adalah ikhlas dan suci atau sekadar mainan wayang kulit yang kerap dimain-mainkan di balik kelir oleh Tok Dalang?

Transformasi sepatutnya merubah wajah-wajah pemimpin yang terpalit dengan pelbagai skandal dengan wajah-wajah yang baru dan segar. Tetapi transformasi yang dilakukan oleh pemimpin ini ialah mahu mengekalkan muka-muka lama yang sudah terpalit dengan pelbagai skandal penyelewengan, politik wang dan rasuah…

Banyak ura-ura kedengaran bahawa kepimpinan tertinggi parti masih memerlukan Datuk Seri Shahrizad, menerajui Pergerakan Ketua Wanita, walaupun beliau sudah terpalit dengan skandal NFC yang diuruskan oleh suami beliau… Isu NFC kerap dimainkan oleh media Pakatan Rakyat hingga ianya mencalar imej parti dan memaksa Datuk Seri Shahrizad meletakkan jawatan sebagai Menteri Wanita…

Orang yang pertama menjadi mangsa percaturan transformasi ini ialah Datuk Seri Azlina Othman yang mana akhirnya terpaksa berundur atas arahan orang atasan dalam parti bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Shahrizad. Malah calon lain yang turut mahu mencabar kerusi Ketua Wanita, iaitu Raihan Sulaiman turut dinasihatkan supaya berundur dan berikan kemenangan kepada Datuk Seri Shahrizad, tetapi enggan dan tetap mahu bertanding… Bukan niat mahu melawan kepimpinan atasan… Tetapi demi membawa PERUBAHAN ke dalam parti…

Raihan Sulaiman mungkin nama yang agak asing di dalam parti, tetapi jika sebut tentang Sulaiman Palestin pasti ramai kalangan ahli UMNO mengenalinya… Ustaz Haji Sulaiman bin Ahmad atau ‘Sulaiman Palestine’ adalah ahli politik UMNO dari Pulau Pinang, Malaysia. Pada tahun 1978, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO. Beliau dianggap sebagai ultra (pelampau) Melayu / Islam kerana pidato yang berapi-api terutama berhubung isu Palestin dan Dasar Bahasa Kebangsaan yang masih belum didaulatkan pada 1967…

Nama Ustaz Haji Sulaiman Palestin melonjak selepas membangkitkan isu Freemason dalam Perhimpunan Agung UMNO 1978. Isu-isu agama Islam turut dibangkitkan dalam Perhimpunan UMNO oleh Ustaz Ibrahim Azemi Hassan dari Kuala Nerus, Terengganu… Kini bakat kepimpinan dicurahkan kepada anak perempuannya, Raihan…

Sokongan wajar diberikan kepada Raihan Sulaiman, kerana imej beliau bersih dari sebarang skandal seperti mana Datuk Seri Shahrizad… Imej muslimah yang dibawa oleh beliau mampu membawa perubahan kepada Pergerakan Wanita… Penglibatan dan pengalaman beliau di dalam NGO, Badan Pemikir Untuk Bumiputera dan lain-lain sudah cukup membuktikan beliau berkelayakan menerajui Pergerakan Wanita…

Kepada pemimpin atasan parti, adakah TRANSFORMASI yang anda mahukan atau TRANSPERLINGKUPSI yang anda sebenarnya kejarkan? Kami sayangkan UMNO… Kami tak mahu parti keramat orang melayu ini hancur di tangan mereka yang tamakkan kuasa…

Older posts «

» Newer posts