Pahang Sudah Bersedia Untuk Menghadapi Banjir Sejak Oktober Yang Lalu

Gambar sekadar hiasan
Pahang sudah bersedia seawal Oktober yang lepas sebagai persiapan untuk menghadapi banjir yang akan melanda negeri ini pada musim tengkujuh tahun ini. Malah jentera-jentera gerakan banjir juga telah dikerahkan sejak awal lagi dengan menentukan pusat-pusat pemindahan banjir yang akan digunakan nanti, malah bekalan makanan juga telah dihantar ke 92 buah pangkalan yang telah diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir jika terputus hubungan.
Seramai 8,400 kakitangan awam, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan agensi sokongan sudah dikenal pasti sepenuhnya untuk digerakkan apabila diperlukan.
Jika Pahang sudah bersedia sejak Oktober, mengapa Kedah tidak bersedia seawal mungkin… Kenapa Kedah gagal menggerakkan jentera gerakan banjir? Kenapa kerajaan Kedah gagal menyediakan bantuan yang cukup? Malah bantuan yang disediakan juga tidak mencukupi. Malah pusat pemindahan banjir juga kurang memuaskan kerana tiada bekalan air.
Kerajaan Kedah juga bersikap lepas tangan. Malah Kerajaan Kedah dikatakan selepas beberapa hari banjir, baru hendak mengadakan mesyuarat… Sedangkan Pahang sudah mengadakan mesyuarat bencana banjir sejak awal lagi untuk menggerakkan jentera menghadapi banjir.
Malah Kerajaan Kedah tanpa segan-silu menyalahkan projek landasan berkembar sebagai punca banjir, sedangkan pembalakan yang berleluasa di Kedah yang menjejaskan kawasan tadahan air dan juga salah satu punca utama banjir yang teruk di Kedah langsung tidak dipandang atau mungkin tidak berani dipandang kerana tahu salah sendiri kerana terlalu tamak. Malah Kerajaan Kedah juga mempunyai Menteri Besar yang boleh dikatakan bebal kerana tidak tahu musim tengkujuh akan membawa taburan hujan yang luar biasa.
Apapun, eXception doakan supaya banjir di Kedah akan pulih sedia-kala. Nasihat eXception, apabila kita memilih pemimpin, pilihlah pemimpin yang pandai buat kerja, bukan pemimpin yang pandai mencari alasan, tetapi kerja tak tahu nak buat.
Sila rujuk di bawah mengenai pelan tindakan menghadapi banjir oleh Kerajaan Pahang
Banjir dijangka lebih buruk
Pahang siap sedia hadapi banjir
Pahang sedia hadapi banjir
eXception: Thumbs up! kepada Datuk Seri Adnan Yaakob kerana berupaya menyediakan jentera menghadapi banjir yang berkesan selama dalam tempoh pentadbirannya…















5 comments
Skip to comment form ↓
adf55650
November 6, 2010 at 2:25 pm (UTC 8) Link to this comment
Kalau tak ade projek landasan berkembar mungkin tak banjir kot. Kedah kata banjir sebab projek tu je.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
November 6, 2010 at 4:20 pm (UTC 8) Link to this comment
slm ziarah
artikel menarik
pohon jasa baik tuan follow
dan link blog baru kami. TQ
http://pemudaumno-nibongtebal.blogspot.com/
eXception
November 7, 2010 at 3:38 am (UTC 8) Link to this comment
adf55650, persoalan nko telah dijawab dalam artikel terbaru…
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, granted….
adf55650
November 7, 2010 at 4:01 am (UTC 8) Link to this comment
Tahap pemikiran PR boleh ke faham?
Kalau dah wakil rakyatnye x lulus SRP, pengikutnya apatah lagi.
Walau apapun, terima kasih aatas penjelasan yg 100% bermanafaat.
eXception
November 7, 2010 at 6:31 am (UTC 8) Link to this comment
adf55650, sebenarnya totok-totok PR lebih banyak menimbulkan persepsi berbanding kebenaran… Adakalanya persepsi boleh menimbulkan fitnah… Apapun terima kasih kerana memberikan komen…