PETALING JAYA, 14 Ogos : Bengkel Memperkukuh Pakatan Rakyat di Tropicana Goft Resort petang semalam bukan sahaja berjaya mencapai kata sepakat berhubung isu arak di Selangor, malah sebulat suara mengutuk berpuluh tindakan Umno menghina Islam sebelum ini.
Menurut Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah banyak laporan polis dibuat berhubung kenyataan Umno menghina Islam dan sensitiviti kaum Cina di Malaysia sebelum ini,tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil ke atas pemimpin-pemimpinparti terbabit

Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR turut mempersoal tindakan Polis menyerahkan beberapa isu tersebut kepada pemimpin atasan Umno sendiri untuk tindakan susualan dan ‘arahan’ seterusnya.
Jelas Anwar lagi, masalah arak di Selangor, dakwaan Anthony Loke (DAP) menghina Islam serta gelaran ‘pengkhianat’ yang dilabelkan ke atas dirinya itu hanya sandiwara arus perdana semata mata; demi menutup salah laku Umno menghina Islam dan kaum Cina.
“Kepimpinan Umno yang hina Islam tidak pernah disiasat, sebaliknya digunakan isu perkauman, soal Cina dan saya (serta) Ustaz Hadi dilaporkan seolah-olah menyokong DAP (dan) Cina hina Islam.
Bercakap dalam sidang media yang sama Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersependapat dengan Anwar dan menyifatkan slogan ‘Satu Malaysia’yang dialung-laungkan parti-parti pemerintah sekadar menutup permusuhan dalaman masing-masing dari diketahui umum.
“Apa guna kita (Pakatan Rakyat) dikatakan bersama, tetapi tidak bersatu. Itu (Masalah) Barisan Nasional yang sudah dikenali retak.
“Mereka saling bermusuhan walau pun mereka terpaksa melaungkan slogan ‘Satu Malaysia’,” katanya. Image
Penasihat DAP Lim Kit Siang turut menegaskan bahawa bengkel tersebut berjaya menyatukan suara dalam Pakatan Rakyat demi memastikan agenda perubahan terus digerakkan.
Pakatan Rakyat juga bersetuju menubuhkan beberapa sekretariat di pelbagai peringkat untuk memastikan muafakat masing-masing kian kukuh.
Peringkat Penggubalan Dasar akan diketuai bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi DAP Dr. Tan Sing Giaw; yang mana masing-masing adalah Ketua Whip di Parlimen.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua DAPSY Anthony Loke dan MKT PKR Dato’ Zaid Ibrahim dipertanggungjawabkan memperkukuh Sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan Pusat.
Bengkel itu sebulat suara bersetuju menggunakan saluran yang betul di peringkat pusat dan negeri seandainya berlaku lagi sebarang perselisihan pendapat.
Jika satu-satu perselisihan gagal diselesaikan, maka ianya akan dirujuk terus pula pada Panel tatatertib yang dipersetujui bersama.
Terdahulu, Dato’ Dr. Hasaan Ali Exco Kerajaan Negeri yang juga Pesuruhjaya Selangor berselisih faham dengan Ronnie Liu Exco Kerajaan Negeri yang juga pemimpin DAP negeri hatta diperbesar oleh media arus perdana. – Serakah Daily
Korang baca la petikan dari Serakah Daily ni, tetiba lak diorang kata UMNO yang hina Islam. Eh eh… Apa ke hal pulak… Nampak sangat Pakatan Bodoh ni cuba memperbodohkan rakyat. PAS pun turut sama bodoh. Di perbodohkan dan diper-anjingkan oleh Anwar. Semua tahu kenyataan Siew Fuck denga Jeff Oi terang-terangan menghina Islam, kini PAS membenarkan kata-kata hinaan terhadap Agama Islam. Pemimpin-pemimpin PAS ni sudah sah keluar dari landasan agama. Mereka memperalatkan agama demi kepentingan politik, tetapi mulut mereka mengatakan politik dan agama adalah satu. Kepala hotak korang la… Agama dan politik mana boleh jadi satu. Ajaran sesat mana korang bawak ni PAS? Politik adalah perjuangan duniawi semata-mata. Kepada rakyat Malaysia sekelian. Buka mata dan buka hati anda. Tengoklah lebai-lebai mangkuk ni berfatwa. Semua fatwa tak boleh pakai. Lidah mereka adalah lidah syaitan, dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh memesongkan akidah umat Islam Malaysia. Kerajaan perlu bertegas dan mengharamkan dua parti ini iaitu PAS dan DAP. Masukkan PAS dalam senarai ajaran sesat. DAP pula harus dikenakan tindakan kerana menghina Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu.















5 comments
Skip to comment form ↓
~che wan~
August 16, 2009 at 11:30 am (UTC 8) Link to this comment
Benarkah agama dan politik tidak boleh berada dalam satu landasan yang sama?? Bukankah Islam itu syumul?, yang meliputi seluruh aspek kehidupan? Maka, politik juga pasti ada di dalam Islam,. Mengasingkan agama dan aspek hidup yang lain, itu sekular namanya… =)
eXception
August 16, 2009 at 1:09 pm (UTC 8) Link to this comment
che-wan, agama dan politik boleh seiring, tapi x boleh dicampur aduk… Jika ada pendapat zaman Rasulullah juga, Baginda berpolitik, itu pendapat yang dangkal. Baginda tak pernah terlibat dengan politik… Tidak pernah mewakili mana-mana kerajaan, hanya mewakili Allah SWT, kerana Baginda adalah Utusan-Nya… Sbb itu di dalam masjid kita tak dibenarkan bercakap-cakap dengan hak keduniaan…
Anonymous
August 16, 2009 at 2:00 pm (UTC 8) Link to this comment
Bintara Melayu……
selama aku hidup ni tak pernah pun aku tengok UMNO BN ni menghina agama islam. Nak menaik dan menegakkan syiar islam adalah. yang aku tengok banyak menghina islam adalah pemimpin Parti pas yang banyak mengeluarkan fatwa cakap tak serupa bikin yang secara tak langsungnya telah mempermainkan kesucian islam dan yang terbaru apabila Nik Ajis mengolah penghinaan islam oleh 2 mangkuk DAP. Dalam kenyataan fatwa songsangnya mengatakan Dap boleh hina islam sebab dia kafir tak tahu islam. Aku Nak tanya kat nik Ajis la! cina DAP ini baru jadi rakyat malaysia ke atau lahir kat israel sampai tak tahu tentang islam dan adat budaya bangsa dan agama di malaysia ini. Kalau ada wakil Nik ajis boleh tolong jawabkan silalah….
eXception
August 17, 2009 at 12:47 am (UTC 8) Link to this comment
Pendapat Anon tu mmmg aku setuju sgt… Thanxxx…
Anonymous
August 18, 2009 at 3:42 am (UTC 8) Link to this comment
Salah kalau pendapat kalau kita kate tiade politik dlm agama…politik ade, malah dengan agama kita bole menyemai prinsip kejujuran berpolitik…tidak semestinya kerana PAS menyalahgunakan agama untuk berpolitik kita bole menafikan fungsi agama didalam politik…(Saya terkedu atas tindakan parti Pas…Pas telah mempermainkan agama demi politik…)
Mufti terakhir kerajaan uthmaniyah, Sheikh Mustafa Sabri, mengatakan bahawa pemisahn agama dan politik adalah jalan pintas untuk seseorang menjadi kufur. Maka jelas di sini hubungan Islam dan pemerintahan….maaf andai tersalah silap dlm menasihati…
saya berharap kita jelas mengenai politik kotor dan politikus yang kotor…hakikatnya pelaku politik seperti Pas yang mencemar kesucian politik berpandukan syariah…