«

»

Jun 12

Panas!! Bukti Kejayaan Himpunan Hijau PAS??

Gambar Menjadi Bukti Sokongan Terhadap Himpunan Hijau PAS

Himpunan Hijau PAS mendapat sambutan hangat di kalangan pokok-pokok pisang di kebun Pak Hamid, kebun Mak Leha, kebun Pak Jabit, kebun Mak Limah… Pokok-pokok pisang ini secara sukarela meletakkan lambang tin biskut… eh silap… lambang bulan mengambang pada dedaunnya…

Ini sekaligus memberikan tamparan yang MAHA HEBAT kepada Barisan Nasional khususnya UMNO kerana gagal menarik minat pokok-pokok pisang ini menyertai UMNO…

Menurut Pesuruhjaya PAS Pusat… Kejayaan ini merupakan satu titik perubahan sokongan kalangan tumbuh-tumbuhan untuk menyokong perjuangan PAS… Beliau yakin PAS akan dapat menawan Putrajaya berkat sokongan tumbuh-tumbuhan ini…

Apabila ditanya tentang tumbuh-tumbuhan yang tidak layak untuk mengundi, Pesuruhjaya PAS Pusat akan mendesak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya membuka ruang kepada tumbuh-tumbuhan ini supaya boleh mengundi. PAS akan berpakat dengan PKR dan DAP untuk mengadakan demonstrasi BERSIH 4.0 yang mana Pakatan Rakyat akan mendesak kerajaan supaya membenarkan tumbuh-tumbuhan mengundi setelah Pakatan Rakyat sudah tidak lagi relevan di kalangan manusia…

Menurut beliau lagi, kegagalan UMNO menarik minat pengundi di kalangan tumbuh-tumbuhan bakal meranapkan impian Barisan Nasional untuk MENANG BESAR dalam PRU 13 nanti…

Nota: Sebelum sempat temuramah tamat… Pesuruhjaya PAS secara tiba-tiba menyanyikan bait-bait lirik lagi Hazama…

‘Tanya sama pokok… Apa sebab goyang… Nanti jawab angin yang goncang…’

Bait lirik di atas dinyanyikan berulang-ulang sambil beliau menari tarian sewang dan tarian inang bergilir-gilir…

Terbaru: Dikatakan Pesuruhjaya PAS Pusat telah dimasukkan ke Hospital Permai setelah dilaporkan bercakap sorang-sorang… gelak sorang-sorang… sengih macam kerang busuk sorang-sorang… Sambil menari tarian sewang… Oleh kerana orang awam khuatir isteri mereka menjadi mangsa Pesuruhjaya PAS Pusat itu… Maka mereka segera membuat laporan Polis, sebelum Polis membawa Pesuruhjaya PAS Pusat ke Hospital Permai untuk diperiksa tahap mentalnya… Kesiannnnnnn….


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>