«

»

Apr 26

Panas!! Parti Politik Islam Diharamkan??


Peraturan Mengharamkan Parti Politik Berteraskan Prinsip Agama Dikeluarkan??

TRIPOLI, Libya – Seorang jurucakap pemerintah Libya mengeluarkan peraturan bagi mengharamkan pembentukan parti politik berteraskan prinsip agama.

Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan yang mentadbir Libya, Mohammed Al-Hareizi berkata, undang-undang berkenaan yang berkuat kuasa semalam digubal bagi mengekalkan “penyatuan nasional”.

Namun, ia pasti akan mencetuskan kemarahan parti berteraskan agama seperti Ikatan Ikhwanul Muslimin yang merupakan kumpulan politik utama di negara Afrika Utara berkenaan.

Kumpulan-kumpulan Islam telah lama dikongkong oleh bekas diktator Libya, Muammar Gaddafi.

Beliau dibunuh oleh para pemberontak Libya pada Oktober tahun lalu selepas pertempuran selama lapan bulan.

Undang-undang berkenaan dikuatkuasakan dua bulan sebelum pilihan raya pertama diadakan di Libya bagi memilih 200 anggota Parlimen yang bakal ditugaskan untuk menulis perlembagaan baharu dan membentuk pemerintahan. – Agensi

Sumber: MyNewsHub


Apa sudah jadi?? Kerajaan baru Libya sudah bertindak mengharamkan parti yang berteraskan agama… Apa pula kata ostad-ostad PAS yang dulu beriya-iya menyokong serangan ke atas Libya dan pembunuhan Muammar Gaddafi… Kini parti seumpama PAS sudah diharamkan di Libya…

Kerajaan Malaysia masih bertolenransi dengan membenarkan PAS meneruskan agenda politiknya, walaupun hanya 10% sahaja perjuangan Islamnya… Manakala sebahagian lagi perjuangan untuk kepentingan politik semata-mata… Kenapa tak mahu maki kerajaan baru Libya??


1 comment

  1. Sudir

    tak dapat ler PAS bertapak di Libya.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>