«

»

Jan 24

Panas!! Ummi Amalkan Ilmu Hitam??


Panas!! Benarkah Ummi Amalkan Ilmu Hitam??

Khabar angin yang bertiup kencang kebelakangan ni yang mengkhabarkan bahawa Ummi mengamalkan ilmu hitam. Pada mulanya eXception enggan juga percaya. Akan tetapi banyak akhbar-akhbar arus perdana memaparkan berita ini, eXception merasa kurang enak jika dibiarkan… eXception perlu mendedahkan perkara ini…


Gambar sekadar hiasan. Tiada kena mengena dengan artikel ini.



KUALA KANGSAR, 17 JAN 2012: Pelakon, Ummi Nazeera memberitahu telah dua kali dikejarkan ke hospital, gara-gara mengalami kemalangan sewaktu melakukan beberapa babak aksi dalam filem Penanggal.

Bukan mudah untuk menjayakan babak- babak aksi tersebut untuk kelihatan ‘real’ di mata penonton dan pengarah, Ummi Nazzera berkata apa yang dilalui merupakan antara cabaran buat dirinya sepanjang bergelar pelakon.

“Pada mulanya saya dikejarkan ke hospital selepas terkena duri pokok yang beracun di tangan. Kemudian saya ke hospital lagi disebabkan terkena jangkitan mata yang sangat teruk kerana terlalu lama memakai kanta lekap untuk menjayakan watak Penanggal.

“Saya hanya dinasihatkan doktor untuk berehat seketika sebelum mula penggambaran. Banyak sebenarnya cabaran daripada segi aksi yang saya lakukan dalam filem ini. Saya boleh katakan ini filem yang paling teruk dan mencabar fizikal saya.

“Bergolek dalam lumpur di hutan sehinggalah saya terpaksa melakukan pelbagai aksi lasak. Meskipun badan saya lembam-lebam dan luka tapi apa yang boleh saya cakap, saya sangat puas dengan apa yang saya lakukan dalam filem ini,”katanya yang ditemui di lokasi penggamabaran filem Penanggal di Kuala Kangsar, Perak, malam semalam.

Dalam filem terbitan Astro Shaw dan Grand Brilliance ini, Ummi yang memegang watak Murni yang juga pewaris Penanggal ini telah digandingkan dengan Azri Iskandar (Syed Yusod) sebagai pasangan kekasih.

Biarpun Ummi terpaksa membawa aksi romantik dan menghairahkan bersama Azri dihadapan pengarahnya yang juga isteri kepada Azri, namun dia akui selesa melakukannya.

“Azri seorang pelakon yang profesional jadi ketika kami bersama-sama melakonkan adegan romantik tidak susah .

“Lagipun kami sudah pun beberapa kali menjalankan latihan sebelum berlakon dihadapan kamera. Jadi saya tidak kekok untuk melakukannya,” jelasnya lagi.

Selain Ummi Nazeera dan Azri Iskandar filem pertama arahan Ellie Surity ini turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Zul Ariffin, Fauziah Nawi, Normah Damanhuri, Anne Abdullah serta ramai lagi.


Ooh… Rupa-rupanya Ummi cuma melakonkan watak sebagai seorang wanita yang mengamalkan ilmu penanggal di dalam filem bertajuk Penanggal arahan Ellie Suriaty…

Sangkaan eXception ternyata meleset… Cis!! Cis!! Cis!!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>