«

»

Aug 29

Pas bukan parti Islam lagi?


Contributed by Tepak Bersulam
Friday, 13 February 2009
Last Updated Friday, 13 February 2009
Oleh Tepakbersulam
[email protected]

Seperti yang saya janjikan saya akan menghuraikan mengenai politik Pas, dalam tulisan saya yang lalu yang bertajuk, Mana ikon Pemuda UMNO ketika Karpal menghina Raja dan Bangsa Melayu? Mukadimah kata, saya sememangnya saya keliru dengan perjuangan Pas sejak kebelakangan ini dan sekian lama saya mengikuti perkembangan politik tanah air walaupun tidak pernah menjadi Ahli Pas tetapi sebagai orang Melayu dan umat Islam saya juga punya rasa hormat dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Pernah saya bersua dengan beliau di sebuah restoran, saya terus meluru kepada beliau dan mencium tangan beliau kerana saya menganggap beliau adalah seorang ulamak. Pernah juga saya ketika berkempen di Anak Bukit, apabila saya berkempen dirumah orang Pas saya di jemput berdoa dalam bertahlil untuk Tuan Hj Fadhil Noor. Saya turut
bertahlil kerana merasakan bahawa sebagai seorang umat Islam saya bertanggungjawab mendoakan dan bertahlil.

Selepas bertahlil mereka bertanya kepada saya, apakah tujuan saya singgah ke markas mereka, terus terang saya katakan saya ingin menjemput dan merayu kepada mereka untuk menyokong parti Barisan Nasional. Mereka juga pasti tahu apakah tujuan saya datang ke markas mereka. Kemudian kami pulang dengan perasaan yang lega tanpa ada
sebarang pergaduhan.

Hari ini Pas tidak lagi seperti Pas yang dahulu, Pas sekarang tidak lebih dari sebuah parti sekular, tiada bezanya Pas mahupun PKR mahupun DAP. Mereka juga tidak lagi berani memperjuangkan apa yang mereka perjuangan dahulu.

Islam hanyalah payung untuk mereka berselindung untuk mendapat sokongan orang-orang Melayu yang beragam Islam. Tidur sebantal dengan DAP sebuah parti yang terang-terang menolak Islam di bawah kepimpinan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan juga Lim Guan Eng sudah jelas membayangkan bahawa jika mereka memerintah Malaysia, Islam akan hanya tinggal nama saja. Pas pula sebuah parti yang boleh diubah suai dan Pas juga boleh berubah warna mengikut keadaan sekeliling.

Hari ini pemimpin Pas boleh berpeluk dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, mahu pun Anwar Ibrahim yang nyata dahulu mereka anggap Anwar sebagai seorang yang tidak berakhlak. Perjuangan Anwar sebenarnya bukanlah perjuangan untuk membela rakyat. Perjuangan Anwar adalah perjuangan peribadi untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. Sebelas bulan mereka memerintah, agenda mereka berbulan-bulan adalah 916, Road to Putrajaya, bukan perjuangan yang membela nasib rakyat yang kini sedang bergelut dengan krisis ekonomi. Rakyat di paksa berpolitik sepanjang masa, rakyat di paksa berdemonstrasi bagi memastikan Anwar dapat mencapai cita-citanya. Pas terperangkap dalam adunan politik Anwar. Ini adalah kerana kebijaksanaan Anwar yang telah menanam ramai orang-orangnya di dalam Pas yang di gelar sebagai kumpulan Ardogan, yang berteraskan sekular.

Apa bezanya orang-orang Pas dengan orang-orang PKR, mereka adalah orang-orang yang di korup pemikiran mereka untuk turun ke jalan-jalan raya berdemonstrasi. Anwar telah menanam banyak semangat yang tidak murni dan tidak baik di kalangan orang-orang Melayu. Jika dahulu Anwar menanam budaya berdemonstrasi di jalan raya kini UMNO dan BN telah turut turun padang berdemonstrasi menentang Anwar dan parti PR. Jika dahulu Anwar menanam budaya lompat parti, UMNO melakukan lebih baik dari Anwar. Apa yang Anwar lakukan tidak kesampaian tetapi apa yang UMNO lakukan mendatangkan hasil.

Pas, terdiri dari keahlian rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Hari ini mereka juga memusuhi rakyat yang berbangsa Melayu dan beragama Islam (UMNO) lebih buruk lagi Pas juga menghina dan biadab kepada Raja dan bersubahat dengan mereka yang sememangnya mahu menjatuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Jika hari ini mereka
boleh melakukannya di Perak, esok mereka juga akan biadab dan derhaka kepada Sultan Selangor dan juga Sultan Kedah. Pas menghalalkan perbuatan ini. Pas mempunyai panel-penel yang boleh menghalalkan sesuatu yang menyebelahi mereka dan mengharamkan sesuatu yang tidak berpihak kepada mereka. Pas sememangnya sudah keliru sebelum Anwar menjadi Ketua Pembangkang.

Apabila Anwar bersama mereka, Pas bukan lagi keliru tetapi sudah hilang akal terus. Di Selangor ramai ahli Pas sendiri yang sudah mengeluh dan tidak paham, malahan mereka bagaikan sesat tidak nampak hala dan tujuan perjuangan Pas sebenar. Jiak Pas menolak menefesto Hudud sewaktu pilihan raya yang lalu untuk di gantikan dengan negara berkebajikan. Sebelas bulan berlalu, apakah kebajikan yang telah diberikan kepada rakyat di Selangor, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Yang pasti awal-awal, babi yang mendapat kebajikan di Selangor. Nik Aziz, Hassan Ali hanya mampu melihat saja.

Hassan Ali terus tenggelam di Selangor, Hassan Ali bagaikan lumpuh dan banyak janji-janji Hassan Ali tidak dapat di tunaikan seperti beliau pernah berkata dalam ceramah beliau sebelum memenangi negeri Selangor. Malam ini kita perintah Selangor, esok kita tutup kilang arak di Shah Alam. Hari ini kilang berkenaan tersergam kukuh di persisiran masuk Shah Alam. Mereka menghalang artis luar masuk membuat konsert di Selangor tetapi dalam program mereka ada artis yang tayang buntut.

Hari ini orang Pas derhaka kepada Raja sanggup tidur di atas jalan raya merosakkan kereta-kereta, apakah mereka tidak tahu bahawa Sultan adalah Ketua Agama di sesebuah negeri, menderhaka kepada Sultan samalah seperti mereka menentang Musyridul Am mereka. Apakah mereka lupa akan semua ini hanya kerana gila kuasa, apakah selama ini mereka tidak percaya kepada Raja. Berkurun lamanya kita hidup beraja, tidak pernah kita menderhaka kepada Raja, mengapa hanya sekarang kita bermasalah dengan Raja.

Ramai orang Pas yang keliru sekarang, namun Anwar bijak memainkan sandiwara dengan menggunakan Karpal Singh menjadi “bad boys” dan dia tidak mencampuri urusan Raja walaupun dialah perancang utama di belakang tabir. Saya pasti pilihan raya yang akan di adakan tidak lama lagi, senarionya telah berubah, rakyat sudah mula sedar dan
rakyat mahu menghukum PR kerana sikap biadab mereka. Percayalah kita akan merampas kembali Bukit Gantang dan Bukit Selembau, Nizar yang berperangai kebudak-budakan dan tidak matang telah banyak merosakkan imej Pas dan sebaiknya kita dapat lihat Nizar sendiiri yang bertanding di parlimen Bukit Gantang untuk mengukur ke populariti Menteri Besar boneka beliau selama sebelas bulan.

Artikel Sumber Dari: Tepak Bersulam

Artikel di atas aku perolehi secara tak sengaja semasa membuat carian sesuatu artikel melalui Google. So fikir-fikirkanlah. Ini bukan hasil tulisan aku ya. Kepada penjilat jumud spt Langsi, Tok Mudim dan lain-lain. Fikirkanlah sedalam-dalamnya. Korang ada akal, pakailah. Jangan digadai kurniaan Allah itu…


14 comments

Skip to comment form

  1. Anonymous

    Artikel sampah sesuai sangat di blog tong sampah ni.

  2. Anonymous

    aku dah lama peratikan mereka2 tu yg ko tujukan artikal ni, bukan dari kalangan org2 melayu islam. tapi cina DAP yg punyai agenda yg besar. mereka ini berotak komunis. mereka ada duit dan disokong oleh taikun2 mereka.

    mana ada org melayu islam yg tak sayang sesama bangsa sesama islam. mereka ni dah lama bertebaran di dlm alam siber web2 melayu. tugas2 mereka adalah meracun fikiran, pecahbelah, adudomba.

    berhati2, sebaiknya posting mereka yg tak ada apa2 keuntungan dibuang saja.

    kalau mereka berhujah secara bernas, ada byk org boleh counter hujah meeka. dan org ramai boleh dpt manfaat bersama.

    hj.noordin

  3. ajijasin

    salam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!!
    MARHABAN YA RAMADHAN!!!

    MALAM KE SEPULUH RAMADHAN!!!
    MALAM SEPULUH PERTAMA TERAKHIR RAHMAT ALLAH UNTUK HAMBANYA!!!

    DAN SALAM MERDEKA!!!

    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!
    MERDEKA!!!

  4. Jeffry

    SLM BRO..PAS PARTI SUMPAH SUMPIT

  5. eXception

    Bukan parti sumpah sumpit, parti sesumpah… boleh bertukar warna ikut keadaan…

  6. Senjaliza

    PAS bukan Islam. Islam juga bukan PAS. PAS adalah parti yang subscribe kepada ajaran Islam. Apapun ahli dan penyokong PAS yang beragama Islam adalah saudara-saudara kita semua. Islam memuliakan sesama saudara. Salam Ramadan dan Selamat menunaikan Ibadah puasa.

  7. Anonymous

    MUHAHHAHA sahajalah…

  8. eXception

    Mmg betul Liza, mereka saudara se-Islam kita, tetapi pada masa yg sama mereka giat mengutuk dan mencerca saudara seagama demi kepentingan politik.

  9. Langsi

    Artikel yg macam ni ko publishkan semula… kesian, buat penat badan je! Ni la artikel yg dibuat gunakan 1telinga, 1mata, 1otak… takgune sume, pakai berite2 KERAjaan- UMeloya,BHairan,TV3Suku dll…

    Bagus la nak difahamikan makna Islam pada DAP yg tak memahami dan mendalami Islam sebab memang bukan Islam. Yang sedihnya… kita yg Islam ni yg memahami Islam tapi dok buat bende2 yg menyimpang dgn Islam…!

    Chedet MahaFiraun berkata M'sia akan mundur sekiranya hudud dilaksanakan… ramailah rakyat yg kudung tangan.

    Mashitah kate… wanita boleh melacur jika darurat.

    Najib luluskan 10 lesen perjudian baru2 ini.

    Isu arak… dlm BoD siapa antara pengarahnya, kira berape ekor Melayu dlm tu… pastinya UMNgOk!

    BoD dalam sykt perjudian, Genting Highland… bukan ade ex-IGP BoDnya, siap kate dlm Quran tak kate judi tu haram!

    Rosak…! lebih rosak Melayu dari Cina dalam memahami Islam ni.

  10. Anonymous

    eXeption kulup

  11. Anonymous

    eXeption kulup

  12. Anonymous

    owhh..nizar luluskn takdehal plak..wakaka

  13. Kuda Perang

    PAS TETAP PARTI ISLAM SAMPAI BILA2 PUN SELAGI DASAR2 YANG ADA DALAM PERLEMBAGAANNYA TIDAK DIUBAH MENJADI KEPADA TIDAK ISLAM.
    DALAM PERLEMBAGAANNYA JELAS TERTULIS PANDUAN UTAMA PERGERAKA PARTI PAS ADALAH QURAN, SUNNAH, IJMAK DAN QIAS.

    ANWAR IBRAHIM BUKAN PEJUANG UNTUK KEPENTINGAN INDIVIDU.. TETAPI PEJUANG UNTUK RAKYAT… TELAH LAMA RAKYAT DITINDAS DAN DIPERBODOHKAN.. TANAH RIZAB MELAYU DISELURUH NEGARA KINI HANYA TINGGAL 44% SAHAJA.. ENTAH CELAKA MANA YANG MENGGADAIKANNYA…

    SUMBER2 NEGARA DIFARAIDKAN SESAMA SENDIRI DIKALANGAN LANUN2…

    SEGALA KEMUSNAHAN ITU MESTI DIHENTIKAN..SEMUA ORANG BERTANGGUNGJAWAB BERUSAHA MENGHENTIKANNYA TANPA MENGIRA PENYOKONG PR ATAU PENYOKONG BeEND.

  14. eXception

    PAS tetap memperkudakan Islam sampai bila-bila selagi Nik Aziz mahu… PAS akan mempergunakan Al-Quran sbg alat politik… PAS akan terus mempergunakan masjid untuk menyebarkan hasutan dan fitnah… Panduan perjuangan PAS bukan Ijmak dan apa yg nko kata tu… Panduan perjuangan PAS ialah KUASA!!!. Dari mana sumber nko dapat mengatakan tanah rizab melayu tinggal 44%? Tunjukkan bukti sahih dari Pejabat Tanah… Jangan menyatakan statistik tanpa bukti yang nyata…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>