«

»

Jul 16

PAS menyalahkan pengundi muda?

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

“Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

“Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki yang juga timbalan speaker DUN Kelantan berkata, pilihanraya kecil di Manek Urai tidak sama dengan pilihanraya kecil yang berlangsung sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kawasan Manek Urai menjadi tumpuan para menteri berkempen untuk memastikan 80 peratus – yang rata-ratanya peneroka – menyokong BN.

“Kita tengok di Manek Urai, ia tidak sama dengan pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu atau Bukit Gantang. Di sana (pengundi tinggal ) di kawasan berada. Suasana di sini berbeza,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Begitulah PAS, kerana kemenangan tipis di Manik Urai, mereka menyalahkan pengundi muda. Tetapi mereka tidak sedar sewaktu pilihanraya umum ke 12, pengundi mudalah yang menaikkan Pakatan Rakyat.

BN tidak langsung menyalahkan pengundi muda akibat kekalahan besar semasa pilihanraya umum ke 12, malah mula belajar dari kesilapan dan mengambil pendekatan mesra belia. Tetapi PAS semasa itu tidak pula mengatakan punca pengundi muda menyokong mereka sebab disogok atau dirasuah, tetapi bila malang menimpa, mereka menyalahkan orang lain.

Sendiri terpijak tahi, salahkan anjing yang berak merata-rata. Itulah PAS. Sukar mengakui kesilapan dan kelemahan sendiri. Masih terus mendabik dada. Ye lah, geng-geng Erdogan bersama mereka. Tentulah kuat. Tapi geng-geng erdogan ni kuat menipu. Mereka mempergunakan PAS demi memenuhi tuntutan nafsu Al-Juburi


2 comments

  1. Anonymous

    hek2 lucu laa…

    di manek urai… bile time ginila baru orang besar bn turun ke kampung.. pkai kain, kopiah.. hak2
    memang melucukan.. gli oerut aku he2

  2. eXception

    terima kasih atas komen anda. oh ya adakah anda mahu org-2 besar BN ni turun hari-haru ke Manik Urai? Habis tu, bagaimana dengan tempat-2 lain? diorg tak perlu jaga ke? Elok jugalah diorg turun meninjau nasib rakyat Kelantan, dari dok berceramah mengutuk, memfitnah buat tambah dosa ajer…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>