«

»

Oct 23

PAS Selangor jatuhkan air muka Nik Aziz


SHAH ALAM 23 Okt. – Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

“Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti.

“Sebaliknya, Pas sama ada di peringkat pusat atau negeri kini pada tahap yang terbaik daripada segi kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas cadangan Nik Abdul Aziz menerusi laman blognya, http:// www.blogtokguru.com/ supaya diadakan muktamar agung khas bagi membolehkan perubahan dilakukan terhadap kepimpinan parti itu di peringkat Pas pusat.

Menurut Nik Abdul Aziz, keperluan muktamar khas atas nama ‘tajdid’ (pembaharuan) itu harus diadakan ekoran wujud ‘beberapa kerat’ pemimpin dalam parti itu yang dikatakannya ‘bermasalah’.

Malah, Nik Aziz turut membayangkan perubahan terhadap jawatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu diputuskan dalam mesyuarat berkenaan selain kedudukan Hassan serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dikatakannya tidak habis-habis menyuarakan isu kerjasama Pas-UMNO serta pembentukan kerajaan perpaduan.

Nampaknya PAS Selangor mula melawan Tok Garunya… Tok Garu yang kini dok tergaru-garu kepalanya yang beruban sedang memikirkan sebab musabab mengapa cadangan yang yang sebernas beras Bernas itu ditolak mentah-mentah tanpa direbus atau digoreng terlebih dahulu oleh PAS Selangor…. PAS Selangor telah ‘drop Tok Garu’s water face’… Begitu kecewa Tok Garu apabila saranannya telah ditolak. Nampaknya PAS Selangor sudah mula tidak mahu mengikut telunjuk Tok Garunya. Tahniah kepada PAS Selangor kerana ketegasan anda menolak Tok Garu…



5 comments

Skip to comment form

  1. YANG GAMBI

    Salam, inilah pengaruh-pengaruh erdogan dalam PAS, Anwar telah menguasai PAS dari luar melelui proksi dia…… PAS akan dikafankan oleh PKR….

  2. Anonymous

    saya cadangkan EGM ni di buka dengn bacaan doa oleh Gobala , kemudian minuman bukan keras seperti beer di sajikan dan doa penutup di baca oleh kominis Nga Kor Meng
    Elizabeth di undang juga untuk menyerikan majlis
    satu ruang disediakan untuk mengajar ahli pas nak jadi pengganas ala teleban

  3. Jeffry

    SLM BRO…BAGUS LA KLU ANAK MURID DH BERANI MELAWAN TOK GARU SONGSANG!..SEKURANG2NYA ADE JUGAK PENYOKONG2 PAS YG TOLAK PENDAPAT SONGSANG DIA TU HUHUHU

  4. Ekeng A/L Etong

    Molek sangatlah keputusan PAS Selangor itu walaupun memalu dan menjatuhkan airmuka Mursyidul Am PAS. Sebab Nik Ajis sendiri yang mula manjatuhkan kemaluan Pesuruhjaya PAS Selangor.

    Sekarang kemaluan siapa yang besar?

  5. kayugetah

    betul betul betul

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO