«

»

Sep 03

PAS Takkan Laksanakan Hudud?


Hudud tidak semestinya dilaksana – Pas

KOTA BHARU 2 Sept. – Pas mengakui hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.

Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.

Malah, katanya, Pas dan rakan-rakannya dalam pakatan itu juga tidak akan ‘mengusik’ kerangka Perlembagaan Persekutuan walaupun ada pandangan yang mengatakan ia perlu dipinda sekiranya Pas hendak melaksanakan syariat Islam.

“Tidak semestinya kita akan laksanakan, kita melihat kepada persediaan dan persetujuan masyarakat.

“Kita ada persetujuan untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya.

“Bagi kita secara personalnya, perjuangan kita adalah untuk menegakkan syiar (Islam), tetapi kita tidak akan memaksakan hasrat ini kepada masyarakat.

“Bila masyarakat sudah bersedia dengan penjelasan, kefahaman, pada masa itu kita akan laksanakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan yang pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika ditakdirkan berjaya memerintah negara ini.

Ini kerana parti-parti dalam pakatan itu, termasuk Pas terikat kepada perjanjian bersama yang akan terus mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan sedia ada.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendedahkan perkara itu menjelaskan, dasar itu dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

Baru-baru ini, Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim menyatakan bahawa Pas tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Dakwah negeri berkata, cita-cita Pas untuk menegakkan syariat dan sebuah negara Islam tidak pernah berubah tetapi pelaksanaannya bergantung kepada persediaan masyarakat yang juga pengundi.

“Rakyat Malaysia iaitu pengundi, walaupun pilih Pakatan Rakyat tetapi mereka belum bersedia untuk menerima pelaksanaan (hukum hudud) kita tak jadi masalah.

“Selama ini kita bagi tahu nak laksanakan negara Islam pun bukan nak memaksa, tapi dilaksanakan dengan persetujuan pengundi, itu paling penting. Sebab, bila rakyat setuju soal perlembagaan sekular tak berbangkit dah,” katanya. – Utusan


Kah kah kah kah… Apa sudah jadi? Mana pergi perjuangan hudud yang PAS war-warkan sejak dulu? Kini nak terima perlembagaan sekular pulak? Nampak sangat PAS tidak ikhlas memperjuangkan hudud. Ianya sekadar mainan bibir… Demi meraih populariti kalangan umat Islam. Sebenarnya PAS sendiri tak mampu melaksanakan hudud… Itu cuma omongan kosong sahaja. Hanya penjilat tegar PAS sahaja yang percaya lonjong-lonjong apa yang Tok Garu kata…

Kini Datuk Mohd Amar sudah memecahkan tembelang PAS sendiri… Jadi PAS sudah hilang matlamat perjuangan asal. Kini matlamat perjuangan PAS beralih kepada kemaruk undi kafir…


1 comment

  1. Safee

    Salam..

    Hang mesti quote dari paper UMNO kan? Patut laa…

    “Bila masyarakat sudah bersedia dengan penjelasan, kefahaman, pada masa itu KITA AKAN LAKSANAKAN,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. [Ni aku quote sebijik dalam paper Utusan] ..Hang bulih baca la kot.. tulis blog pun pandai, xkan fail membaca kan… Rasanya berbeza 'TIDAK SEMESTINYA DILAKSANAKAN' dengan 'AKAN LAKSANAKAN'. Ish2 Utusan ni, tajuk dengan isi kandungan tu biaq la sama… buat pening ja..

    PAS memperjuangkan hudud sebab nak kanunkan undang2nya dulu. Lepaih dah kanun baru bleh laksana. Kalu tak kanun, camna nak laksanakan, chit poodah..

    dalam undang2 Malaysia ni (kalau hang tau la), ada satu undang2 yang dikanunkan iaitu undang2 pasai buang sampah. Kalau seseorang didapati bersalah membuang sampah di tempat yang tak dibenarkan, akan kena denda RM300. Tapi penah ke kita dengaq orang yang kena denda sebab buang sampah merata2 dlm paper?? Kt singapore ja aku pnah dgr, kt Malaysia blum lg..

    Jadi, tak bermakna lepaih dah kena kanun, akan kena laksana. La ni, matlamat PAS nak KANUNKAN undang2 tu. macam kanun pasai buang sampah tu la, dah ada undang2 tu, tapi xdak laksana pun. Sama la dengan hudud.

    Yang penting, PAS ada jugak effort nak laksana hudud walaupun bukan segera (ni ikut keadaan semasa @ waqi'iyyah setempat.. kalau hang belajaq laa..) Bukan macam sesetengah individu @ kumpulan tu (ayat sebijik macam dalam Buletin Utama) yang lepas dah berapa dekad dah memerintah.. jangankan hudud, nak suruh bini sndiri pakai tudung betui2 pun xreti lagi. Jambui la, nampak dada laa.. macam2 ada~ Orang macam ni la yang sedaq xsedaq dok memimpin kita. Jangan kata aku buat serangan peribadi noo.. dah jelas nampak dalam TV. xdak kacau privacy punya…

    Chow.. Salam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>