«

»

Jun 19

Peguam Anwar buat lawak spastik

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting – yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat – tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan – pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ia tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Peguam Anwar cuba membuat lawak spastik dengan membuat kenyataan spastik. Perbicaraan baru bermula dah kata tiada bukti. Pandai-pandai je buat cerita. Saje nak bagi sejuk hati penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu Anwar bagi membuktikan pemimpin mereka ni suci dan bersih. Sebagai peguam dia tak boleh menyatakan sedemikian, kerana memberikan implikasi terhadap reputasinya sendiri jika Saiful mempunyai bukti yang kukuh. Setakat bukti klinikal konon Saiful tak diliwat tu memang tak boleh pakai dan meragukan. Ye lah laporan tu boleh dikeluarkan jka doktor tersebut disogok. Apapun lawak spastik Anwar dan peguam dia ni dah boleh dibaca oleh manusia yang berfikiran logik dan analitik. Tidak bagi manusia yang berfikiran jumud, sempit dan bercecair kunyit di dalam otaknya.



1 comment

  1. Anonymous

    eleh…doktor2 kat pusrawi tu pun org2 yang menentang kerajaan jugak.. org2 pas n pkr jugak..

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO