«

»

Apr 24

Pemalsuan Memo Yang Gagal!!


Pemalsuan Memo Yang Gagal!!

Salam 1 Malaysia buat semua… Minta maaf sebab lama tak update, eXception agak sibuk dengan training Jabatan… Alhamdulillah… Sudah selesai semua training… Maaf ya??

Esok, 25hb eXception akan pulang ke Pekan, Pahang. Kemudian akan cuba menyiasat isu kubur 1 Malaysia yang digembar-gemburkan minggu yang lepas.

Korang dah tengok memo kat bawah ni??

Inilah hasil terbaru rekayasa cai-cai PR… Apabila sudah tidak ada modal lagi, maka dicipta dan direkanya memo kononnya Tun Dr Mahathir mengarahkan Tun Daim Zainuddin supaya diberikan tekanan kepada Datuk Murad Khalid supaya membuat kenyataan palsu tentang kewangan Anwar…

Bagi yang bangang akan mudah percaya, sebab manusia bangang dia takkan selidik terlebih dahulu satu-satu perkara… Main pakat percaya… Jika korang tengok alamat pejabat PM kat Memo di atas…


Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Blok Barat, Aras 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
Malaysia

Cuba korang masuk pula laman web PMO ni… Perdana Putra

Cuba korang scroll ke bawah… Korang akan nampak bahagian ini…

Space Allocation

Level 1 – General Admin & Financial Division
Level 2 – Information Technology Division
Level 3 – Meeting Rooms
Level 4 – Special Offices, Press Division, Special Function Officer to Prime Minister, Special Officer to Prime Minister, Press Secretary to Prime Minister.
Level 5 – Prime Minister’s Office, Principal Private Secretary.

Korang boleh lihat, Aras 3 ialah Bilik Mesyuarat… bukan Pejabat Perdana Menteri… Pejabat Perdana Menteri terletak di aras 5… Satu kekantoian sudah terbarai…

Kekantoian kedua ialah… TIDAK WUJUD PEJABAT PM DI BLOK BARAT seperti yang tercatat pada memo palsu di atas…


Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
MALAYSIA

Di atas ini ialah alamat yang sebenar…

Itulah… Tengok cerita The West Wing banyak sangat ni… Sebab tu berkhayal benda yang mengarut… Ha ha ha ha ha!!

Satu lagi kekantoian sudah terbarai!!!


2 comments

  1. Alisha Residenc

    anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
    laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
    berharap anda jangan keberatan

  2. eXception

    Maaf… bukanku tak sudi… Tapi ini berkisar perihal dunia politik… Maaf ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>