«

»

Mar 25

Pemimpin PAS Yang Flip-Flop


Pemimpin PAS… Hari Ni Cakap Lain… Esok Putar Lain…

Tubuh suruhanjaya diraja mengarut – Hadi Awang

KUALA TERENGGANU 24 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Abdul Hadi sebaliknya menyifatkan cadangan penubuhan suruhanjaya itu sebagai ‘mengarut’ selagi tiada wujud ketelusan dan keadilan berhubung dakwaan tersebut.

“Itu semua (cadangan penubuhan suruhanjaya diraja) ialah kenyataan yang mengarut selagi tak ada ketelusan dan tak ada keadilan. Tak betul tu. Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah ikut perundangan Islam,” katanya.

Abdul Hadi seterusnya menggesa pihak polis menjalankan siasatan secara telus berhubung kes tersebut, termasuk ke atas semua pihak yang terlibat dalam pembikinan serta rakaman video itu.



Kalangan pemimpin PAS suka bercakap tapi tak serupa bikin… Terutamanya Hj Hadi Awang… Jika dulu semasa kes Linggam, PAS adalah antara yang lantang bersuara meminta di tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja untuk mengendalikan dan menyiasat kes ini. Lebih-lebih lagi apabila kes tersebut dikaitkan dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr Mahathir.

Apabila kes video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin Pakatan Reput, iaitu Anwar Ibrahim… Secara tiba-tiba PAS berubah nada… Mengatakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja sebagai mengarut…

Begitu juga semasa kes video seks Chua Soi Lek, PAS juga merupakan antara yang lantang mengutuk dan meminta Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Menteri.

Akan tetapi nada tersebut tiba-tiba berubah apabila kes video seks yang dikatakan membabitkan Anwar Ibrahim…

eXception tak tahulah sekiranya seorang menggelarkan dirinya sebagai Ulamak, boleh memberikan pendapat yang sentiasa berubah-rubah… Lebih-lebih lagi jika membabitkan isu Agama Islam…

eXception terfikir… Apakah pakatan sulit antara PAS dan Anwar?? Hummmm…. I wonder…

P/S: eXception bukan mahu memuji atau mengangkat Chua Soi Lek, hakikatnya beliau secara gentlement berundur dan mengakui beliau di dalam video tersebut… Tanpa berdolak-dalik…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>