«

»

Feb 08

Pemutihan Ahli – Lakukan Dari Akar Umbi Bukan Cantas Pucuk Hijau Dulu


Pemuda UMNO laksana proses pemutihan ahli

PUTRAJAYA 7 Feb. – Pergerakan Pemuda UMNO akan menjalankan proses pemutihan keahlian bagi membersihkan mereka yang telah menyertai parti pembangkang daripada senarai ahli parti.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan sasaran parti untuk menambah keahlian dapat dijalankan dengan lancar.

“Apa yang disebut oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor adalah menjalankan proses pemutihan ahli dulu.

“Jadi siapa yang sudah masuk pembangkang, ini akan dibersih terlebih dahulu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Putrajaya berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Program Motivasi Pelajar 2010 di Sekolah Menengah Putrajaya Presint 16 (1) di sini hari ini.

Program melibatkan seramai 300 pelajar dari sekolah menengah sekitar Putrajaya itu dianjurkan oleh Kelab UMNO Luar Negara (Auckland) dan Biro Teknologi Maklumat (IT) dan Latihan UMNO Putrajaya.

Hadir sama Pengetua Sekolah Menengah Putrajaya Presint 16 (1), Mohd. Yusof Hassan dan Presiden Kelab UMNO Auckland, Shazana Mohd. Daud.

Sabtu lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, UMNO menyasarkan keahlian kira-kira empat juta orang menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zaki berkata, bagi UMNO Putrajaya, taklimat mengenai proses pemutihan tersebut telah dilakukan semalam oleh Naib Ketua Bahagiannya, Datuk Khairuddin Samad.

“Di samping itu, taklimat juga telah diberikan mengenai program Juara Rakyat bagi bulan Februari yang akan menumpukan kepada tema kebajikan.

“Bulan lalu temanya adalah pendidikan, jadi hari ini saya ucapkan tahniah kepada Biro IT dan Latihan UMNO Putrajaya kerana berjaya melaksanakan program motivasi pelajar,” katanya.

Mengenai dakwaan terdapat krisis kepimpinan dalam Pemuda UMNO, Ahmad Zaki berkata, perkara itu hanya digembar-gemburkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam laman blog.

Malahan tegasnya, tidak ada sebarang desakan khusus terhadap Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin agar beliau meletakkan jawatan.

“Yang ada hanya pertukaran pandangan, ada yang pro dan kontra dan ini adalah perkara biasa dalam parti politik.

“Exco Pemuda UMNO, Mohd. Hisamuddin Yahaya yang disebut dalam blog tersebut juga tidak mempunyai masalah kerana dua hari selepas mesyuarat itu beliau bersama Khairy dalam program parti di Labuan, Sabah,” katanya.

Utusan Malaysia

Cadangan pemutihan ahli Pemuda UMNO ini amat aku alu-alukan. Sekurang-kurangnya kita dapat membersihkan pergerakan tersebut dari talam-talam bermuka dua. Apapun aku harap janganlah hanya memangkas pucuk-pucuk muda sahaja. Tetapi terdapat juga akar-akar umbi yang bersifat talam dua muka. Jadi bersikap adillah. Sebaiknya rombak semula Pergerakan Pemuda UMNO kemudian lakukan perlantikan baru bermula dari jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Dengan ini Pergerakan Pemuda UMNO akan mendapat semangat baru apabila diterajui ketua baru yang lebih dipercayai dan berkaliber serta bersih dari amalan politik wang.


9 comments

Skip to comment form

  1. Langsi

    Takyah la buat Program Pemutihan Pemuda UMNgOk tu…. buang masa je!

    Sebab… Pemuda UMNgOk dah terjangkit KEPUTIHAN dari PUTERI UMNgOk! Lagi pun… kalo korang check balik list nama tu,banyak la nama2 yg perlu dikeluarkan sebab dah berduyun2 join PR kecuali si eXception yg tak dapt nak accept kenyataan… accept je la!

    eXception… nko kata nko neutral, pro-UMNgOk nampak… Ngok la tu!

    Nak pangkas pucuk muda?… tak banyak pun! Yg banyak dan rimbun adalah ranting2 dan cabang2 yg lebat dgn dedaun ringgit (mksudnya penuh RASUAH)banyak sungguh kat pokok Be-eNd yg dah memerintah lebih 50 tahun… dah mereput nak tumbang pun, kalo ikut umur wanita UMNgOk dah menopause pun!

    Pegi JAHANAM dgn UMNgOk….!!!!!!!

  2. Langsi

    La… tertinggal plak! Pemuda UMNgOk dan akar-akar umbi ni bukan je talam-talam bermuka dua… lebih dari dua muka dia… bersegi-segi!

    Muka DUIT, muka KUASA… istilah ringkasnye… bermuka RASUAH!

    Naib Presiden GAY… mcmana taknak buang ke?

  3. eXception

    Eh eh Langsi… Ya Allah hidup lagi ke nko?? Ingatkan nko dah MAMPOOSSS…. Ha ha ha ha ha… Well nampaknya mulut nko masih berbisa lagi ya… Apapun, sebelum mengata orang lain GAY, cermin dulu dalam diri. Sempurna sgt ke nko ni? Ntah-2 nko pun sama spesis dengan Al-Juburi. Kaki main belakang, homoseksual, kaki putar belit, kaki kencing… dan bermacam-macam lagi yang sama waktu dengannya…

  4. eXception

    Jadi dalam PAS xde rasuah ke? Dalam PKR xde rasuah ke? Bersepah!! Kalo nko kata dua-dua parti tu bersih dari rasuah… Nampak sangat nko ni muka penipu besar!!!

  5. ISAC

    Salam bro,

    Aku pernah jadi ahli Pas, ramai jugak blogger BPN yang masuk Pas masa kes DSAI tahun 1998 dulu….

    Walaupun bukan ahli Umno, kami menyokong Umno, bahkan ramai bekas pemimpin2 PKR termasuk Ezam yang dah berpatah balik kepada Umno. Adakah kami juga mahu disinggkirkan?

  6. ISAC

    Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan

  7. Langsi

    Coretan 4 eXception… accept je la

    Cuma nak tambah, UMNO diwujudkan penjajah untuk memecahkan gerakan kemerdekaan Melayu yang begitu bersatu pada masa itu yang dipimpin oleh persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda, Parti Kebangsaan Melayu Malaya, INSAF, API, HizbulMuslimin.

    Penjajah melihat orang Melayu bersatu pada waktu itu menentang penjajah. Lalu penjajah menaja penubuhan UMNO. Dan, untuk memastikan UMNO menjadi dominan, penjajah British telah menangkap SEMUA pimpinan2 gerakan kemerdekaan Melayu dan mengharamkan semua pertubuhan kemerdekaan. Penjajah hanya membenarkan UMNO sahaja yang wujud dan bergerak.

    Mengikut Raja Petra Kamaruddin, kawan beliau di MCKK pernah memberitahu beliau, bahwa British telah memberi beliau wang yang banyak untuk menubuhkan cawangan UMNO di Terengganu.

    Sekian

    Tulang Besi
    11 sebab kita perlu sokong UMNO

    1. UMNO ditubuhkan penjajah. Nama pun dalam bahasa penjajah. Semua pemimpin UMNO dok England masa Malaysia berperang. Sekor pejuang UMNO pun tak pernah luka apatah lagi terpenjara atau terbunuh untuk memerdekakan negara.

    2. UMNO terima kerakyatan pekerja asing menjadi warganegara. Indon, Bangla, Vietnam dan Nepal zaman dulu skang dah jadi warganegara. Pastu la ni memekak pasal perkauman. Sendiri buat bodoh, sendiri tak sedar.

    3. UMNO serahkan Temasik kepada Lee Kuan Yew.

    "Ramai orang marah T. Rahman sebab serahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.. skang ni tengok Pulau Pinang diambil DAP, anak PAP. Lihat bagaimana bijaknya T. Rahman." Kata Datuk UMNO kepada gua satu ketika dulu (ada dalam N3 lepas).

    "So, kenapa tak keluarkan Pulau Pinang itu dari Malaysia skang? Bukankah DAP dah perintah." Balas gua sambil senyum manis. Spesis paling bodoh jer serahkan tanah milik sendiri kepada orang semudah begitu dan sepasrah begitu.

    4. UMNO jual air Johor kepada Singapura dan beli balik dengan harga mahal. Ni berniaga tahap bodoh spesis Melayu.

    5. Tanah KTMB kat Singapura pun dah tergadai.

    6. Pulau Batu Putih dah bagi kat Lee Kuan Yew. Tapi sibuk ajak Melayu tahap Felda dan kampung marah kepada DAP.

    7. Kawasan tadah air di Kota Tinggi diserah kepada Singapura. Sampai Mahathir dan Muhyiddin tuduh menuduh. Nasib baik Melayu tahap Felda dan kampung tak tahu. TV dan suratkabar tak siar. Kalau tak sah, masing2 bunuh diri sebab baru tahu.

    8. Wilayah pembangunan Iskandar warga Israel boleh beli ke tak? Sibuk tuduh Awar Ibrahim agen Israel.

    9. Sanggup daratkan petrolium negara ke Songkla dari bagi kepada Melayu sendiri Kelantan. Ni sah kerja jahat DAP.

    10. Enjin jet hilang, saham syarikat penting negara dibeli Temasik, tapi salahkan budak sekolah dan guru BM.

    11. Bagi anak sendiri modal guna duit rakyat. Buat lebuhraya. Dahla guna duit rakyat, lebuhraya tu pulak milik anak sendiri. Rakyat pulak kena bayar lagi tol. Ni meniaga tahap Melayu ke tahap DAP nih? Ayak… x_x

    Hidup UMNO! Hidup ulama perpaduang!

    ISAC… Setakat Ezam tu, kalo nko bagi free pun… kitorang sanggup bayar berbillion ringgit (pakai wang ehsan) utk bagi balik kat korang! Wakakakakakakakaka….!

  8. eXception

    Pertama, kajian sejarah yang dangkal dengan hanya merujuk buku ilmu hisab darjah satu membuatkan nko berfikiran spt budak tadika… Oleh yang demikian tak perlulah aku melayan pemikiran budak-budak tadika ni. Yang seolah-olah syok sendiri… Jadi Langsi teruskan dengan syok sendiri kamu itu, kerana aku malas nak melayan…. Peace!!

  9. eXception

    Langsi kenapa isu YBK ko tak nak sentuh? Kenapa isu Mohd Bakri dilanggar oleh Ng Suwey Lim yang memandu dalam keadaan mabuk nko tak sentuh? Kenapa isu penyelewengan projek-projek kerajaan Selangor nko tak nak sentuh? Sebab nko pengecut… nko bacul!! nko pondan!! Asyik putar cerita yang sama… bosan aku melayan nko… Spesis mcm nko ni mmg bersepah dalam hutan dok bergayut atas pokok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>