
KUALA LUMPUR – “Saya sendiri tidak tahu atas kesalahan apa saya ditahan. Dalam hal ini, saya ditangkap dulu baru dicari pertuduhan. Selain itu, saya juga tertanya-tanya siapakah `tangan ghaib` yang mengeluarkan arahan. Sehingga kini saya masih belum diambil keterangan,” kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Katanya, jika benarlah dakwaan beliau ditahan kerana memberi ceramah tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), mengapa keterangannya tidak diambil sebelum kejadian malam kelmarin.
“Kalau nak kata kes saya tak ada tauliah (untuk memberi ceramah), terlalu ramai, sampai 30 orang (datang membuat tangkapan). Sampai sekarang belum tahu kes apa, tunggulah dia orang charge (dakwa) dulu,” katanya.
Beliau hadir lebih kurang jam 9 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam seperti yang diarahkan Jais untuk dirakamkan keterangan sebaik tangkapan terhadapnya dilakukan di sebuah rumah milik ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, kelmarin.
Bagaimanapun, setelah hampir satu jam 45 minit menunggu di mahkamah tersebut dan Jais masih tidak hadir, Asri menyifatkan apa yang berlaku terhadapnya adalah suatu bentuk `sabotaj`.
Menurutnya, individu yang bertanggungjawab untuk menjalankan dakwaan terhadapnya juga gagal dihubungi walaupun telah cuba mendapatkannya berulang kali.
“Dia tidak dapat dihubungi, hilang entah ke mana. Dia biarkan saya tunggu di sini. Saya ‘public figure’, saya ada urusan yang lain, dan ramai NGO (badan bukan Kerajaan) serta orang lain (yang turut hadir) ada kerja masing-masing.
“Saya ingat jika lewat sangat dan pihak mereka masih tidak datang, saya nak buat laporan polis untuk beritahu yang saya dah datang tapi mereka tak datang,” katanya.
Ketika ditanya berhubung atas kesalahan apa beliau ditahan, Asri berkata, beliau sendiri tidak tahu.
Namun, katanya, beliau difahamkan ditahan atas kesalahan memberi ceramah agama tanpa tauliah sekali gus menafikan dakwaan yang dilaporkan media bahawa dirinya mengamalkan fahaman Wahabi.
“Itu adalah rekaaan semata-mata,” katanya ringkas.
Ketika ditanya adakah beliau pernah memohon tauliah daripada Jais untuk mengajar di Selangor, dalam nada menyindir Dr Asri berkata: “Saya ingin beritahu, ketika saya menjadi Mufti Perlis, mereka (Jais) mengatakan semua mufti boleh mengajar di Selangor kecuali Mufti Perlis.
“Bayangkanlah kalau mereka tanya saya mengapa tak mohon tauliah (kini, selepas menjadi bekas mufti)… ketika saya ada jawatan mufti pun mereka mengecualikan saya daripada memiliki ruang bercakap dalam Selangor.”
Beliau kemudian dilepaskan dengan bon jaminan tanpa cagaran yang ditawarkan pegawai penguat kuasa Jais.
Sementara itu, peguam Zulkifli Che Yong yang mewakili Mohd Asri ketika ditemui berkata, berkata pertuduhan belum dilakukan dan pihak Jais masih menyiasat lagi perkara ini.
Berkemungkinan terdapat tangan ghaib yang memberi arahan kepada JAIS untuk membuat serbuan dan menahan Dr Asri. Ianya mungkin bermotofkan politik. Kita sudah sedia maklum bahawa Dr Asri pernah menghentam para pemimpin PAS dalam kenyataannya malah beliau juga pernah digelar ‘Bapak Setan’ oleh seorang pemimpin PAS yang bergelar Ustaz hanya kerana beliau berfahaman Wahabi…














4 comments
Skip to comment form ↓
YANG GAMBI
November 3, 2009 at 5:27 pm (UTC 8) Link to this comment
Salam bro, itulah agenda Anwar Al-jub, dia akan lakukan apa sahaja agar umat Islam berpecah dan serba salah……. dia dengan mudah menyeludup untuk melepaskan tengkuknya….
Anonymous
November 4, 2009 at 5:03 am (UTC 8) Link to this comment
itu adalah dugaan sbgi pendkwh
korg jgn la pandi2 dak wat cite sndiri plak.dah bleh category kn sbg fitnah.x psl2 dpt dose kering.yg pntg skg.kebenaran kene d tegak kn.yg x bersalah kene lps kn.yg ske buat dose,jgn la over2 sngt cri dose 2….
eXception
November 4, 2009 at 6:09 am (UTC 8) Link to this comment
Anon… Itu mmg satu dugaan sbg pendakwah… Tetapi… Kenapa apabila seorang yang bukan beragama Islam berada di dalam masjid member ceramah… Ada tauliah kah? Kenapa JAIS tak serbu dan tangkap? Sedangkan membenarkan orang bukan Islam memberikan ceramah yang tiada langsung berunsurkan keagamaan di dalam masjid tanpa rasa bersalah? Mengapa JAIS tak tahan? Adakah kerana org yg memberi ceramah tsb adalah seorang pemimpin parti politik yang berpengaruh di Selangor?
eXception
November 4, 2009 at 6:15 am (UTC 8) Link to this comment
Nah ambik ni… Nko tgk pemimpin kafir diberi ceramah di masjid… Ada tauliah kah??
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/11/hoi-jaispasdr-asri-tak-pegang-anjing-la.html