«

»

Jul 08

Penangguhan kes liwat Anwar jejaskan kredibiliti mahkamah – Syed Ali

Petikan dari blog: UMNO Bhgn Cheras

MUNGKINKAH ada dalang atau tali-barut Anwar Ibrahim di pejabat Peguam Negara ?

Itulah tanda tanya orang ramai apabila perbicaraan kes liwat Anwar yang sepatutnya bermula di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta pagi ini telah ditangguhkan pada 15 Julai depan.

Rahsia penangguhan kes tersebut mungkin juga sudah bocor kepada penyokong Anwar apabila tidak ramai yang hadhir di perkarangan Mahkamah Tinggi.

Sebelum ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) merancang menghimpunkan 5,000 orang penyokong mereka dengan berpakaian baju T berwarna hitam sebagai tanda simpati kepada Anwar.

“Mungkin ada tali-barut Anwar yang sudah sebarkan maklumat mengenai penangguhan tersebut,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee apabila diminta mengulas isu tersebut.

Dalam reaksi spontannya beliau berkata, ini semua cubaan untuk melengah-lengahkan kes liwat Anwar dan secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti mahkamah.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada dalang di pejabat Peguam Negara yang awal-awal lagi sudah membocorkan maklumat tersebut menyebabkan penyokong Anwar tidak ramai yang hadir.

Katanya, hari ini peguambela Suleiman Abdullah sambung cuti sakit menyebabkan kes tersebut ditangguhkan dan tidak mustahil selepas ini Anwar pula yang akan cuti sakit.

“Semuanya adalah perancangan Anwar untuk melambat-lambatkan proses perbicaraan sehingga menjejaskan kredibiliti mahkamah,” jelasnya.

Menurut Syed Ali lagi, peguambela yang mewakili Anwar difahamkan akan menfailkan notis supaya pendakwaan kes tidak diletakkan di bawah Peguam Negara, Ghani Patail.

Rabu depan mahkamah difahamkan akan memutuskan permohonan Anwar untuk dapatkan dokumen kes dan selepas itu barulah kes pertuduhan sebenar (liwat) akan dimulakan.

“Ini hanya akan memakan masa dan dalam tempoh itu, tidak mustahil Anwar akan cari helah lain lagi,” tambahnya.

Menurut beliau, Anwar amat licik permainan politiknya dan beliau menggunakan taktik psikologi supaya kesnya cair di mahkamah sehingga orang ramai termasuk pihak yang mendakwa menjadi bosan.

“Apabila sudah bosan, kes itu tidak lagi menjadi perhatian umum dan Anwar berasa lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Syed Ali menggesa supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dilucutkan serta merta sehingga kes pertuduhan liwatnya selesai.

Beliau mendakwa, kewibawaan Dewan Rakyat turut tercemar kerana mempunyai Ketua Pembangkang yang masih berdepan dengan masalah undang-undang.

Sehubungan itu, beliau mencabar wakil rakyat pembangkang mengemukakan usul supaya jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangakang diserahkan kepada mereka yang tidak berdepan dengan masalah di mahkamah.

“Pembangkang masih ada Haji Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang termasuk Ibrahim Ali, mereka boleh dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen,” ujarnya.

Berkemungkinan kata-kata beliau itu ada kebenarannya juga. Kerajaan perlu siasat sedalam-dalamnya


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>