«

»

May 13

Pendedahan Eksklusif: Benarkah Dinar Emas Kelantan Tak Laku??


Pendedahan Eksklusif: Benarkah Dinar Emas Kelantan Tak Laku??



Ini bukan telahan yang dibuat oleh eXception sendiri tetapi pendedahan yang dibuat oleh saudara Rahim Rahman di dalam Nadi Rakyat. Beliau mendakwa pernah cuba membawa dinar emas ke sebuah pajak di Kuala Lumpur, tetapi taukeh pajak gadai mendakwa dinar emas itu tidak laku, kerana ianya bukan emas tulen tetapi hanyalah campuran besi dan tembaga kemudian disadur dengan emas.

Dakwaan yang dibuat oleh saudara Rahim Rahman itu perlu disiasat dengan teliti kebenarannya, jika ianya ternyata benar, maka rakyat Kelantan yang membeli dinar emas ini telah ditipu hidup-hidup oleh seorang Ulamak kerana menjual dinar emas yang hakikatnya nilainya jauh lebih rendah dari nilai semasa membelinya.

Setelah diselidik dengan saudara Rahim Rahman, barulah eXception faham bahawa Dinar Emas Kelantan ini hanyalah propa sahaja, ianya sama sahaja dengan wang syiling kita, yang mana wang syiling kita hanya laku dalam Malaysia, manakala Dinar Emas Kelantan ini hanya laku dalam Negeri Kelantan sahaja, kerana nilainya bergantung kepada sijil perakuan nilainya sahaja. Bermakna jika ada sijil perakuan tersebut, maka lakulah Dinar Emas Kelantan ini, tetapi hanya dalam Kelantan sahaja.

Ianya bukanlah emas 917 seperti yang tercetak pada Dinar Emas di atas. Kerana seperti didakwa oleh saudara Rahim Rahman, dinar emas tersebut bukanlah 100% emas, tetapi campuran besi dan tembaga yang disadur emas sahaja. Ianya tidak sama dengan syiling Kijang Emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara yang mana syiling Kijang Emas adalah diperbuat dari emas dan ianya laku di mana sahaja di serata dunia, kerana ianya adalah emas tulen. Saudara Rahim Rahman dakwa lagi kandungan 917 emas pada Dinar Emas Kelantan hanyalah kandungan saduran emas sahaja.



Andai satu hari nanti Kerajaan PAS Kelantan tumbang dalam PRU, maka Dinar Emas Kelantan yang disimpan oleh rakyat Kelantan sudah tidak sah diperlakukan lagi kerana kerajaan negeri yang baru tidak akan memperakui nilainya kerana ianya bukanlah diperbuat oleh emas seperti didakwa saudara Rahim Rahman. Maka rakyat Kelantan tidak akan dapat menjual atau menggadai Dinar Emas Kelantan ini kerana nilainya hanya ditentukan oleh Kerajaan sekarang, walaupun ianya bukan emas tulen. Itupun selagi ada rizab simpanan emas sebagai jaminan dinar, jika kerajaan terdahulu tidak menggelapkannya, Itu yang dikatakan saudara Rahim Rahman.

Malah saudara Rahim Rahman juga mendakwa nilai Dinar Emas Kelantan ini tidak sah diperlakukan di mana-mana bank di Kelantan, kecuali di premis-premis perniagaan yang mempunyai aku janji dengan Kerajaan PAS Kelantan supaya menerima dinar emas ini seperti Ringgit Malaysia. Malah dakwa saudara Rahim Rahman lagi, Husam Musa juga telah mengumumkan beberapa pajak gadai di Kelantan (kawasan bandar sahaja) supaya boleh menerima dan memperakui sah nilai Dinar Emas Kelantan ini setaraf nilai yang tercatat dalam sijil. Pajak-pajak gadai yang tidak mempunyai aku janji dengan Kerajaan PAS Kelantan tidak memperakui dinar emas ini.

Untuk rujukan pengunjung sekelian berkenaan kenyataan saudara Rahim Rahman, anda boleh melihat ke dalam page ini: Rahim Rahman’s Photos – Wall Photos

Nota: Segala kenyataan adalah berdasarkan dakwaan saudara Rahim Rahman, eXception hanya mendedahkan untuk mencari kebenaran.



46 comments

Skip to comment form

  1. test

    saye berniaga terima dinar dan dirham kelantan, pos ni hanyalah fitnah semata2

  2. eXception

    Jika saudara mengatakan ianya fitnah, saudara pelu buktikan dengan menjual dinar emas kelantan ini di pajak-pajak gadai luar dari Kelantan… eXception hanya menyiarkan pendedahan saudara Rahim Rahman supaya pengunjung blog mengkaji kebenarannya…

  3. test

    "Ianya bukanlah emas 917 seperti yang tercetak pada Dinar Emas di atas. Kerana seperti didakwa oleh saudara Rahim Rahman, dinar emas tersebut bukanlah 100% emas, tetapi campuran besi dan tembaga yang disadur emas sahaja."

    ni lagi fitnah, saudara pernah dapatkan dinar kelantan? saye ad bnyk, dapatkan dulu sekeping pastu pegi cek ketulenan

  4. test

    saye dah edarkan 100keping++ dinar kelantan.

    saye harap tuan dapatkan 1 keping, andai tak tulen, gerenti saye kasi balik duit. jgn risau.

    betol kite nk siarkan artikel, tapi kalau berunsurkan fitnah, tak eloklah.

  5. eXception

    Seperti yang dikatakan tadi, ianya didedahkan oleh saudara Rahim Rahman, jika tak puas hati sila cari dia… eXception tak menabur fitnah, nampak tak tanda soal kat tajuk tu? maknanya eXception bertanya samaada benar atau tidak, jika tidak, maka buktikanlah sekiranya dinar emas tersebut benar-benar tulen… Caranya mudah, belah dengan kapak dinar emas tersebut, kerana sifat emas, tak kira dalam keadaan apa, samaada bengkok, terbelah atau lebur, ianya tetap laku… eXception nasihatkan anda agar berdebat dengan saudara Rahim Rahman, jika saudara berada di pihak yang benar…

  6. test

    emas tulen sahaja yg lembut, emas 916 /917 agak keras kerana elemet perak dan kuprum dicampur utk ketahanan.

    insyaAllah saye akan bawa bukti ketulenan dinar kelantan.

    disini kite bukan bercakap pasal politik. :)

  7. eXception

    Saya faham, jika anda boleh buktikan kebenarannya, marilah turun ke Kuala Lumpur, bawa dinar emas kelantan… Kita cuba bawa ke kedai pajak dan tanyakan nilainya…

  8. test

    insyaAllah, jgn risau, akan kesana satu hari nanti.

  9. lidey lim

    betui. sy pun teringin nak tau kebenarannya jugak. harap nanti mr.exception buat la follow up pasal ni
    :)

  10. daenix

    eh bank rakyat terima kan dinar kelantan ni? takkan la tak tulen. kalo bank kate tak tulen baru aku caya. kalo setakat kedai pajak gadai cina yang kate, memang takleh caya sgt

  11. eXception

    Bank mungkin ada yang terima dinar kelantan ni selagi ada sijil perakuan nilainya, jika tidak dinar tsb tak laku, begitulah yang saudara Rahim Rahman beritahu… Wallahua'lam… eXception akan follow up perkara ini… Kita jangan terkeliru, ada dinar emas (bukan dinar emas Kelantan) yang dikeluarkan oleh bank negara, atau syarikat pengeluar barang kemas yang merupakan emas tulen…

  12. whizzkid

    Mana ada bank negara keluarkan dinar emas.. Kalau gold coin ade, yg kijang emas tu..

    Lagi satu, bank mane terima kalau kita jual kalau ar-rahnu ade la..

    Sistem Ar-rahnu & Bank x sama walaupun dua2 dari pengasas yang sama..

    Kalau betul dinar kelantan ni palsu, even ada sijil pengesahan nilai or whateva, ar-rahnu tetap takkan terima. Ye la, dah mmg palsu, even ade sijil pon xkan depa nak terima gak.. Kang kalau tak tertebus, apa depa boleh buat dengan emas palsu ni?

    Untuk makluman, ar-rahnu tak terima kalau x ada sijil coz dah mmg menjadi rule depa maca tu.. Even gold bar 999.9 pon (sama ada PAMP Suisse, PG, Sri Ayu, GCP, dll), yang mana ada sijil ketulenan pun, kalau hang bawak pi kat ar-raahnu tanpa sijil (sijil saje nak tinggalkan kat rumah/hilang), ar-rahnu x akan terima..

    Kalau barang kemas lain, even x ada sijil pon depa terima..

    Kalau still ragu2 dinar emas kelantan ni palsu, boleh test ketulenan guna densimeter kat ar-rahnu.. Minta depa tolong test jer.. Kalau depa tak terima untuk di pajak coz xde sijil xper, yg penting boleh cek ketulenan.

  13. Jeffry

    KALAU KETUMPATAN EMAS DALAM DINAR TU KURANG, NAMPAK GAYA RAMAI LA YG KENE TIPU DGN HUSAM KAMBENG KEHKEHKEH

  14. Norasiah Nasir

    la..rugilah..ada emas..xleh gadai..mean dinar emas x sama mcm emas yg 916 or else?

  15. eXception

    whizkid, tak kira apa namanya samaada dinar emas atau kijang emas, selagi ianya emas tulen, dan mempunyai nilai ianya tetap boleh diurusniaga, bergantung kepada tujuan pengeluarannya… Bank boleh menerima emas jika tujuan utk cagaran atau simpanan… Syaratnya ianya mestilah emas… bukan sadur…
    Brader Jeffry, sebab itulah kita perlu selidik perkara ini… Aku cuba nak bertanya pada Ar Rahnu, YPEIM, tapi ruangan pertanyaan dalam laman webnya bermasalah…
    Puan Norasiah, terima kasih kerana sudi memberikan komen, apa yg didakwa oleh saudara Rahim Rahman, masih belum ada kepastian, aku akan cuba merujuk kepada Bank Rakyat pula lepas ni…

  16. Suhairul Hanim

    Bhai…

    Camnie la…. Gua cabar lu ngan Rahim Rahman untuk bawak Dinar Kelantan tue untuk testing kat SIRIM QAS …. takper duit testing tue gua sponser… Kalu terbukti tulen… lu orang berdua kena buat permohonan maaf di semua media dalam Malaysia yang kosnya korang mesti kena tanggung sendiri…

    Amacam … ader berani???

  17. eXception

    Suhairul Hanim, nko suka wat lawak ek? Tak payah la siap nak bawak pergi Sirim QAS, kita bawak je pergi kedai pajak gadai sekitar KL… Kemudian dia pergi Ar Rahnu… Sirim QAS tu cuma check kualiti sahaja… Aku sedia sahut cabaran tu, aku akan cuba ajak saudara Rahim Rahman sekali… Ingat, tujuan aku buat pendedahan ini bukan nak membuat fitnah, tetapi apabila sesuatu perkara yang meragukan ditimbulkan, kita perlu mencari kepastian bukan? Jadi sekiranya nko sanggup mengorbankan dinar emas Kelantan tu, sebelum bawak pergi kedai pajak dan Ar Rahnu, kita kapak dulu pastu kita tengok samaada laku atau tak, kerana sifat emas, tak kira dalam keadaan apa sekalipun ianya tetap bernilai…

  18. Suhairul Hanim

    Bhai…

    Siler setkan tarikh… rasanyer ramai yang nak ikut pi skali… awat takmo pi SIRIM…. SIRIM kan ker agensi kerajaan Malaysia yang handle bab standard nih…

    Lagi satu…. kasi tarikh la… boleh gua deal ngan TV3 dan semua media lain…. hehehe… gua takder hal… lu nak dua keping dinar kelantan pon boleh disediakan…

    Potong dua… hahaha… aper der hal potong dua… potong lima la lagi bagoosh… hahahaha

    Aper-aper… boleh kontek gua kat Fesbuk kat http://www.facebook.com/KelabDnD …. cari gua kat situe…

  19. eXception

    boleh takde masalah, bukan aku tak nak pergi ke Sirim, sbb perkara ini melibatkan emas, jd kena la pergi kepada yang pakar dengan emas… Nanti aku confirm tarikh, bulan ni dgn bulan depan aku bz dgn persiapan kenduri kawin…

  20. Suhairul Hanim

    Camnie la… aper sal takut sangat nak buat testing tue dalam seminggu dua nih… ala… persiapan kenduri kawin bukan amik masa banyak…

    Ini satu hari jer boleh setel…

    Okeh.. kalu lu tak berani nak letak tarikh… nih gua kasi tarikh… 20 Mei 2011….

    Ader berani ka???

  21. test

    penulis tak pernah simpan emas?

    ruginyer…

  22. eXception

    Suhairul, aku bukan takut, tapi aku betul-2 sibuk nak uruskan semua perkara… Aku nak uruskan hal tempat tinggal lagi… Nak uruskan hal perabot dlm rumah lg… Ko ingat kawin tu utk sehari je ker? 20 Mei aku kerja laa…!!
    Aku nak simpan emas buat apa? Aku bukan perempuan nak simpan emas… Lain le orang perempuan suka dgn emas… Bagi aku emas yg lebih berharga ialah MASA…

  23. Suhairul Hanim

    Bhai…

    Rasional la skit… takkan nak buat testing hari cuti…. Ala.. sehari jer… kalu susah sangat… takper.. amik MC… gaji lu kerja hari tue gua bayar … takder hal…

    Takkan itupon susah lagi ka…. Bhai… tak payah la nak bagi macam-macam alasan… sure orang akan nampak lu nih ngan Rahim Rahman tue samer jer pengecut….

    Tulis dalam blog berani la… mari la kiter bawak pi testing…

  24. eXception

    Wak lu!! Ikut sedap mak bapak lu jer suruh gua MC… Lu ingat gua ni keje macai mcm lu ker?? Gua kakitangan awam, bukan bleh sesuka hati mak bapak gua je nak ambik MC palsu… Bukan mcm lu boleh ponteng kerja dgn ambik MC… Tak berkat gaji bai!! 23hb buleh???

  25. Suhairul Hanim

    Bhai…

    23 Mei 2011 gua ada hal…

    Lu takder tarikh lain ka…

    28 Mei okeh?

  26. eXception

    Sori naik lori laa…
    28 Mei aku keje, bulan Jun aku dah start cuti seminggu, balik kampung…

  27. Nazran Fahmi

    Hahahahah… ada siap bank tu, tak nak dinar lain, nak dinar kelantan baru dia terima.. tu di Puchong tu.. kata pulak tak laku,.. jgn kena ketawakan org ramai dah laa.. huhuhu…

  28. Suhairul Hanim

    Bhai ….

    kalu kak menipu tue pada-pada la… haha.. memang orang lain tak tahu… tapi Allah Taala tau…

    Hahaha…

    Takper… teruskan menipu dengan edit gua punya teks…. hahaha…. gua serahkan pada Allah….

    Gua akan ader kat KL pada 23 hb nih… call jer gua… 1-700-80-5400

  29. Sedang Mencari

    yg dimaksudkan oleh saudara Rahman adalah dari mulut Cina pajak gadai tersebut.. Jd x kan tuan eXception percaya org kafir (yg tuan kata harbi) hingga menolak kata2 krajaan klantan yg muslim plak…Elok kita kaji dulu…sy ni x pkai pun lg dinar…tp dirhamnya tulen 999. Politik2 jg…ada waktu kita boleh bersama…Byk cara nak uji ketulinan dinar tu. Ttg bank x trima sy x nak lah komen.Itu dasar bank.. Bank pun dah x trima GOLDBAR dr sebuah company cina jugak..Ttg dinar ini kami punya hypothesis kami sendiri,ttg penolakan bank ke atas Dinar…Kita boleh bincangkan dalam ruang tertutup…sama2…sama2lah kita berlapang dada.. :) Tuan org blogger, mesti bijak…mesti dahagakan maklumat dan ilmu…jom kita bertukar pendapat… :)

  30. Lukman a.k.a egold2u/CariDinar

    buduh…kalu belum tahu kesahihan btul ke tidak sesuatu berita tu…xyah la nk sebar2kan…

  31. test

    kesian plak, hantu " Suhairul Hanim"
    pandai korang memalsukan komen. haha. kantoi bro.

  32. eXception

    Nazran Fahmi, sila sebut nama bank kat Puchong tu… Aku nak pergi tanya…

    Suhairul, time bila plak aku nak menipu, ko ingat komen boleh main edit-edit ke? Dalam Blogger komen tak boleh edit, kecuali kena remove sahaja… Standard pencacai anjing baling batu sembunyi tangan… Pastu salahkan orang lain…

    Sedang Mencari, sebab itu lah aku perlu jumpa Suhairul 23hb ni, tp dia lak buat macam-2, kejap 28 laa… kejap aku edit komen dia la… Macam-macam la pedo'oh yang dia nak buat… Boring betul aku…

    Lukman, perkara yang kita tak pasti sahih atau tak perlu kita dedahkan utk kita siasat kesahihannya…

    test, cakap jangan sebarangan… Mana boleh nak edit-edit komen orang…

  33. joeqlate

    bagus2 berdebat..bagi aku org cakap2 lantak ar janji aku de emas…klu rugi aku kaya pun aku

  34. Kembar

    Assalamualaikum…..

    Just nak kongsi pengalamanlah. Hari tu ada time pergi tebus wang kemas yang di gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat Kota Bhau. ada la tanya diorang ni, bleh ke nak gadai dinar Kelantan kat sini, pasal saya pun ada beli sikit2.

    Dan orang Ar-Rahnu Bank Rakyat tu kata, memang diterima dinar, tapi dinar Kelantan sahaja. Pasal hanya Dinar Kelantan yang diiktiraf oleh Bank Rakyat. Sekali lagi, ni bukan Ar-Rahnu bawah kerajaan negeri Kelantan tau, ni memang under Bank Rakyat sendiri.

    That mean sapa yang beli dinar public gold ke, dinar kijang emas ke, tak bleh la nak gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat. Kat Ar-Rahnu lain maybe bleh. So, bleh dikatakan bertuah jugak la saya beli dinar Kelantan nie. Wassalam.

    Tak ada unsur politik dlm komen sy nie.

  35. Mocha Ghost

    bro…. aku dah pernah tanya pajak gadai Bank Rakyat, n diorang memang ambik dinar Kelantan. Pelik n menarik dia just ambik dinar Kelantan jek, kalo dinar public gold ke apa semua memang diorang tak ambik

  36. antupips

    Adoyai,

    En Suhairul, kot ye pun nak test, xpayahla mcm nak ajak gaduh jek. Ko ni xpsal2 bkin org len panas jela.

    Aku sdiri tak reti pasal ketulenan emas, tp aku sokong kalau kerajaan kelantan galakkan rakyat guna matawang emas camni, apa2hal kalau dollar US jatuh at least kita tak tergadai sama.

    kpd eXception a.k.a tuan tanah, aku mmglah memohon ko mengclearkan situasi ni. Atau org2 len yg ada bukti mintak sharelah kat cni.

    TQ.

  37. Khairulazmi

    eXception,
    saudara dah jumpa pencerahan berkenaan Dinar Kelantan?
    sebab saya tengok last reply tu 20 May..kiranya dah dua bulan berlalu.
    saya bayangkan yang saudara sudah kenal akan Dinar dan Dirham?
    Kalau masih belum kenal saya cadangkan saudara masuk ke Group FB ini http://www.facebook.com/groups/130228377040193?ap=1
    Di sana ada ramai member yang arif yang boleh bagi pencerahan.

  38. eXception

    Perhatian… eXception sudah malas nak menjawab soal dinar emas ni, sebab isu ini dibangkitkan oleh saudara Rahim Rahman, ada baik korang tanya dia la… Dah puas eXception ajak dia bawak dinar emas tu pergi kedai pajak… Senyap… Jadi selepas ini, sebarang komen berkaitan artikel ini, eXception tidak akan layan lagi… Sila tanya saudara Rahim Rahman… Thanxxx…

  39. Illiyas

    senarai kedai pajak yang trima dinar.. ypem and arrahnu bts.. arrahnu kajang..
    gi check sendiri saya dah buat pajakan dinar kgt, dinar muslim, pg gold, n gcp nyer..
    cara ujian test acid-untuk saduran
    weight+density-untuk impurities

    kedai pajak cina tgk ic tempat lain dia x mau trima.. kalau arrahnu trima kedai pajak cina x trima saya x kisah..

    dan ada satu kedai gold smith kat kuala kangsar trima untuk tempa cincin.. cuma mahal la kos upah dia berbanding guna emas dia..

  40. azamariff

    suhairul hanim kamaruddin aka QC or Quezzo Corp….. nak tau hal dia?…. cari saya di fb : azam ariff…… tq

  41. kk

    diam ke,,ke tuan logger ni da mapus idea nk bukti dinar kelantan ni logam sandur emas je???,,hahahaha..admin dpt dosa fitnah,,aminn

  42. kk

    oitt admin bodoh,,,senyao je page ni,,ke da abis idea nak bukti dinar kelantan tipu,,hihi,,bodoh betul admin,senang kena tipu ngn cina

  43. eXception

    Sori, lama tak bukak blog…
    Ok pasal isu dinar ni, jika terbukti benar aku MEMBUAT FITNAH,
    dipersilakan SAMAN…
    Sebab segala tulisan di atas adalah berdasarkan kenyataan RAHIM RAHMAN…
    Jika tak puas hati… BUTTHURT… EMO… Sila cari dia… Aku cuma tulis artikel ini untuk pencerahan tentang isu dinar emas ni… Untuk mendapat kebenaran… Macam yang aku kata tadi, jika rasa dinar emas tu tulen, sila belah dengan kapak, lepas tu bawak ke kedai pajak gadai…
    Korang boleh cari fb dia kat sini… Rahim Rahman

  44. Anonymous

    Maaf ea.. saya ingin bertanya,
    jangan terus salahkan ulama, malah sebaik-baiknya dikaji dahulu
    adakah agen yang anda beli dinar emas kelantan memang betul dia menjual
    dinar ori, maksudnya menjual dinar yang betul2 emas tulen bukan emas saduran?

  45. Azam Ariff

    suhairul hanim tu pun PENIPU…..

  46. Anonymous

    Rahim Rahman tu penipu la eXception, sapa tak kenal dia…
    Kalau betul dia kena tipu beli Dinar Emas, adik aku kat JSJK dah tahu lama dah.
    Satu fail kes pun takde pasal Dinar Emas ni. Setakat tulis dalam FB, budak sekolah menengah pun boleh…

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO