«

»

Dec 23

Pengajaran Kes Khir Toyo Untuk Tatapan Semua


Pengajaran Dari Kes Khir Toyo

Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun oleh mahkamah siang tadi atas kesalahan rasuah. Marilah sama-sama kita ambil iktibar dari kes Khir Toyo agar tidak terjadi pisang berbuah dua kali…

Pengajaran pertama ialah jika hendak membeli rumah, jangan beli rumah besar-besar, kalau boleh biar sekecil-kecil reban ayam, orang takkan pertikai…

Kedua ialah, jangan tawar menawar dengan pemaju ketika membeli rumah hatta harga rumah diletakkan oleh pemaju dengan harga tidak munasabah dan munasarawak harganya hingga cecah billion ringgit…


Ketiga pula, sekiranya korang merupakan Menteri di dalam parti UMNO adalah HARAM bagi korang memiliki mana-mana banglo atau rumah agam… Cukup sekadar rumah teres atau rumah setinggan… Sebab ianya akan jadi isu… Melainkan jika anda di dalam parti PAS, PKR atau DAP… SPRM takkan siasat… Malaysiakini takkan bising… Harakah takkan jadikan isu benda ni…

Keempat pula… Jangan beli kereta mewah, cukup sekadar membeli Proton Saga FLX sahaja… Sebabnya seperti di atas… Selagi korang bukan menjadi Menteri di bawah UMNO, SPRM takkan siasat… Malaysiakini takkan bising… Harakah takkan jadikan isu benda ni… MB PAS nak pakai kereta mewah takdehal… SPRM takkan siasat… Sebab SPRM hanya akan siasat Menteri UMNO sahaja… MB Kelantan nak pakai kereta mewah atau ditaja menunaikan haji, SPRM takkan siasat… Selagi korang bukan berada di dalam UMNO SPRM takkan siasat… Malaysiakini takkan bising… Harakah takkan meroyan…

Apapun, Khir Toyo akan setia menanti Anwar dari dalam penjara… Semoga Khir dapat menjadi teman Anwar di dalam penjara nanti…

Apapun pesan eXception kepada SPRM… Jangan pilih bulu bila menyiasat… Apa cerita kes tajaan haji Nik Aziz? Apa cerita kes Bazar Tok Guru? Apa cerita kes air karat Kelantan? Apa cerita kes projek Ladang Rakyat? Apa cerita kes curi pasir di Selangor? Apa cerita kes YBK? Takkan dah kenyang kot?? Sampai buat-buat tak perasan… Sampai buat-buat lupa… Sampai buat-buat buta??



4 comments

Skip to comment form

  1. Anonymous

    SPRM pilih kasih, Human wright pun pilih kasih. biarlah apapun, hidup anda semua tidak akan selamat dunia akhirat kalau tidak adil kepada orang yang tidak menyebelahi kamu. Allah akan balas perbuatan kamu dari dunia lagi percayalah. Hanya Allah yang tahu segala2nya bukan mahkamah, bukan SPRM dan lain lain.

  2. eXception

    Iyolah tu!! Sok-sok si Nuar masuk penjara korang kata tak adil lak… Siap nak robohkan penjara… Aku cuma mempertikaikan kelembapan SPRM menyiasat, tu sahaja… Banyak kes-kes melibatkan PR disenyapkan… Walaupun Khir Toyo dipenjarakan… Takde lak gerakan nak bebaskan Khir Toyo dari penjara… Yang salah tetap salah… Undang-undang dah tetapkan Khir Toyo bersalah, aku tak pertikaikan keputusan mahkamah…

  3. Anonymous

    Semoga Allah balas perbuatan depa kepada org yg ikhlas. Allah maha mengetahui dan maha adil. suatu hari Allah akan tunjuk kekuasaanNya. Sabarlah Dato' Seri Khir. Allah bersama UMNO (ABU).

  4. Anonymous

    UMNO/MCA/MIC/BN hanya manusia biasa dan tetap biasa sampai bila bila tanpa keKEBALan. Hidup sederhana yang diredhai Allah dan sentiasa memohon keredhaan Allah. Semoga Allah akan bagi ganjaran kepada yang haq.

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO