«

»

Aug 11

Pengkhianat Bangsa sudah terkencing…


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.

“Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya,” kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini sebentar tadi.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut “perkaumman.”

Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.

Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.

Semalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Muhyiddin itu.

Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.

Kumpulan itu berhimpun kirakira sejam setengah dengan membawa beberapa sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin serta menyelar Anwar.

Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.

Yang Dipertua DPMP, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, angkara Anwar sejak kebelakangan ini menghakis perpaduan orang Melayu dan kaum di negara ini.

Nampaknya Anwar sudah menggigil-gigil ketakutan apabila seluruh negara bergema suara mengatakan Anwar pengkhianat. Bagi Anwar ini perkara yang paling tak disangka-sangka setelah tersedar dari mimpi. Mimpi yang kononnya dia mendapat sokongan rakyat… Kini rakyat sudah bangkit bersama-sama UMNO. Anwar sudah terkencing…


3 comments

  1. Rahman,Ahchong,Muniandy

    salam ziarah bro,utk si anwar langit tak selalu cerah.apabila langit tiba2 mendung baru nak cari tuhan.mana aci mcm tu kan.Anwar laknatullah.

  2. eXception

    betul, tak aci mcm tu… mmg laknatullah Anwar ni…

  3. eXception

    Perhatian: sesiapa nak copy gambar di dalam topik ini utk dimasukkan ke dalam blog masing-masing, dipersilakan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>