«

»

Apr 15

Penjelasan Mengenai Isu Pinjaman PTPTN


Penjelasan Mengenai Isu Pinjaman PTPTN

eXception ingin memberikan penjelasan berkenaan PTPTN yang kini dilempar fitnah oleh kalangan mahasiswa yang dulunya merekalah antara yang menerima pinjaman PTPTN dulu… Kini nak mintak hapuskan hutang mereka…

Sebab apa?? Sebab mereka adalah antara pelajar-pelajar yang bermasalah dan tidak mendapat keputusan cemerlang…

Kenapa dari awal semasa belajar mereka tidak menolak sahaja pinjaman PTPTN?

Pinjaman PTPTN BUKAN PERKARA YANG WAJIB!! Pinjaman PTPTN adalah satu PILIHAN…. Diulangi… PILIHAN…

Pelajar BEBAS samaada nak pinjam dengan PTPTN ke, pinjam dengan BANK ke… pinjam dengan FAMILY ke… pinjam dengan AH LONG ke…

Pihak pengurusan IPT TAK PERNAH memaksa pelajar memohon PTPTN…

Sebaliknya pelajar sendiri yang SECARA SUKARELA mahu meminjam dengan PTPTN…

Kenapa semasa dapat duit dari PTPTN tak mengatakan PTPTN Ah Long?? Kenapa tak kata PTPTN korup??

Kenapa sewaktu pelajaran dah jadi tunggang langgang sebab asyik dok berdemo… Baru nak MENYALAK!!??

Di sini eXception jelaskan kitaran pinjaman PTPTN yang mereka dok kalut mengatakan PTPTN hanya mengayakan pemimpin atasan…

1) Kerajaan memberikan peruntukan tabungan di dalam PTPTN untuk memberikan pinjaman pelajaran kepada pelajar…

2) Pelajar membuat permohonan pinjaman pelajaran dari PTPTN dengan secara SUKARELA bukan PAKSAAN…

3) Pelajar perlu menggunakan duit pinjaman tersebut dengan berhemah… Tetapi ramai yang BOROS…

4) Tamat pengajian… Mana-mana pelajar yang mendapat KEPUTUSAN CEMERLANG akan dipertimbangkan untuk DIJADIKAN PINJAMAN TERSEBUT SEBAGAI BIASISWA…

5) Manakala pelajar yang tidak cemerlang PERLU membayar balik hutang PTPTN…

6) PTPTN TIDAK menggunakan PENDEKATAN MEMAKSA dalam membayar balik hutang seperti AH LONG…

7) PTPTN memberi peluang kepada graduan mendapatkan pekerjaan terlebih dahulu…

8) Apabila graduan mendapat pekerjaan, mereka dibolehkan membayar hutang PTPTN secara BERANSUR-ANSUR mengikut KEMAMPUAN… Jelas PTPTN tidak mengggunakan PENDEKATAN MEMAKSA seperti AH LONG…

9) Hutang-hutang dibayar BUKAN masuk ke dalam poket pemimpin atasan, tetapi akan MASUK semula ke dalam KANTUNG PTPTN untuk ‘recycle’ modal pinjaman untuk generasi seterusnya…

10) Dengan menghapuskan hutang-hutang korang, PTPTN tidak dapat ‘recycle’ modal untuk memberi pinjaman kepada generasi baru…

11) Caj perkhidmatan PTPTN adalah untuk menanggung kos operasi, disebabkan PTPTN BUKAN fully government funded… PTPTN adalah Perbadanan… Bukan Jabatan Kerajaan…

12) AH LONG mengenakan BUNGA YANG TINGGI… PTPTN hanya mengenakan caj kos operasi sebanyak 1%

13) AH LONG menetapkan HUTANG DIBAYAR PADA TARIKH TERSEBUT… JIKA TAK BAYAR… LU MAMPUS…

14) PTPTN tidak menetapkan BILA HUTANG tersebut PERLU DIBAYAR… Sehingga graduan MAMPU untuk membayarnya…

15) Ramai graduan yang sudah berkerja, MAMPU MEMBAYAR HUTANG PTPTN, tetapi SENGAJA melengah-lengahkannya…

Apa akan jadi jika semua hutang graduan tidak mengira yang cemerlang atau tak dihapuskan?? PTPTN terpaksa menadah tangan dari kerajaan untuk menampung permohonan pinjaman baru, atau PTPTN terus ditutup. Maka nasib generasi akan datang untung belajar ke peringkat yang lebih tinggi BERKECAI!!

Korang sangka hasil cukai kerajaan dan duit Petronas hanya semata-mata digunakan untuk korang?? Kerajaan perlu menanggung subsidi. Kerajaan perlu membayar gaji kakitangan awam. Kerajaan perlu menanggung kos banduan di penjara. Kerajaan perlu menanggung kos ubat-ubatan di hospital… Kerajaan perlu menanggung kos baik-pulih infrastruktur awam… Kerajaan perlu menanggung kos menaik taraf infrastruktur awam… Kerajaan perlu menanggung kos pembinaan infrastruktur baru… Kerajaan perlu membayar pampasan setiap projek yang terpaksa menggunakan tanah milik persendirian…

Manakala Petronas pula tidak boleh sewenang-wenangnya meleburkan kesemua keuntungannya untuk pelajaran mahasiswa… Melainkan jika mahasiswa tersebut mempunyai rekod cemerlang, maka tak salah Petronas melaburkan keuntungan dengan memberikan biasiswa. Melabur dengan melebur adalah dua makna yang berbeza. Melabur ialah dengan mencagarkan wang untuk mendapatkan keuntungan. Manakala melebur, boleh diistilahkan sebagai cagaran kepada sesuatu yang tidak menguntungkan.

Petronas perlu menanggung kos operasi cari gali minyak. Bukan menelan belanja ribuan ringgit… Tetapi boleh mencecah hingga billion ringgit. Petronas perlu menanggung kos operasi loji penapisan minyak dan gas. Petronas perlu menanggung kos sewa/beli infrastruktur serta peralatan cari gali minyak. Adakah korang fikir Petronas gali minyak ibarat mencangkul tanah tepi longkang?? Main gali ikut suka tekak?? Setiap cari gali perlu dibuat dengan teliti… Bukan semberono…


Sila renungkan hadis di bawah ini…

Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahwasannya ia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah , bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Iman kepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.”

Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?”

Kemudian Rasulullah menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur.”

Kemudian Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus?

Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan.” (HR. Ahmad)

Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahwa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)

Imam Al Munawi Rahimahullah mengatakan: Maksud hutang di sini adalah semua hak sesama manusia samada berupa darah, harta, dan kehormatan. Hal itu tidak diampuni dengan mati syahid.

Hutang di atas adalah hutang yang dilakukan oleh orang yang tidak berniat untuk melunasinya, padahal dia mampu.

Ada pun bagi yang berniat melunasinya, tetapi ajal menjemputnya, atau orang yang tidak ada harta untuk membayarnya, dan dia juga berniat melunasinya, maka itu dimaafkan bahkan Allah Ta’ala yang akan membayarnya.

Al Qadhi ‘Iyadh mengatakan: Hal ini berlaku bagi orang yang memiliki sesuatu (mampu) untuk melunasi hutangnya. (Al Ikmal, 6/155).

Berkata Imam As Syaukani Rahimahullah: Ini terikat pada siapa saja yang memiliki harta yang dapat melunasi hutangnya. Ada pun orang yang tidak memiliki harta dan dia bertekad melunaskannya, maka telah ada beberapa hadits yang menunjukkan bahwa Allah Ta’ala akan menolong melunaskan untuknya. (Nailul Authar, 4/23)

Juga dikatakan oleh Imam Ash Shan’ani Rahimahullah: Yang demikian itu bagi siapa saja yang berhutang namun dia tidak berniat untuk melunasinya. (Subulus Salam, 3/51)

Ini juga dikatakan Imam Al Munawi: Perbincangan tentang ini berlaku pada siapa saja yang ingkar terhadap hutangnya. Ada pun bagi orang yang berhutang dengan cara yang dibenarkan dan dia tidak melanggar perjanjinya, maka dia tidaklah terhalang dari syurga. (Faidhul Qadir, 6/ 559)

Ringkasan :

1. Orang yang ada hutang tidak akan dapat masuk syurga.

2. Jangan ada niat untuk TIDAK MAHU BAYAR hutang.

Sumber: Bahaya Tidak Mahu Bayar Hutang


Artikel-artikel yang berkaitan: Isu PTPTN

Seorang sahabat juga menyiarkan artikel berkaitan: Buasir Otak: Demo mansuh PTPTN


4 comments

Skip to comment form

  1. Prince of Noob

    baca lagi pencerahan mengenai mansuh PTPTN di sini http://buasirotak.blogspot.com/2012/04/demo-mansuh-ptptn.html

  2. titan

    tak kiralah apa pun. hutang, tetap kena bayar..

  3. Denaihati

    askm. perkara2 yg kena buat, bayar hutang sebelum mati.

  4. Anonymous

    salam…. saya bekas pelajar IPTA… dan sekarang masih belajar separuh masa…
    PTPTN bukan paksaan… saya pun peminjam PTPTN. saya buat pinjaman atas dasar… keluarga saya tak mampu nak tanggung… adik beradik 9 org… semua pelajar IPTA dan sorang fly oversea atas tiket MARA…. abg saya tak perlu bayar balik pinjaman MARA sbb result cemerlang… telah di jadikan biasiswa… bila isu ni timbul… saya rasa tak puas hati… mana2 IPTA tak pernah paksa student buat pinjaman…. ini adalah pilihan.. terutama golongan seperti saya yg kurang berkemampuan….ni bukan citer dongeng…kalau PTPTN tader mampukah golongan kurang berkemampuan seperti saya ini masuk kemana-mana IPT kat Malaysia nih??? nak pinjam Ah-Long ker??? fikir la… -bukan utk berpolitik tapi just nak kongsi pendapat-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>