«

»

Aug 13

Perjuangan PAS bukan kerana Islam lagi


Perjuangan PAS bukan kerana Islam lagi, tetapi perjuangan kerana tamakkan kuasa politik

Nik Aziz berkias lagi. Kali ini Dap koboi Pas boleh menghina islam. lampu hijau Nik Aziz dah berikan. Alasanya Dap itu bukan islam. Asalkan bukan islam dan rakan Pas, maka boleh hina islam.

Kiasan kedua: Kenapa serang batang tubuh orang, seranglah dasar parti yang orang itu pimpin. Tetapi ada pengecualian, jika rakan Pas, Nik Aziz kata boleh, kerana itu suatu masa dahulu apabila Anwar menyerang pribadi Tun Mahathir dan Najib, Nik Aziz kata boleh.

Apabila orang melayu bukan penyokong Pakatan atau ahli pakatan menyerang pribadi seseorang boleh, akan tetapi apabila bukan penyokong pakatan atau ahli pakatan, tidak boleh, kerana Nik Aziz malu dengan orang melayu.

Perjuangan Nik Aziz terlalu terpesong, bermula dengan mengatakan Tuhan itu mencarut, Ahli Umno tidak beriman, kafir, kerana berkerjasama dengan orang bukan islam. Coba tilik-tilik ada kah parti-parti bukan islam yang bergabung dalam BN pernah menghina islam?

Nik Aziz terlalu taksub dengan Dap, terlupa pada suatu ketika Lim Kit Siang nak salam Hadi Awangpun tak nak, sekarang bukan lagi salam, akan tetapi menghina bangsa, raja, agama pun halal bagi Nik Aziz.

Diharapkan lah bagi mereka-mereka yang masih menyokong Pas, kena fikir-fikir dan telaah baik-baik, apa kah tindak tanduk Nik Aziz ini. Jangan kerana seorang, melayu dipijak-pijak di bumi sendiri.

Petikan dari blog: Apa Yang Tersirat

Apa yang pasti perjuangan PAS sudah jauh terpesong dari landasan yang sebenar. Perjuangan menegakkan syiar Islam sudah dibuang jauh-jauh. Isu hudud sekadar menjadi bahan pelaris politik mereka, tiada langsung keikhlasan hendak menegakkan Islam. Jika ikhlas, sudah pasti DAP sudah dijerkahnya. Tetapi, PAS masih berlembut dengan DAP walaupun DAP sudah jelas memijak-mijak maruah Agama Islam. Bagi PAS, penghinaan oleh DAP terhadap Islam tidak memberi apa-apa makna bagi mereka. Yang penting ialah kuasa. PAS bercita-cita untuk memerintah Malaysia. Tetapi cita-cita PAS hanyalah angan-angan Mat Jenin. Jika berlaku pun, sudah pasti PAS akan dibuli oleh DAP dan PKR.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>