ADUN Galas, Che Hashim Sulaima yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China bagi barah usus, dijadual menjalani pembedahan hari ini.
Pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Abdul Fatah Harun berkata keadaan wakil rakyat itu dilaporkan masih kritikal.
“PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa supaya wakil rakyat berkenaan kembali sihat dan pulih serta dipanjangkan umur untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat di kawasannya,” katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya Che Hashim telah menjalani rawatan di China sejak 18 hari lepas dan menurutnya wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan lalu selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Katanya, PAS Kelantan meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membiayai rawatan Che Hashim di China.
Che Hashim berjaya merampas DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.
Pada tahun 2004, Che Hashim tewas kepada Saufi dengan majoriti 1,729 undi. Saufi mendapat 4,184 undi manakala Che Hashim memperolehi 2,455 undi.
Sumber: Malaysiakini
Wah sampai RM 20 ribu peruntukan utk biaya rawatan ADUN Galas, mana PAS dapat duit sebanyak ni ek? Ada pulak duit? Tapi yang pelik, ramai rakyat Kelantan lebih berhak mendapat RM 20 ribu itu jika diagih-agihkan. Aku bukanlah hendak menafikan keperluan ADUN Galas tersebut, tetapi sampai ke China buat rawatan, kat Malaysia ni takde pakar ke? Rasanya bersepah pakar kat Malaysia ni. Baik hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Mengapa memilih negara China? Pelik bukan? Hummm….












8 comments
Skip to comment form ↓
Arif Omar
August 8, 2009 at 2:27 pm (UTC 8) Link to this comment
PG NAK ULAS JUGA DALAM BLOG PTG TADI. BANYAK . BUKAN RM 20 K TAPI RM 200K. BANYAK BETUL DUIT PAS IN I. MUNGKIN DUIT TOKEH BALAK DERMAKAN KOT. KALAU BN DIA KATA BUKAN DERMA PAS KATA RASUAH LE. KALAU PAS DAN PR DAN DAP JADI DERMA/SUMBANGAN
TokeyGaram
August 8, 2009 at 2:37 pm (UTC 8) Link to this comment
INI YG MASALAH DENGAN PAS. KALU DAH SUKA SANGAT MAKAN FITNAH DAN CACI MAKI..YANG BAIK PUN DIKATAKAN SUNDAL..
KATA DULANG PAKU SERPIH KATA ORANG PAS YANG LEBIH..
BIAYAI UNTUK SAKIT USUS CAM TUH ORAIT JER..PENYOKONG TOTOK EKSIDEN SAMPAI NAK LUMPUH HARAM SORANG PUN TAK MAI TOLONG..PADAHAL DEPA TUH YANG BERSAMBUNG NYAWA NAK TOLONG PAS DALAM DEMO ISA DULU..
HARAM JADAH PUNYA PAS…MEMANG HAMPAS
Jeffry
August 8, 2009 at 2:45 pm (UTC 8) Link to this comment
SLM BRO…PERGHH RM200,000!!!..BYK TUUU. TP XPE..PAS KATA DUIT SUMBANGAN ORG RAMAI. RAKYAT MATI KERANA YB XPE, JGN YB MATI MATI UTK RAKYAT! KEHKEHKEH
Cekati Tembaga
August 8, 2009 at 4:16 pm (UTC 8) Link to this comment
SALAM BRO..
manekurai2009.blogspot.com dikembangkan ke bicarakelantan.blogspot.com
panel penulis yang sama, kalau ada cadangan silalah komen yer.
cekatitembaga.blogspot.com juga sebahagian dari bicarakelantan. tolong sebar-sebarkan pd kwn2 yer bro.. tq
YANG GAMBI
August 8, 2009 at 4:52 pm (UTC 8) Link to this comment
Salam,
Kalau pemimpin PAS benar-benar prihatin untuk rakyat, RM200K tidak akan dipergunakan untuk ke Cina, lebih baik rawat di Malaysia sahaja.
Tapi, mereka tidak yakin dengan Melayu, lebih yakin dengan Cina…..
eXception
August 9, 2009 at 2:22 am (UTC 8) Link to this comment
Ok thanxxx a lot bg yg memberi komen… Cekati Tembaga, blog anda akan dimasukkan ke dalam blog list, jgn lupa blog aku ni masuk sekali dlm blog list nko ok? Keep up good work pal…
Anonymous
August 9, 2009 at 5:32 am (UTC 8) Link to this comment
Kpd eXception,
Kenapa nak pakai word verification bila nak komen?Leceh la.
Cuba lihat Blog Husin Lempoyang, tak payah apa apa.Terus masuk aje.
Itu GENTELMAN nama nya.
HAJI HABI
eXception
August 9, 2009 at 5:50 am (UTC 8) Link to this comment
word verification gunanya utk mengelakkan spam oleh bots, sebabnya ada certain software yang boleh spamming ruangan komen jika tak melepasi word verification… Hanya word verification yg menentukan yg hantar komen tu ialah manusia, bukan software…