«

»

May 03

Polis Acu Pistol Pada Orang Awam?? @PDRMsia Adakah Ini Ada Dalam SOP??


Polis Acu Pistol Pada Orang Awam?? Adakah Ini Terdapat Dalam SOP

Bertebaran video yang menunjukkan seorang anggota polis trafik mengacukan pistol terhadap demonstran Bersih 3.0

Tindakan anggota Polis ini amat eXception kesali… Sebagai anggota Polis yang beretika, anda tidak boleh sesuka hati mengacukan pistol kecuali anda diancam ataupun nyawa anda terancam… Tetapi berdasarkan video di atas ini, kelihatan motif anggota Polis tersebut adalah untuk menghalau demonstran Bersih…

Anda perlu ingat bahawa demonstran Bersih adalah rakyat… Anda tidak boleh mengacukan pistol sesuka hati, kerana ini jelas melanggar SOP… Anda boleh menggunakan cota, kayu atau besi… Tetapi tidak pistol jika semata-mata hendak menakut-nakutkan demonstran…

eXception minta Ketua Polis Negara menyiasat perkara ini dan anggota Polis terbabit segera diambil tindakan sekiranya tindakan dilakukannya JELAS MELANGGAR ETIKA DAN PROSEDUR…


13 comments

Skip to comment form

  1. Anonymous

    itu kes pistol hilang kot ??, kalau orang yg lari itu bawa pistol tu polis ada hak untuk mengacu pistol

  2. Anonymous

    tntu skali bersebab polis mengacukan pistol.. mereka semua bukan bodoh mcm segelintir perusuh..
    dh korg smua biadap duk nk bantai polis smpai moto dia korg lanyak.. tu sbb dia kuar pistol utk berjaga2 mempertahankan diri..

  3. Mustafa Jafar

    Peserta 'Kotor3' lebih takut muncung pistol drpd patuh kpd undang dan peraturan sesama manusia….inilah sukarnya manusia yg tidak tahu mendisiplinkan diri sendiri yop!

  4. Anonymous

    tunggu anggota ni mati dibelasah ker???

  5. Anonymous

    SOP kepala kamu,tugas polis menjaga keamanan,kamu tahukah kalau tak acu mcm tu,org awam ni naik kepala,yg dia org tu terajang tendang polis tu,sop juga,biarkan saja,..jgn bodoh oleh gagak betina dan babi,keluar dari mereka,kita tegakkan agama,bangsa kita,kita satukan pas besama umno..baru tebelak mata dia org..

  6. eXception

    Ini kita tidak pasti sebab itu PDRM mesti siasat… Anggota Polis tidak boleh sesuka hati mengacukan pistol… Kecuali apabila diancam atau terancam…

  7. eXception

    Memang bersebab, sebab itu mahu PDRM khususnya Ketua Polis Negara siasat… Sebab perkara ini akan menyebabkan nama PDRM terpalit buruk… Kita tak mahu insiden ini mencemar nama baik PDRM…

  8. eXception

    Lebih sukar menjadi anggota Polis… Sebab terikat dengan undang-undang dan Standard Operation Procedure… Anggota Polis tidak boleh membuat tangkapan sesuka hati kecuali mahkamah telah mengeluarkan waran dan kebenaran… Seperti Bersih 3.0, anggota Polis boleh membuat tangkapan kerana mahkamah sendiri telah mengeluarkan kebenaran untuk menangkap peserta Bersih yang melakukan huru-hara… Anggota Polis juga tidak boleh mengacukan pistol sesuka hati terhadap orang awam atau terhadap rakan sepasukan lain… Sebab ini melanggar undang-undang. Kecuali diancam atau terancam… Anggota Polis juga tidak boleh melepaskan tembakan sesuka hati… Sebab itu dalam kes tembak menembak, apabila penjenayah menembak terlebih dahulu, barulah Polis boleh membalas tembakan tersebut atas sebab diancam… Seperti kes Allahyarham Aminulrasyid… Polis melepaskan tembakan untuk menghentikan kenderaan di hadapan yang disyaki dinaiki oleh penjenayah selepas beberapa amaran dikeluarkan tidak diendahkan… Akan tetapi ada tembakan tersasar mengenai Allahyarham menyebabkan korban nyawa…

  9. eXception

    Kita tak sebagai orang awam yang tidak faham dengan SOP pasukan Polis… Tidak boleh terburu-buru menghukum… Jika dilihat dalam video di atas, mengapa 2 anggota Polis di belakang tidak mengacukan pistol? Perlu diingat pistol bukan senjata untuk dibuat main-main… Hatta untuk mengacah-acah… Sebab pistol boleh membunuh orang yang tidak berdosa… Bagaimana jika Polis tersebut secara tidak sengaja memetik picu… Sudah pasti ada nyawa yang akan melayang dan perkara ini AKAN JADI ISU OLEH PEMBANGKANG…

  10. wak anon

    kepala bana ko la anon atas ni…cakap ikut sedap mulut ko aje…Kalo xde SOP tu dah lama polis belasah peserta Bershit 3.0 ari tu…ko pun same gak ke kaki langgar undang2? ade otak pikir la

  11. eXception

    Sebab itu kau kena faham SOP pasukan Polis… Anggota Polis terikat dengan SOP… Tidak boleh mengacukan pistol sesuka hati… Memang betul jika Polis tak acu pistol demonstran akan naik gila… Tetapi bayangkan jika terlepas tembakan… Kemudian terkena pada salah seorang demonstran? Perkara ini AKAN DIJADIKAN ISU OLEH PR… Mereka akan gebang perkara ini sampai PRU 13… Kena fahami SOP pasukan Polis… Kamu tak boleh memberikan komen sesuka hati. Kecuali setiap anggota Polis dibekalkan dengan TASER GUN… Yang mana tidak membahayakan cuma memberikan kejutan elektrik ringan yang menyebabkan lumpuh sementara… TASER GUN lebih selamat berbanding peluru besi… Sudah sampai masanya anggota Polis yang mengawal demonstrasi jalanan dibekalkan senjata ini…

  12. jebengotai

    ada yg kata polis ni nk menghalang salah seorg demonstan tgh leka utnk mecuri motor..x tahu la..kene siasat..

  13. Belia2020

    kenape x tembak terus je..kami majoriti sokong tindakan polis.. jangan takot pada babi kuning

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>