«

»

Jan 01

Portal SKMM Mengalami Kesesakan Luar Biasa

Portal SKMM Mengalami Kesesakan Luar Biasa

Apa sudah jadi dengan portal Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia?? Buat julung kalinya portal tersebut mengalami kesesakan luar biasa hingga network menjadi tepu dan menjadikan portal tersebut gagal diakses. Semua ini adalah disebabkan bilangan pengunjung ke portal tersebut yang terlalu ramai untuk membuat permohonan Pakej Komunikasi Belia…

Sungguh memalukan SKMM sebagai portal yang menyelia perkhidmatan komunikasi di dalam Malaysia mengalami masalah di atas. Apa inisiatif SKMM untuk menyelesaikan masalah ini? Ini bukti menunjukkan SKMM sendiri tak membuat persediaan secukupnya dengan menyediakan bandwidth yang lebih besar untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai…

Takkan nak tunggu Pak Menteri dok bising baru terkial-kial nak upgrade bandwidth portal tu? Kepada SKMM, pohon perbaiki portal anda sebelum nak perbaiki perkhidmatan komunikasi dan telekomunikasi Malaysia… Jangan bangkitkan kemarahan rakyat Malaysia… Kerajaan BN pula menjadi mangsa…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>