«

»

Jun 22

Poster Nik Aziz ‘bernilai komersil tinggi?

Seorang ahli strategi PAS Datuk Wan Rahim Wan Abdullah berkata poster Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat “bernilai komersil yang tinggi” bagi menarik pengundi DUN Manek Urai.

Ahli parlimen Kota Bharu, yang juga penasihat jentera operasi pilihanraya kecil tersebut, dilaporkan berkata “hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi”.

“Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi,” katanya kepada Harakahdaily, Sabtu lalu.

Malaysiakini minggu lepas melaporkan PAS Kelantan mengambil keputusan mengejut tidak menaikkan poster Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan alasan untuk “melokalisasi” kempennya.

Seperti kenyataan timbalan pengarah pilihanraya PAS negeri, Nasir Daud pada Khamis lepas, Wan Rahim juga menafikan ketiadaan poster Abdul Hadi itu berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

Dua tokoh besar PAS itu sering bergeser secara terbuka di media berhubung wajar atau tidak diadakan perbincangan PAS-Umno dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan.

Laman rasmi kempen PAS di Manek Urai (prkn41.pas.org.my) bagaimanapun memuatkan imej kedua-dua pemimpin ulama itu yang sedang tersenyum.

Menurut akhbar web PAS itu lagi, Wan Rahim dilaporkan mengakui menteri besar Kelantan memang mempunyai tarikan tersendiri di kawasan DUN tersebut sehingga “seorang imam di masjid mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Nik Aziz”.

“Inilah bukti gambar Tok Guru (Nik Aziz) mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau,” katanya.

Wan Rahim juga menjelaskan kesemua jentera PAS Kelantan mula bergerak aktif di Manek Urai sejak 13 Jun lalu, manakala jentera parti dari negeri-negeri lain tiba peringkat demi peringkat.

“Kita tidak menggesa jentera negeri untuk datang awal sampai akhir ia terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung,” katanya lagi. (Sumber – Malaysiakini)

Wah… Korang dengar? Poster Nik Aziz bernilai tinggi. Agaknya kalo kita kutip poster Nik Aziz tu, pastu gadai kat kedai pajak korang agak laku ke tak? Apa guna kalau postermuka dia bernilai tinggi kalau moral tahap thirteen class… Bukan third class lagi. Tak guna katakan poster muka dia bernilai tinggi, asalkan moral, akhlak dan budi pekerti tinggi dah cukup. Sebenarnya alasan ni digunakan PAS bagi mengelakkan persoalan kenapa poster Hj Hadi tidak dinaikkan. Cara PAS kononnya bijak dan cuba sembunyikan bangkai gajah di bawah tempurung kelapa. Bau melantung semerbak satu kampung. PAS seolah-olah cuba sembunyikan hakikat bahawa parti tersebut di ambang perpecahan. Oleh itu PAS cuba mendendangkan pelbagai cerita karut dan marut kononnya cerita tersebut adalah fitnah UMNO yang dengkikan PAS. Siapa dengkikan PAS? UMNO pun tak hairan dengan PAS sebab PAS berdiri sekarang pun atas ihsan dua batang tongkat yang satunya diberi oleh Anwar dan satu lagi diberi oleh Lim Kit Siang. Kalau salah satu tongkat diambil balik, maka rebahlah PAS. Hidup PAS sekarang ni bukan kerana menegakkan Agama Islam. Berdiri PAS sekarang ni kerana mempermainkan Agama Islam untuk tujuan politik. Sedarlah penyokong PAS sekelian. Parti yang kamu puja-puja ini sudah terpesong dari hala tuju yang sebenar. PAS dulu dan PAS sekarang sudah berbeza sama sekali. Fitnah dan caci-maki menjadi kebiasaan. Jika dipertikaikan, maka dijawablah dengan yakin, Allah pun mencarut. MasyaAllah… Insaflah…



Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO