Rasuah RM20,000, SPRM tahan ADUN Terengganu
Dipercayai minta komisyen 10% bagi projek landskap di KL
KUALA TERENGGANU: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki menerima rasuah RM20,000 melibatkan sebuah projek bernilai RM1.5 juta di ibu negara.
ADUN Barisan Nasional (BN) berkenaan ditahan bersama rakannya di Terengganu.
Dia dipercayai menerima wang suapan terbabit – dalam bentuk komisyen 10 peratus bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek landskap di Kuala Lumpur.
Laporan The Star menyebut, ADUN tersebut dikatakan telah menuntut bayaran secara ansuran bagi satu tempoh selama 24 bulan dari pemaju projek terbabit.
Dia setakat ini telah menerima RM20,000.
Laporan Bernama pula menyebut, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada ADUN berkenaan.
Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.
Sumber: http://mstar.com.my
Kepada Datuk Seri Najib, inilah masanya BN membersihkan parti ini dari anasir yang tidak sihat seperti ini. Selagi perosak dalaman parti ini tidak disingkirkan, bermakna penyakit ini akan berterusan merebak…
Kami tidak mahu PERASUAH terus berada di dalam UMNO. Bersihkan UMNO dari orang-orang seperti ini. Termasuklah PENGAMAL POLITIK WANG juga harus disingkirkan…
Apapun ini membuktikan SPRM tak memilih bulu seperti didakwa pemimpin pembangkang. Jika kena batang hidung sendiri ajer, terus kata pilih bulu. SPRM tak memilih bulu… Yang bersalah tetap akan kena tidak kira apa sekalipun. Tak kiralah ianya ADUN atau MP pembangkang atau BN…
Kepada SPRM, keep up the good work. Perangi habis-habisan penyeleweng dan perasuah…














4 comments
Skip to comment form ↓
Tungaklangit
August 3, 2009 at 7:57 am (UTC 8) Link to this comment
SALAM SAHABAT SAYA EXCEPTION
KALAU DAH SALAH TAK KIRA UMNO KE PAS KE PKR ATAU DAP KE…PAKAT SIASAT DAN HUKUM SETIMPALNYA…
YANG BENAR TETAP BENAR DAN YANG SALAH TETAP SALAH
SALAM
eXception
August 3, 2009 at 8:20 am (UTC 8) Link to this comment
Ya betul-2… Tapi jgn pula dah kena btg hidung sendiri memekik-2 kata SPRM pilih bulu…
Buaya Puchong
August 3, 2009 at 8:39 am (UTC 8) Link to this comment
Hapuskan rasuah sampai ke akar umbi…
eXception
August 3, 2009 at 10:15 am (UTC 8) Link to this comment
betul, jgn cantas pucuk muda je