«

»

Aug 10

Replika Datuk Seri Najib mula jadi isu


Selepas replika gergasi Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan DUN Batu Caves menjadi kontroversi antara PKR dengan Umno, kini patung besar Datuk Seri Najib Razak di situ dijadikan isu.





Namun seorang pemimpin PKR menyifatkan replika perdana menteri di perkarangan kuil Batu Caves yang dinaikkan “tidak ada masalah apa-apa” kerana “kami tidak pernah menganggapnya haram”.

ADUN Batu Caves, Amirudin Shari menjadi sasaran kontroversi susulan kewujudan replika penasihat PKR akhir tahun lalu menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penegakan imej mula memancing kontroversi apabila mufti Perlis waktu itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”

Selepas itu, banyak pihak mempertikaikan kehadiran replika besar itu di simpang utama dekat Wisma Keringat – selain dianggap “patung” yang dilarang oleh Islam, ia juga dianggap membazir.

“Tetapi bagi Umno (Gombak) yang ingin mengadakan demonstrasi, kita harap mereka mengambil pendirian yang sama (terhadap patung Najib),” kata Amirudin, yang juga naib ketua Angkatan Muda PKR.

“Begitu juga mereka yang mengeluarkan fatwa, mengharamkan replika Anwar. Kita harap mereka mengeluarkan fatwa yang sama.”

Replika besar Najib dinaikkan beberapa ratus meter di depan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas – di pintu masuk gua Batu Caves – bersempena festival Satu Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Umno Gombak menentang keras penegakan replika Anwar kerana imej besar berdekatan simpang jalan itu didakwa mengganggu kelancaran lalulintas.

Ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin turut mengancam mengadakan “bantahan terbuka” sekiranya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membenarkan tempoh penegakannya dilanjut
sehingga hari natal tahun lalu.

Menurutnya, ketika pemerintahan Umno di Selangor dahulu, parti itu hanya menggunakan imej besar untuk papan iklan, bagi tujuan perlancongan sahaja.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Rahim enggan mengulas mengenai replika presiden Umno itu buat masa ini dengan alasan “belum melihat sendiri imej tersebut”.

Sementara blog rasmi Amirudin semalam menerbitkan tulisan yang menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri yang disifatkan sebagai “bising bagai nak rak” terhadap replika Anwar.

“Masa kita bina replika DSAI (Anwar) dulu di Batu Caves, semua pihak daripada BN bising bagai nak rak, termasuklah mantan mufti Perlis.





“Sekarang kita mohon, apa pula fatwa membina replika Najib di kuil Batu Caves? Mana puak-puak BN atau Umno yang mulut bising hari itu,” artikel penulis Shahabaker dipetik.

Dalam tulisan ‘Kata dulang paku serpih, dulu kata orang, sekarang kau pula lebih-lebih’, penulis itu memuatkan kenyataan dua pemimpin Umno yang mengkritik isu replika Anwar, antaranya:

Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam waktu itu dilaporkan berkata, pembinaannya menunjukkan PKR “mendewa-dewakan pemimpinnya”.

Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula dipetik berkata, pembinaan replika itu “tidak diizinkan di sisi agama” dan “usaha taksub” penyokong PKR yang bukan Islam.

Sumber – Malaysiakini

Apa yang aku pasti replika ini mungkin sengaja dibuat oleh pemimpin Pakatan Syaitan untuk memfitnah Datuk Seri Najib. Nampaknya mereka terdesak, menjadikan replika Datuk Seri Najib sebagai isu pula. Perkara ini harus disiasat betul-betul. Jika benar UMNO atau BN tidak terlibat dalam pembinaan replika tersebut dan luar pengetahuan Datuk Seri Najib, pembuat fitnah ini harus ditangkap.


3 comments

  1. Anonymous

    bro eXception,

    aku pun ada perasan benda replika ni dalam buletin utama semalam.

    aku rasa bro DSNTR dah kena sabotaj le dgn puak2 ni. Terang2 benda yg bersifat berhala ni…mustahil DSNTR nak mintak org hindu batu cave buat replika dia besar2 n mengagung2kn dia?

    pada aku…memang kes sabotaj nk menjatuhkan air muka DSNTR….biasa la bro….matlamat menghalalkan cara.

    so..kesimpulannya….MEMANG CELAKA LA PUAK2 PR!!!

    ~GREEN HORNET~

  2. Dollah

    Aku yakin puak PR yang buat patung tu untuk malukan Najib.
    Aku jugak nak tanya masa patung Anwar dulu tu bukan kah UMNO yang buat untuk malukan Anwar??? 2×5=UMNgok

  3. eXception

    Biasalah org dah terdesak, sanggup buat apa sahaja… Apapun terima kasih kerana memberikan komen…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>