«

»

Nov 18

RON 95 VS RON 97: Mana Yang Mudah Terbakar?


Eksperimen: Benarkah Petrol Ron 95 Lebih Mudah Terbakar?

Banyak pendapat dari yang kurang pakar mengatakan jika kenderaan anda menggunakan petrol Ron 95, risiko kenderaan anda untuk terbakar adalah tinggi berbanding penggunaan petrol Ron 97. Benarkah pendapat ini?

Hari ini eXception nak ajak korang semua buat satu ujikaji sains… Kita nak membuktikan benarkah petrol Ron 95 lebih mudah terbakar berbanding petrol Ron 97… Mula-mula korang dapatkan dua buah tong plastik untuk mengisi minyak. Pergilah ke stesen minyak paling hampir… Tak kiralah Petronas ke, Esso ke, Mobil ke, Shell ke… Satu tong anda isikan penuh dengan petrol Ron 95, manakala satu tong lagi isikan penuh dengan petrol Ron 97. (Ujikaji ni perlu guna duit sendiri. eXception takkan menanggungnya)

Kemudian, anda balik rumah dan dapatkan kenderaan anda (seeloknya kereta). Curahkan atau siram petrol Ron 95 di bahagian hadapan kenderaan anda dan petrol Ron 97 pula di bahagian belakang kenderaan anda… (rujuk gambar di bawah)

Setelah habis petrol anda siram, kemudian dapatkan mancis. Jangan gunakan pemetik api… Nyalakan mancis, kemudian cucuh pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan anda, kemudian anda duduk sebentar sambil menikmati teh ais dan roti bakar sambil menyaksikan eksperimen sedang berjalan…

Sekiranya hanya bahagian hadapan kereta anda yang terbakar ini jelas membuktikan bahawa petrol Ron 95 sememangnya mudah terbakar dan tidak digalakkan untuk diisi ke dalam kenderaan anda. Akan tetapi sekiranya kedua-dua belah depan dan belakang terbakar, ini membuktikan bahawa kedua-dua petrol Ron 95 dan Ron 97 adalah mudah terbakar…

Teruskan menikmati teh ais sambil mengalirkan air mata melihat kenderaan anda terbakar. Peringatan: eXception tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa atas eksperimen ini. Sila dapatkan tunjuk ajar serta nasihat dari orang yang lebih dewasa…

Eksperimen ini dijalankan untuk menutup mulut pihak-pihak yang bukan pakar dalam bidang enjin dan petrol berkenaan petrol Ron 95 adalah petrol mudah terbakar. Hakikatnya semua bahan api berunsur petroleum adalah BAHAN MUDAH TERBAKAR!!

Sila rujuk artikel di bawah untuk mendapatkan cerita yang lebih lanjut:

Teori Konspirasi Mengenai RON 95
Honda City Yang Terbakar Itu Menggunakan Petrol RON 97
Lori Yang Terbakar Ini Menggunakan Diesel

Kredit: Ondscene.my


2 comments

  1. Wake UP!

    Kereta terbakar kerana pemandunya memandu secara melulu dan melanggar sesuatu dengan kuat lalu terbakar.

  2. Liza @ Adzriel AB

    kertas pun mudah terbakar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>