«

»

Aug 18

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman…

, kampung halaman

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman…

Pagi ini sudah pastinya ramai warga Kay Eal berbondong-bondong pulang ke kampung halaman…

Ada yang pulang dengan kenderaan sendiri…

Ada juga yang pulang menaiki bas…

Macam eXception, tahun ni balik naik bas lagi la macam tahun-tahun yang lepas…

Maklumlah, loan kereta tak lepas… Huuu… sedey…

Hajat di hati nak beraya dengan kereta baru…

Tapi apakandaya… Bank plak tak bagi lepas…

Jadi yang pulang dengan kenderaan sendiri tu berhati-hatilah ya??

Pandu dengan cermat, tak perlu tergesa-gesa, tak perlu gopoh-gapah…

Korang bawak laju-laju ni nak kejar kampung ke nak kejar kubur??

Berhati-hatilah dengan speed trap… Takut lepas raya muka masam mencuka…

Maklumlah kena bayar saman… Tapi nak salahkan siapa?? Salahkan UMNO ke??

Siapa suruh korang bawak lebih had laju??

Biar lambat asalkan ‘poket selamat’, betul tak??

Apapun… Selamat pulang ke kampung halaman… Pandu cermat… berjimat-cermat…

Takut lepas raya korang plak pokai…

He he he he he he… Chow!!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>