«

»

Jul 20

Siasatan awal: Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui


Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
“kemungkinan besar.”

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM itu semalam, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.

Teoh, 30, setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di koridor Tingkat Lima plaza berkenaan selepas disoal siasat berhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa
wakil rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Hummm jika siasatan awal mengatakan mendiang mati 4-5 jam sebelum ditemui bermakna, mendiang mati antara jam 9.30 pagi atau 8.30 pagi 16 Julai 2009. Jika SPRM membunuh mendiang, mengapa harus tunggu siang? Kan elok pada waktu malam yang gelap di waktu orang tidak nampak. Mustahil perkara ini dilakukan SPRM, kerana pada waktu itu pejabat SPRM sudah dipenuhi ramai pekerja. Pekerja-pekerja lain boleh melihat dan mendengar kejadian tesebut. Jadi amat mustahil SPRM terlibat. Teori aku, selain dibunuh, ada kemungkinan Teoh membunuh diri. Jawapannya amat mudah, berkemungkinan Teoh mendapat panggilan ugutan yang mengugut mahu mengapa-apakan keluarga Teoh. Oleh kerana tidak mahu keluarga terlibat maka Teoh bertindak nekad membunuh diri dengan terjun dari tingkap bangunan Plaza Massalam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>